Ahad, 29 Disember 2013

lelaki oh lelaki..!!

hey buddyz...
gambar sekadar hiasan
segala perkara mengenai lelaki akan aq paparkan dalam blog sepi nie...tapi aq akui, aq akan memberi segala info atau apa saja artikel yang aq rasakan menarik dan sesuai untuk dipaparkan...korang boleh komen yang baik-baik saja tau...tak nak ada yang mencarut bagai...aq anti dengan orang yang suka mencarut nie...

anyway, itu bukan bermakna aq akan mengupdate banyak artikel pasal bola sepak...aq tak suka bola sepak ok...so, jangan nak cakap banyak...dah aq tak suka, tak kan aq nak paksa diri aq untuk suka juga...well, apa yang aq rasa dan lihat, itu yang aq akan tulis disini...

sorry to say, but aq mungkin akan menulis perkara yang akan menyakitkan hati korang...and please, jangan terus menghukum aq terus tanpa berfikiran secara rasional...to the all boys out there, aq mintak maaf awal-awal ok..!!

say0nara..!!  :)

Sabtu, 28 Disember 2013

pengangkutan awam a.k.a bas...

hey buddyz...

welcome to pulau pinang to me..!! huhuhuhu....aq dah selamat sampai ke penang dalam pukul 6.30 tadi...nie semua sebab nak sangat pegi pesta pulau pinang...ok, tapi itu bukan ceritanya disini...apa yang aq nak ceritakan disini ialah mengenai bus...dari kawasan rumah aq sampai kawasan rumah mak cik saudara aq, semuanya aq gunakan bas(ayat peliklah)...

kalau di ikutkan pemikiran, logik akal dan pemerhatian, kerja membawa bas nie lebih banyak di dominasi oleh golongan lelaki...sebabnya, lelaki lebih yakin bila bawa bas...bayangkan, aq yang tengah duduk nie rasa risau sangat bile depan bas yang aq naik tu dah macam nak rapat sangat...aq yang dalam bas pulak risau kalau bas tu terlanggar dengan bas yang di depan tu...

gambar sekadar hiasan
lelaki yang bawa bas juga memang agak mahir dalam mencelah antara kenderaan...bila bas berselisih dengan lori, risau je cermin sisi bas @ lori tu patah, tersagat dan macam-macam andaian lagilah...

tapi bukan aq kata, yang perempuan tak layak untuk bawa bas, tapi kemungkinan cara pemikiran, pemanduan dan keyakinan tu berlainan sikit...tapi bagi golongan wanita yang mampu membawa bas, aq tabik pada golongan tu...bukan senang tau nak bawa bas nie...macam-macam risiko yang mungkin berlaku...

p/s : bila lah ayah aq nak ajar aq bawak kereta nie...belajar teori dah ok...bab praktikal tu belum lagi...hhuuu, tak sabarnya..!!

jawatan kosong yang mengelirukan..??

hey buddyz...

semalam aq keluar mencari kerja kosong...tujuannya nak menambahkan duit yang kering kontang dalam purse aq tu...memang tak boleh hidup kalau hidup kekeringan duit...mak aq pon dah bising kat aq sebab ayik tanam anggur je kat rumah...sampai bila nak jadi penganggur terhormat kat rumah nie..??

gambar sekadar hiasan
so, berbalik pada cerita tadi, aq pakat dengan kawan aq untuk pergi cari kerja dekat satu supermarket nie...depan kedai banyak yang tertampal 'JAWATAN KOSONG. SEPARUH MASA @ SEPENUH MASA.'  wah..!! dengan bersemangat aq dan kawan aq melangkah masuk kedai tu...alih-alih, bila tanya, tuan kedai tu cakap "dekat sini tak ada kerja kosong lah adik..." 

aq yang mendengarnya macam pelik je... kalau tak ada kerja kosong, kenapa gatal tangan sangat pegi tampal iklan kerja kosong depan kedai tu....bukan ke mengelirukan orang-orang pengganggur terhormat macam aq nie ke... 

macam tu jugak dengan kedai-kedai yang lain...aq geram betul lah...seolah-olah nak memainkan orang yang mencari kerja je...tak ke namanya membuli perasaan ke tu...manalah tahu, kalau satu hari nanti ada yang perlukan kerja sangat-sangat, lepas tu nampak iklan kerja depan kedai, tiba-tiba tak ada pulak kerja kosong...hampa orang yang tengah susah hati tu...

tolong jangan buat macam tu ok...mengelirukan orang yang mencari kerja je...alamak..!! kusut kepala aq nak mencari kerja nie...macam manalah aq nak tutup mulut mak aq tu...dengan duit yang semakin kering kontang dalam purse...rungsing betul..!!

Selasa, 24 Disember 2013

layanan kedai makan yang tak memuaskan & cara ketahui pelaris...

hey buddyz...

semalam, aq keluar pergi mencari makan...kebetulan, mak cik saudara aq baru datang pulau pinang...sebelum nie kawan aq ada cakap, ada satu restoran nie makanannya sedap...so, aq ajak mak cik saudara aq beli makan dekat sana...tapi bungkus jelah sebab kesian orang-orang yang kat rumah nie kebulur pulak nanti...masing-masing sibuk nak buat kuih goyang, kuih tepung talam dan macam-macam lagilah untuk kenduri mak long aq di kampung...makan sikit je sebab sibuk sangat...

ok, the point is, siapa yang tak bengang kalau kita masuk kedai tu, orang kedai tu tak layan kita...buat bodoh je...bila dipanggil pun muka macam malas nak layan je...'CUSTOMER ALWAYS RIGHT', itu ayat yang paling sesuai untuk pelanggan tapi orang kedai tu macam tak suka pulak pelanggan datang kedai...pelanggan nie datang kedai untuk makan dan juga bawa punca rezeki juga untuk dia...suasana dalam kedai, seriusly cantik tapi layanan yang diberikan tak memuaskan hati...

aq tak nak mention nama kedai kat sini...sebabnya, nanti kedai tu juga yang kena bungkus sebab tak laku...so, bila muka masam je bila layan aq dengan mak cik saudara aq, aq harap sangat waktu tu apa yang aq order tu tak ada...alhamdulillah, menu yang kami order tu tak ada...pelik kan???orang yang datang pasti tak suka kalau apa yang dia order tak ada tapi aq pulak suka...

so, kami pun mencari kedai makan lain...nasib baik ada kedai makan yang servisnya bagus...walaupun kedai tu sibuk sangat sebab ramai orang, orang kedai yang melayan kami tu boleh berikan satu senyuman dan bercakap dengan santunnya....ha, kedai makan macam nielah yang semua orang suka...

aq tahu bila kedai makan tu sibuk dengan pelanggan yang datang, mesti penat, letih dan macam-macam lagilah...tapi servis yang diberikan masih bagus...cepat pulak tu...tapi, bila tengok ramainya pelanggan, aq ada buat satu perkara bila aq sampai kat kedai tu macam yang aq pernah baca dekat satu blog nie...

bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut? 

Cara mudahnya sahaja :

Baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

syukur, sebab bila aq amalkan, tak ada tanda yang menunjukkan kedai tu ada pelaris yang merisaukan...tapi makanan dia memang sedap...harga memang berpatutan dengan rasanya...

Isnin, 23 Disember 2013

gelagat di laman sosial...

hey buddyz...


zaman sekarang adalah zaman I.T. dimana semua orang sibuk nak berfacebook, bertwitter dan macam-macam lagi...kalau nak disenaraikan semua laman sosial tu, tak terdaya aq nak tuliskan disini..korang pon tahu kan???memang, semua orang suka laman sosial nie tapi berperangai baik lah sikit...sebab dekat laman sosial sekarang nie, semua berlumba-lumba nak jadi popular...

aq jugak tahu, ada dikalangan korang diluar sana yang guna laman sosial untuk kebaikan...contohnya, untuk cari kawan lama, berkongsi macam-macam perkara dan menyebarkan pelbagai berita...tapi yang aq tak faham ialah, gelagat manusia dalam sosial nie...pelik-pelik aq tengok perangai dia orang yang tak semegah...

1) nama di laman sosial
aq tak larang kalau korang nak letak nama samaran...tapi yang menghairankan aq ialah bila nak sebut nama tu ok, tapi bab ejaannya yang macam alien mengeja...pening nak mengeja nama tu...contoh, CHAYER BUDAX CHOMEL...padahal nama betulnya, SAYA BUDAK COMEL...tak ke pelik nak menaip dekat 'search friends' tu...menyusahkan orang yang mencari je...tapi muka tak adalah comel pon...macam tongkang pecah je aq tengok, siap dengan mekap setebal 2 inci(like clown)...

2) gambar
nie lagi satu hal. tak kisah lah nak letak gambar apa pun...tapi, bagi perempuan yang beragama islam, tolonglah tutup aurat korang tu...memanglah korang boleh cakap 'kalau tak suka jangan tengok'...bagi lelaki, tu namanya rezeki faham tak..!! korang  sukalah kalau lelaki tengok aurat korang yang tak cantik sangat tu...so, untuk tarik perhatian, korang dedahkan aurat korang tu...dah lah ambil gambar duck face, lepastu ambil gambar dari atas, nampak segala benda yang kat dalam tu...bangga lah kan mcam tu..aq yang tertengok pon naik segan tau tak...rasa malu sangat sebab, maruah perempuan yang semakin rendah...

3)status yang teruk
dalam laman sosial, korang mesti akan tulis macam-macam kan??? aq pon suka jugak benda tu...tapi tak adalah tulis benda yang pelik-pelik...contohnya,WOOO..!! TADI AQ USYAR KUCING BERAK...hei, benda tu pun jadi nak di update dalam sosial..siap ambil gambar kucing tu 'melabur' lagi...aq serius tak faham dengan ayat tu..apa sangkut pautnya???

4) menggedik tak tentu pasal
yang nie paling aq tak suka...macam nak bagi tahu 1 dunia pasal hubungan merpati tak sejoli...sikit-sikit update kat laman sosial pasal boyfriend @ girlfriend...sikit-sikit tulis macam nie, "BABY, I RINDU KAT YOU LAH,"...hei, diam-diam sudahlah..saje nak tarik perhatian...aq pon tak adalah nak buat macam tu...lepas tu tarik perhatian orang lain macam nie "BOLEH HAI SATU KALI TAK? SYAYER NAK TENGOK KAWAN YANG TAK SOMBONG,"...dah tu, kalau yang ucap hai tu 8 orang je, ko nak cakap apa kalau yang lain tu sombong???

5) menjadi medan perang
dekat laman sosial nie, kalau dilihat secara kasarnya, boleh jadi medan perang...mengutuk, mengumpat, caci maki dan tempat paling cepat untuk tabur fitnah orang lain...ingatkan dalam realiti je yang berperang, rupanya, dalam laman sosial lagi hebat...dunia, dunia...

well, hello out there..!! jagalah setiap tutur kata, adab dan berhemah dalam laman sosial ok...jadilah seorang manusia yang sebetulnya hidup di zaman moden...jangan setakat penampilan je moden, tapi pemikiran masih lagi di zaman batu...akal biar matang ok..!!


Ahad, 22 Disember 2013

jadilah penulis blog yang beradab...

hey buddyz...

semakin hari, semakin ramai yang mula berkecimpung dalam dunia blog nie...macam cendawan tumbuh...mungkin sebab pengaruh yang dibawa oleh salah seorang penulis blogger terkenal iaitu hanis zalikha...dia jadi terkenal sebab menulis blog dan diakui dia memang cantik...

tapi itu bukan apa yang aq nak coretkan kat sini...apa yang aq nak bincangkan disini ialah blogger yang beradab...tapi, wait sekejap..!! bukan bermaksud semua penulis blog tak ada adab, ada sesetengahnya sahaja...

first of all, aq tau, ada dikalangan penulis blog yang malas nak tulis panjang meleret...s0, formula copy + paste pun digunakan...tak salah kalau korang nak guna formula tu, tapi bila korang ambil dari orang lain, tolonglah letakkan sumbernya dari mana...katakanlah korang ambil satu artikel kesihatan dari AQWER.blogspot.com...dipenghujung blog tu, korang letaklah credit from @ sumber dari AQWER.blogspot.com...lebih kurang macam tulah....

orang tu dah penat menaip untuk dikongsi, korang pulak jadikan macam hak sendiri...cuba kalau idea korang diambil oleh orang lain dan dijadikan hak milik mereka, mesti korang tak puas hatikan???so, please, jadilah penulis blog yang beradab...

sec0ndly, bila korang masukkan entry baru, tolong jangan mencarut segala bagai...kita dalam dunia blog nie nak happy je ok...tak nak ada perang @ gaduh sesama penulis blog...

thirdly, kalau boleh tolong masukkan entry yang betul terutama bab kesihatan dan agama...sebab 2 perkara nie sering jadi rujukan dan bila kita silap, ianya mungkin akan memberi kesan pada orang lain...CONTOHNYA, korang tulis yang air tebu boleh menyihatkan bayi dalam kandungan...padahal akan membawa kesan yang buruk...CONTOH LAGI 1 ialah bab agama, suka hati je nak tulis pasal hadis...tak salah kalau korang nak masukkan hadis tapi di hujung hadis tu, tolong tulis sumbernya dari mana? buku mana? sahih mana? korang kena hati-hati dalam bab nie tau sebab ianya mungkin boleh jatuh dosa kerana menyebarkan perkara yang tidak betul.

lastly, kalau korang nak mencurahkan isi hati, itu aq tak kisah malah mungkin akan ada yang membaca dan memberi komen...cuma, masalah disini ialah bila korang mengutuk & mengumpat orang lain dalam blog korang tu...tapi, please jangan mention nama dia ok..nanti air yang dah keruh akan jadi semakin keruh...

so, nasihat aq pada penulis blog di luar sana, jadilah seorang insan yang berhati baik...jangan sekadar ada entry baru yang korang boleh tulis, korang update kan saje...n0 n0 no..!!

Sabtu, 21 Disember 2013

tips untuk elak lambat temujanji...

hey buddyz...

manusia selalu lewat dari masa yang ditetapkan...bila lambat, korang mesti akan diperli @ dibebel sebab lambat walaupun korang cuba elak...s0, aq ada __ tips yang mungkin korang boleh pakai...setakat nie, apa yang aq amalkan menjadi walaupun kadang-kadang tu terlewat 5 minit...mana ada manusia yang asyik on time je kan??aq dulu pun selalu jugak lewat..hahahaa...

tipsnya ialah...
  1. pastikan korang cepatkan masa pada jam tangan korang, jam rumah @ jam handphone koranglah...cepatkan masa dalam 10 hingga 15 minit ok...jangan cepatkan 5 minit saje tau..sebab kurang efektif...
  2. pastikan korang ikut betul-betul jam perbadi korang tu ok...jangan cuba mengelat...setkan dalam kepala korang bahawa masa itu adalah paling tepat...tapi ingat, masa tu hanya berkesan untuk temu janji  korang je tau...masa yang dah ditetapkan macam waktu sekolah @ waktu kerja, korang kena ikut masa yang betul...korang boleh tengok jam dekat kawan @ komputer @ tolakkan saje masa pada jam korang tu...memang susah sikit tapi hasilnya mudah-mudahan menjadi...
  3. bila ada yang nak buat temu janji dengan korang, korang suruh dia cakap waktu yang tak tepat...korang suruh dia cakap waktu yang awal dari masa temu janji, waktu yang tepat untuk temu janji hanya dia sahaja tahu...contohnya, dia cakap kat korang nak jumpe pukul 3.00 petang padahal waktu sebenar yang hanya dia tahu adalah pukul 3.30 petang...so, korang tak akan terlewat dari temu janji...tapi pastikan dia cakap waktu yang awal dari sebelumnya, jangan mintak dia cakap waktu sebelumnya..contoh, nak jumpa pukul 2.00 petang, padahal 1.30 tengahari...
  4. bila nak keluar rumah, nak menghadap pulak jalan yang jammed, nasihat aq, korang keluarlah 30 minit lebih awal ok...kalau korang boleh agak masa untuk sampai ke tempat yang dah dijanjikan pada masa tertentu dan boleh agak keadaan jalan, bergantung pada korang nak keluar awal berapa minit sebelum temu janji....


memang agak susah sikit nak ikut...kena cuba perlahan-lahan ok...aq dulu pun keliru jugak...so, sebelum aq kena s0und dengan kawan-kawan aq, aq selalu cakap macam nie, "wei korang,! nanti jumpe kat taman pukul 5.00 petang tau, tapi janji melayu."...so, kawan aq pun faham yang aq akan lambat dari masa temu janji...mulanya, kenalah terangkan apa itu janji melayu...kalau tak nanti dia orang tak faham...

aq tau, korang mesti marahkan sebab kena tunggu lama, tapi itu untuk korang juga ok...biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita...so, aq harap korang tak lewat lagi dari masa temu janji...

Rabu, 18 Disember 2013

gaduh manja @ GADUH PERANG...??

hey buddyz...

setiap perhubungan mesti ada gaduh-gaduh kan...mustahil dalam perhubungan tak ada yang gaduh...tak kiralah sama ada antara kawan, pasangan, keluarga atau sesiapa sahaja...tapi gaduh yang aq nak tekankan disini ialah gaduh dalam perhubungan sama ada antara boyfriend & girlfriend, tunang dan suami isteri...

cewah...ikut  sedap aq je nak cerita pasal hal niekan??umur pun baru setahun jagung ada hati nak kupaskan isu nie..ayat hiperbola sungguh...so, whatever...aq nak cerita pasal benda nie pun adalah berdasarkan penelitian aq terhadap semua orang yang ada disekeliling aq dan juga beberapa tips yang aq cilok @ curi dari novel yang aq bace...(mintak maaf pada penulis novel yang ideanya aq curi ok...berkongsi ilmu kan dapat pahala...)

kadang-kadang, gaduh nie kita tak dapat nak dipastikan sama ada gaduh manja atau gaduh perang...mula-mula yang si lelaki nie ingatkan kekasih hatinya cuma gaduh manja sebab hal kecil, tapi sebenarnya gaduh perang..ye, korang boleh je break up, tapi lelaki yang dah kahwin, mesti dia nak pertahankan rumah tangga dia...lelaki yang tak dapat pertahankan rumah tangga dia nie dayus ok...perangai perempuan boleh diubah dengan cara lelaki tu didik dia...

untuk elakkan gaduh, korang kena tahu puncanya...takkan kereta rosak korang boleh tahu puncanya dan tahu nak repair tapi bila bab gaduh korang fail...bila dah gaduh nie, perempuan akan harap sangat kekasih dia pujuk...tapi lelaki kan ego, takkan dia nak rendahkan ego dia untuk pujuk perempuan...

hey boys..!! listen here carefully..!! cuma ada 4 perkara sahaja yang akan buatkan perempuan hilang rajuknya...

*firstly, korang mintak maaf...tapi korang takkan buatkan..aq tahulah...jadi dalam misi memujuk nie, korang buatkan si dia rimas dengan maaf korang...setiap hari korang antar paling kurang 3 mesej minta maaf...korang tak payah nak taip setiap kali nak hantar mesej maaf tu...dari kotak keluar fon korang tu, hantar balik kat dia...

*secondly, korang bagi apa yang dia suka...contohnya bunga, coklat atau beberapa keping tiket wayang...dia boleh keluar dengan kawan dia untuk menonton..korang beli tiket lain ok tapi pastikan dia tak tahu yang korang turut jugak ada dalam pawagam tu...

*thirdly, korang buatlah permohonan maaf ala-ala romantik gitu...APA..?? TAK ADA IDEA?? jangan risau ok, aq boleh bagi tahu...korang boleh tampal sticky note dekat dalam buku dia, dekat meja dia atau mana sahaja yang dia boleh nampak..selain itu, korang korek balik ayat-ayat jiwang dalam internet..hantar mesej ayat-ayat jiwang tapi jangan panjang meleret dan pelik...jangan terlebih, sudahlah...

*lastly, bagi yang suami isteri, si suami boleh gunakan ibu bapa isteri untuk pancing umpan pujuk..nak tak nak si isteri mesti kena buat baik depan ibu bapa diakan...tapi bagi yang tiada ibu bapa mertua, suami boleh pujuk isteri dengan perkara-perkara yang kelakar...contohnya, korang buat-buat terjatuh sebab kulit pisang lepas tu mengadu sakit pada isteri, geletek isteri di tepi bendang dan bush..jatuh dalam bendang..walaupun gatal seluruh badan, korang tetap akan rasa senangkan dengan senyuman isteri...o0pss,, jangan lupa, bab mengayat dan mengorat adalah petua paling mujarab untuk pikat dia balik...mesti sukakan tengok muka dia yang merah menahan malu...hahahhehehee...

well, itu jelah idea aq buat masa sekarang..kalau ada lagi aq tulis lagi ok..hey mans @ boys..!!hati perempuan nie senang je nak di lembutkan...cuma korang kena kerja kuat dan lebih kreatif dalam mainkan peranan...

Selasa, 17 Disember 2013

tangani stress di tempat kerja ikut cara gila.


hey buddyz...

biasanya, kita akan dengar macam-macam tips untuk tangani stress..bla bla itu, bla bla ini...stress nie sebenarnya tak elok bagi kita kerana akan turut memberi kesan pada kesihatan...itu yang aq tahulah...nak cerita banyak, aq bukan budak yang ambil jurusan kesihatan apatah lagi doktor...memang jauh tersasar dari jurusan aq iaitu sastera(tak adalah pandai mana bersastera)...sebenarnya tips yang paling mujarab sekali ialah hanya 3 perkara sahaja (bagi aq lah)...

firstly, bila korang rasa stress sangat, tinggalkan apa saja kerja yang korang buat walaupun bos korang akan mengaum macam singa @ cikgu akan bertempik sebab korang tak buat kerja sekolah dalam kelas...tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan...tenangkan fikiran dan lapangkan minda..lupakan semua masalah seketika...

sec0ndly, minum air untuk kurang tekanan dalam badan korang...relax jap ok walaupun cikgu @ bos korang dah bising macam bunyi radio rosak...

lastly, pastikan korang mempunyai paling kurang 5 buah majalah lawak...contoh majalah yang korang boleh beli macam majalah ujang, gila-gila dan komik..tapi pastikan korang beli yang ada unsur kelakar ok...
s0, macam mana??boleh jalan jugak kan idea aq tu...tapi janganlah pulak korang beli majalah usahawan ke, business ke @ apa-apa majalah yang buatkan korang kena fikir...

sebenarnya, bila korang baca sesuatu yang mengandungi unsur-unsur lawak, sedikit sebanyak akan mengurangkan stress korang...kalau korang teruskan kerja dengan keadaan stress, korang akan rasa penat, menyampah nak siapkan kerja dan silap hari bulan korang boleh terlantar di hospital sebab jantung @ darah tinggi...

bagi yang bekerja, korang mungkin boleh bawak majalah @ komik ke tempat kerja...tapi bagi pelajar sekolah, korang jangan nak buat hal pulak dengan bawak majalah...tak pasal nanti kena rampas...kalau nak bawak, korang photostate helaian majalah tu sekeping-sekeping...so, tak adalah kena rampas...cikgu pun aq rase takkan rampaslah sebab dalam buku peraturan cuma kata tak boleh bawak majalah, korang bawak salinan majalah...tapi hanya boleh bawak sekeping-sekeping sahajak..kalau nak buat hal kena pandai c0ver line dik 0oii..jangan sampai kantoi...

kepala otak kena bijak..!!


Ahad, 15 Disember 2013

tips elakkan tahi kucing berada dalam rumah...

hey buddyz...

entry kali nie mesti korang dengar agak geli, kotor dan tak tau nak cakap apa dah...sebenarnya, entry kali nie sangat berguna pada orang yang tak suka tahi kucing..sebenarnya, tak ada siapa pun yang suka tahi kucing kan..

s0, tipsnya ialah korang tinjau dulu dekat mana kucing tu suka membuang sekitar rumah korang...lepas tu, korang ambil clorox(kalau boleh yang baunya agak kuat), renjiskan kat tempat yang selalu ada 'benda' tu...kalau korang geram sangat, letak banyak sikit clorox kat situ...

tapi cerita tak abis lagi ok..kucing pun sebenarnya cerdik..bila tempat yang selalu dia membuang tu kena ambush, mesti kucing tu akan ke tempat lain..kalau jauh dari rumah korang tak apa lah jugak, ini tak, masih lagi dalam rumah korang...

senang cerita, korang renjis-renjiskan banyak-banyak clorox tu kat lantai dalam rumah korang...s0, mudah-mudahan kcing tu tak akan membuang dekat tempat yang ada bau clorox tu...tapi kena ingatlah, bau clorox tu akan hilang jugak, s0, please beware...

kalau ada anak-anak kecil, elakkan mereka dari pergi menyentuh kawasan yang telah direnjiskan dengan clorox..takut nanti keracunan pulak...

Rabu, 11 Disember 2013

makan + lapar...

hey buddyz...
minggu sebelum nie asyik makan je kerja aq..yelah, sekarang kan aq sibuk tanam anggur kat rumah(menganggur)...lepas STPM, aq tak tahu nak buat apa..nak cari kerja, aq nie cerewet sangat...itu tak kena, ini tak kena..tapi tak delah sampai cerewet sampai mak aq pun menyampah..kiranya, job yang diberi upah RM10 sehari pun aq ambil jugak...

bukan aq malas nak kerja tapi kena fikir jugak, bila aq apply keje pastu belum start keje dah gatal nak mintak cuti...0o00ooo..ch0p kejap..patutnya aq cerita pasal makan dan lapar tapi dah terbabas dari tajuk pulak dah..

cerita sebenarnya, minggu sebelum nie, aq dan adik asyik merayap je kerjanya...adik aq cuti 3 hari, gaji yang dia dapat dari kerja sambilan pulak banyak..tu sebab panjang je kaki kita orang...hehehee...s0, bila dah merayap sampai tak balik rumah, kebulurlah nak makan...asyik-asyik makan..mengunyah je kerja kita orang..sampai atas motor pun aq masih boleh makan..tangan kanan pegang handle motor, tangan kiri boleh pegang keropok..bertuah betul aq nie..kalau bakal mak mertua aq tengok perangai aq macam nie, sah-sah dia dah pangkah besar-besar untuk aq jadi menantu dia...hahahahah...

s0, bila mulut dah nak dekat seminggu asyik mengunyah, tiba-tiba minggu nie kurang mengunyah, rasa pelik betul...asyik lapar je kerja nya..makan nasi sikit..nak makan banyak tak lalu..nie semua sebab penangan makanan ringan punya pasal...

menyudahnya, aq kebulur nak makanan ringan..pengaruh tak baik betul aq nie pada adik-adik aq...oklah, aq nak sambung makan nie..

p/s: mak aq yang prihatin dengan anak dia nie ada masakkan pau ayam..emm, nyum nyum...!!!