Sabtu, 3 Mac 2018

Perasaan Benci


Assalamulaikum dan hai silent readers out there..

Setelah sekian lama aku tak update entry blog, kali nie aku muncul semula dengan tajuk entry Perasaan Benci.

Well, dalam kehidupan manusia yang pelbagai ragam dan jaluran warna warni, perasaan benci tu tetap ada. Cuma bezanya kebolehan seseorang itu menghapuskan perasaan benci atau mengiyakan kehadirannya. Hadir kerna hasutan syaitan atau hapuskannya demi bahagia. 

Kadangnya, perasaan benci itu datang tanpa kita kawal kerna perasaan yang terlampau menguasai diri. Kita hidup berdasarkan akal yang diberi Allah S.W.T. Bukan kerana tuntutan hawa nafsu dan juga terlalu mengikut perasaanPerasaan benci boleh menyebabkan kerosakan dalam hati. Kenapa nak rasa benci jika kita boleh hapuskannya dan menghadirkan rasa bahagia?

Apabila perasaan benci menguasai akal, ianya mungkin akan melukakan orang yang berada disekeliling kita. Jangan terlalu mengikut kata hati yang sarat dengan rasa benci. Berdoalah agar dijauhi perasaan itu dan semoga apa yang kita mahukan satu kebahagiaan akan menjadi matlamat dalam hidup.

Jika kita hidup dalam perasaan benci, bagaimana kita mahu pandang suatu perkara lain sebagai kebahagiaan? Berlari darinya? Tak mungki sebab benci itu akan mengejar kita semula dan sukar dikawal pabila terlalu besar perasaan tersebut dalam hati, diri dan juga fikiran. Tak usah bersedih dengan apa yang telah berlaku. Lepaskan segalanya dan mulakan dengan mengubah diri lebih baik. 

Hidupkan hati dengan ibadah, bergaul dengan mereka yang positif dan elakkan dari mengenang perkara yang menyebabkan kita terimbau dengan perasaan benci. Lepaskan perasaan benci yang membelit hati kita.

Jika kita inginkan kebahagiaan, lepaskan perasaan benci dan seangkatan dengannya. Kerana hidup ini singkat dan nikmatinya dengan penuh rasa syukur, bahagia dan positif.

Sekian *_*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan