Ahad, 22 Disember 2013

jadilah penulis blog yang beradab...

hey buddyz...

semakin hari, semakin ramai yang mula berkecimpung dalam dunia blog nie...macam cendawan tumbuh...mungkin sebab pengaruh yang dibawa oleh salah seorang penulis blogger terkenal iaitu hanis zalikha...dia jadi terkenal sebab menulis blog dan diakui dia memang cantik...

tapi itu bukan apa yang aq nak coretkan kat sini...apa yang aq nak bincangkan disini ialah blogger yang beradab...tapi, wait sekejap..!! bukan bermaksud semua penulis blog tak ada adab, ada sesetengahnya sahaja...

first of all, aq tau, ada dikalangan penulis blog yang malas nak tulis panjang meleret...s0, formula copy + paste pun digunakan...tak salah kalau korang nak guna formula tu, tapi bila korang ambil dari orang lain, tolonglah letakkan sumbernya dari mana...katakanlah korang ambil satu artikel kesihatan dari AQWER.blogspot.com...dipenghujung blog tu, korang letaklah credit from @ sumber dari AQWER.blogspot.com...lebih kurang macam tulah....

orang tu dah penat menaip untuk dikongsi, korang pulak jadikan macam hak sendiri...cuba kalau idea korang diambil oleh orang lain dan dijadikan hak milik mereka, mesti korang tak puas hatikan???so, please, jadilah penulis blog yang beradab...

sec0ndly, bila korang masukkan entry baru, tolong jangan mencarut segala bagai...kita dalam dunia blog nie nak happy je ok...tak nak ada perang @ gaduh sesama penulis blog...

thirdly, kalau boleh tolong masukkan entry yang betul terutama bab kesihatan dan agama...sebab 2 perkara nie sering jadi rujukan dan bila kita silap, ianya mungkin akan memberi kesan pada orang lain...CONTOHNYA, korang tulis yang air tebu boleh menyihatkan bayi dalam kandungan...padahal akan membawa kesan yang buruk...CONTOH LAGI 1 ialah bab agama, suka hati je nak tulis pasal hadis...tak salah kalau korang nak masukkan hadis tapi di hujung hadis tu, tolong tulis sumbernya dari mana? buku mana? sahih mana? korang kena hati-hati dalam bab nie tau sebab ianya mungkin boleh jatuh dosa kerana menyebarkan perkara yang tidak betul.

lastly, kalau korang nak mencurahkan isi hati, itu aq tak kisah malah mungkin akan ada yang membaca dan memberi komen...cuma, masalah disini ialah bila korang mengutuk & mengumpat orang lain dalam blog korang tu...tapi, please jangan mention nama dia ok..nanti air yang dah keruh akan jadi semakin keruh...

so, nasihat aq pada penulis blog di luar sana, jadilah seorang insan yang berhati baik...jangan sekadar ada entry baru yang korang boleh tulis, korang update kan saje...n0 n0 no..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan