Selasa, 6 Mac 2018

Nak Cahaya Mata?

Assalamualaikum and hello silent readers out there..


Entry hari nie aku macam terpanggil untuk mengarang satu tajuk iaitu, Nak Cahaya Mata? But first, please jangan fikir yang pelik-pelik okey. Aku sekadar menaip dari sudut pandangan aku. Well, setiap orang ada pandangan masing-masing dan korang boleh komen entry nie. Aku hormat korang punya pandangan so uolss jangan risau. Aku bukan kaki latah. heheee...

Sebenarnya, tengah seronok baca tweet di twitter, aku terbaca mereka yang memberi komen mengenai satu rencana di akhbar mengenai keluarga yang hidup susah dan mempunyai anak ramai. Bagi aku, tak salah kalau nak ada anak ramai tapi kena fikir kedudukan kewangan terlebih dahulu. Jika makan pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, better cari solution dari biarkan anak-anak yang tak berdosa dibiarkan kelaparan dan tak cukup pendidikan. 

Memang sangat complicated jika dibincangkan isu ini. Tapi, aku tak boleh lihat anak-anak kecil terbiar macam tu saja. Aku kesian. Aku nangisss...Jika tak mampu untuk ada anak buat sementara waktu, buat langkah pencegahan terlebih dahulu. Mereka boleh dapatkan nasihat dan langkah pencegahan dari Hospital Kerajaan. 

Memang anak itu pembawa rezeki. Tapi bukan sekadar lahirkan dan terus dapat duit jatuh dari langit. Kena usaha cari duit lebih. Setiap anak ada peruntukan yang harus disediakan terlebih dahulu. Jika baru nikah makan pun dicatu, adalah lebih baik elakkan dari mengandung. Bukan menolak kehadiran cahaya mata, tapi jangan seksa anak yang masih kecil. Ada anak kecil memerlukan kos yang tinggi. Pampers, susu, pakaian, ubat dan lain-lain untuk si kecil.

Persediaan untuk menimang cahaya mata bukan sekadar boleh jaga anak atau tak. Tapi buat perbelanjaan terlebih dahulu setiap bulan. Kalau boleh lepas dan ada baki untuk digunakan semasa kecemasan, then both of you can have a kids. Tapi jika sebaliknya? Tak usahlah dulu. Ada yang kata, guna je susu badan. Kalau isteri tu boleh bagi susu badan. Kalau dia tak ada susu badan, macam mana? Mustahillah kalau nak bagi anak tu minum air kosong. Pemikiran tu biar logik sikit. Hang ingat, budak tu anak kucing ke -__-

Suami isteri hidup susah. Suami kerja, isteri duduk rumah. Anak pulak ramai. Fuhh, macam mana nak survive? Fikirkanlah terlebih dahulu. Mungkin ada yang fikir, kalau nak ada anak kena jadi kaya terlebih dahulu. Bukan itu maksud aku. Tapi dari segi tanggungjawab dan kedudukan kewangan yang stabil dan kukuh. Zaman sekarang nie, semuaa benda mahal. Even susu bayi pun lagi mahal dari susu dewasa. Kalau anak tu tak sesuai dengan klinik kerajaan, kena pegi pulak klinik swasta. Dah berapa perbelanjaan disitu?

Jadi, sebelum ingin mempunyai anak, fikirkan terlebih dahulu. Bukan sekadar rasa seronok dan bangga boleh buat anak. Ini yang membuatkan aku rasa kecut perut nak berumah tangga. Bila aku tengok kawan-kawan aku yang dah berumah tangga dan ada anak, terdetik dalam hati 
"wah, bestnya..bila agaknya giliran aku ye?". Tapi bila aku baca hal-hal rumah tangga dan salah satunya mengenai ini, aku geleng kepala dan cakap pada diri aku, aku belum bersedia lagi.

Sekian untuk entry kali nie. 

Kalau korang ada sebarang pandangan atau komen, boleh tinggalkan di ChatBox.

p/s : buat sementara  nie, jaga anak orang je laa dulu. heheee..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan