setiap perhubungan mesti ada gaduh-gaduh kan...mustahil dalam perhubungan tak ada yang gaduh...tak kiralah sama ada antara kawan, pasangan, keluarga atau sesiapa sahaja...tapi gaduh yang aq nak tekankan disini ialah gaduh dalam perhubungan sama ada antara boyfriend & girlfriend, tunang dan suami isteri...
cewah...ikut sedap aq je nak cerita pasal hal niekan??umur pun baru setahun jagung ada hati nak kupaskan isu nie..ayat hiperbola sungguh...so, whatever...aq nak cerita pasal benda nie pun adalah berdasarkan penelitian aq terhadap semua orang yang ada disekeliling aq dan juga beberapa tips yang aq cilok @ curi dari novel yang aq bace...(mintak maaf pada penulis novel yang ideanya aq curi ok...berkongsi ilmu kan dapat pahala...)
kadang-kadang, gaduh nie kita tak dapat nak dipastikan sama ada gaduh manja atau gaduh perang...mula-mula yang si lelaki nie ingatkan kekasih hatinya cuma gaduh manja sebab hal kecil, tapi sebenarnya gaduh perang..ye, korang boleh je break up, tapi lelaki yang dah kahwin, mesti dia nak pertahankan rumah tangga dia...lelaki yang tak dapat pertahankan rumah tangga dia nie dayus ok...perangai perempuan boleh diubah dengan cara lelaki tu didik dia...
untuk elakkan gaduh, korang kena tahu puncanya...takkan kereta rosak korang boleh tahu puncanya dan tahu nak repair tapi bila bab gaduh korang fail...bila dah gaduh nie, perempuan akan harap sangat kekasih dia pujuk...tapi lelaki kan ego, takkan dia nak rendahkan ego dia untuk pujuk perempuan...
hey boys..!! listen here carefully..!! cuma ada 4 perkara sahaja yang akan buatkan perempuan hilang rajuknya...
*firstly, korang mintak maaf...tapi korang takkan buatkan..aq tahulah...jadi dalam misi memujuk nie, korang buatkan si dia rimas dengan maaf korang...setiap hari korang antar paling kurang 3 mesej minta maaf...korang tak payah nak taip setiap kali nak hantar mesej maaf tu...dari kotak keluar fon korang tu, hantar balik kat dia...
*secondly, korang bagi apa yang dia suka...contohnya bunga, coklat atau beberapa keping tiket wayang...dia boleh keluar dengan kawan dia untuk menonton..korang beli tiket lain ok tapi pastikan dia tak tahu yang korang turut jugak ada dalam pawagam tu...
*thirdly, korang buatlah permohonan maaf ala-ala romantik gitu...APA..?? TAK ADA IDEA?? jangan risau ok, aq boleh bagi tahu...korang boleh tampal sticky note dekat dalam buku dia, dekat meja dia atau mana sahaja yang dia boleh nampak..selain itu, korang korek balik ayat-ayat jiwang dalam internet..hantar mesej ayat-ayat jiwang tapi jangan panjang meleret dan pelik...jangan terlebih, sudahlah...
*lastly, bagi yang suami isteri, si suami boleh gunakan ibu bapa isteri untuk pancing umpan pujuk..nak tak nak si isteri mesti kena buat baik depan ibu bapa diakan...tapi bagi yang tiada ibu bapa mertua, suami boleh pujuk isteri dengan perkara-perkara yang kelakar...contohnya, korang buat-buat terjatuh sebab kulit pisang lepas tu mengadu sakit pada isteri, geletek isteri di tepi bendang dan bush..jatuh dalam bendang..walaupun gatal seluruh badan, korang tetap akan rasa senangkan dengan senyuman isteri...o0pss,, jangan lupa, bab mengayat dan mengorat adalah petua paling mujarab untuk pikat dia balik...mesti sukakan tengok muka dia yang merah menahan malu...hahahhehehee...
well, itu jelah idea aq buat masa sekarang..kalau ada lagi aq tulis lagi ok..hey mans @ boys..!!hati perempuan nie senang je nak di lembutkan...cuma korang kena kerja kuat dan lebih kreatif dalam mainkan peranan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan