zaman sekarang adalah zaman I.T. dimana semua orang sibuk nak berfacebook, bertwitter dan macam-macam lagi...kalau nak disenaraikan semua laman sosial tu, tak terdaya aq nak tuliskan disini..korang pon tahu kan???memang, semua orang suka laman sosial nie tapi berperangai baik lah sikit...sebab dekat laman sosial sekarang nie, semua berlumba-lumba nak jadi popular...
aq jugak tahu, ada dikalangan korang diluar sana yang guna laman sosial untuk kebaikan...contohnya, untuk cari kawan lama, berkongsi macam-macam perkara dan menyebarkan pelbagai berita...tapi yang aq tak faham ialah, gelagat manusia dalam sosial nie...pelik-pelik aq tengok perangai dia orang yang tak semegah...
1) nama di laman sosial
aq tak larang kalau korang nak letak nama samaran...tapi yang menghairankan aq ialah bila nak sebut nama tu ok, tapi bab ejaannya yang macam alien mengeja...pening nak mengeja nama tu...contoh, CHAYER BUDAX CHOMEL...padahal nama betulnya, SAYA BUDAK COMEL...tak ke pelik nak menaip dekat 'search friends' tu...menyusahkan orang yang mencari je...tapi muka tak adalah comel pon...macam tongkang pecah je aq tengok, siap dengan mekap setebal 2 inci(like clown)...
2) gambar
nie lagi satu hal. tak kisah lah nak letak gambar apa pun...tapi, bagi perempuan yang beragama islam, tolonglah tutup aurat korang tu...memanglah korang boleh cakap 'kalau tak suka jangan tengok'...bagi lelaki, tu namanya rezeki faham tak..!! korang sukalah kalau lelaki tengok aurat korang yang tak cantik sangat tu...so, untuk tarik perhatian, korang dedahkan aurat korang tu...dah lah ambil gambar duck face, lepastu ambil gambar dari atas, nampak segala benda yang kat dalam tu...bangga lah kan mcam tu..aq yang tertengok pon naik segan tau tak...rasa malu sangat sebab, maruah perempuan yang semakin rendah...
3)status yang teruk
dalam laman sosial, korang mesti akan tulis macam-macam kan??? aq pon suka jugak benda tu...tapi tak adalah tulis benda yang pelik-pelik...contohnya,WOOO..!! TADI AQ USYAR KUCING BERAK...hei, benda tu pun jadi nak di update dalam sosial..siap ambil gambar kucing tu 'melabur' lagi...aq serius tak faham dengan ayat tu..apa sangkut pautnya???
4) menggedik tak tentu pasal
yang nie paling aq tak suka...macam nak bagi tahu 1 dunia pasal hubungan merpati tak sejoli...sikit-sikit update kat laman sosial pasal boyfriend @ girlfriend...sikit-sikit tulis macam nie, "BABY, I RINDU KAT YOU LAH,"...hei, diam-diam sudahlah..saje nak tarik perhatian...aq pon tak adalah nak buat macam tu...lepas tu tarik perhatian orang lain macam nie "BOLEH HAI SATU KALI TAK? SYAYER NAK TENGOK KAWAN YANG TAK SOMBONG,"...dah tu, kalau yang ucap hai tu 8 orang je, ko nak cakap apa kalau yang lain tu sombong???
5) menjadi medan perang
dekat laman sosial nie, kalau dilihat secara kasarnya, boleh jadi medan perang...mengutuk, mengumpat, caci maki dan tempat paling cepat untuk tabur fitnah orang lain...ingatkan dalam realiti je yang berperang, rupanya, dalam laman sosial lagi hebat...dunia, dunia...
well, hello out there..!! jagalah setiap tutur kata, adab dan berhemah dalam laman sosial ok...jadilah seorang manusia yang sebetulnya hidup di zaman moden...jangan setakat penampilan je moden, tapi pemikiran masih lagi di zaman batu...akal biar matang ok..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan