Selasa, 24 Disember 2013

layanan kedai makan yang tak memuaskan & cara ketahui pelaris...

hey buddyz...

semalam, aq keluar pergi mencari makan...kebetulan, mak cik saudara aq baru datang pulau pinang...sebelum nie kawan aq ada cakap, ada satu restoran nie makanannya sedap...so, aq ajak mak cik saudara aq beli makan dekat sana...tapi bungkus jelah sebab kesian orang-orang yang kat rumah nie kebulur pulak nanti...masing-masing sibuk nak buat kuih goyang, kuih tepung talam dan macam-macam lagilah untuk kenduri mak long aq di kampung...makan sikit je sebab sibuk sangat...

ok, the point is, siapa yang tak bengang kalau kita masuk kedai tu, orang kedai tu tak layan kita...buat bodoh je...bila dipanggil pun muka macam malas nak layan je...'CUSTOMER ALWAYS RIGHT', itu ayat yang paling sesuai untuk pelanggan tapi orang kedai tu macam tak suka pulak pelanggan datang kedai...pelanggan nie datang kedai untuk makan dan juga bawa punca rezeki juga untuk dia...suasana dalam kedai, seriusly cantik tapi layanan yang diberikan tak memuaskan hati...

aq tak nak mention nama kedai kat sini...sebabnya, nanti kedai tu juga yang kena bungkus sebab tak laku...so, bila muka masam je bila layan aq dengan mak cik saudara aq, aq harap sangat waktu tu apa yang aq order tu tak ada...alhamdulillah, menu yang kami order tu tak ada...pelik kan???orang yang datang pasti tak suka kalau apa yang dia order tak ada tapi aq pulak suka...

so, kami pun mencari kedai makan lain...nasib baik ada kedai makan yang servisnya bagus...walaupun kedai tu sibuk sangat sebab ramai orang, orang kedai yang melayan kami tu boleh berikan satu senyuman dan bercakap dengan santunnya....ha, kedai makan macam nielah yang semua orang suka...

aq tahu bila kedai makan tu sibuk dengan pelanggan yang datang, mesti penat, letih dan macam-macam lagilah...tapi servis yang diberikan masih bagus...cepat pulak tu...tapi, bila tengok ramainya pelanggan, aq ada buat satu perkara bila aq sampai kat kedai tu macam yang aq pernah baca dekat satu blog nie...

bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut? 

Cara mudahnya sahaja :

Baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

syukur, sebab bila aq amalkan, tak ada tanda yang menunjukkan kedai tu ada pelaris yang merisaukan...tapi makanan dia memang sedap...harga memang berpatutan dengan rasanya...

1 ulasan:

  1. Kalau yg kerja kat restoran... Bkn semua salah, sometimes perkerja tu penat..kne faham... Jd sbb itu org tak boleh pandang rendah pd org yg kerja restoran ni...

    BalasPadam