Selasa, 8 Januari 2019

2018 N Little Paan :)


Assalamualaikum dan hai semua pembaca blog sepi halimatul azmi.

It’s been another year for me after 2018.
A new year have been coming. Alhamdulillah and hip hip horeyyy.

Tahun 2018 tahun dimana sangatlah mendap bagi aku. Well, tak ada apa sangat benda yang happening yang berlaku pada aku. Melainkan si comel Little Farhan yang menceriakan hari-hari aku dengan segala keletah dia yang comel. Plus dia jeles dengan rambut aku. Farhan memang budak yang pandai ambik hati. Sesiapa pun akan jatuh sayang dengan dia.

Dia suka sangat main chak chak dengan orang sekeliling. Never serious at all. Bila ada orang tengah sedih, dia akan main chak chak sambil sengih menunjukkan gigi yang dah mula banyak tumbuh. Pandai gosok gigi. Ada sekali tu, walidnya tak nak main dengan dia. Dia protes dan gigit kaki walidnya. Rasa nak gelak je. Tulah, sape suruh tak layan little paan main. Kan dah dapat ‘hadiah’.

Kami semua sayangkan sangat dengan paan. Ibu dengan ayah bertambah tambah sayangkan dia. Siap package nak pegi mana-mana, diheretnya sekali budak bertuah tu. Macam tulah bila ada cucu. Segala benda nak beli untuk cucu kesayangan. Makcik saudara pun macam tu. Siap dapat pangkat dapat opah bear. Hehe. Comel kan. Bila opah bear dengan anak cousin iaitu lisha melayan dia, makin seronok dia. Sampai lupa masa untuk tido dan minum susu.
Bila dengan aku, jangan haraplah. Everything kena disiplin. Tapi tulah, aku selalu kalah dengan senyuman dia dan gigi putih bersih tu. How adorable he is. Makan tak memilih. Cuma dia alergik dengan telur rebus dan tak akan makan sayur. Kena ajar budak paan nie suka makan sayur.

Time pergi kerja, dia akan tunggu depan pintu sampai aku pergi. Bila ayah dengan adik lelaki aku balik, makin riuh rumah dibuatnya. Semua suka melayan dia. Bawak pegi jalan mana-mana pun dia x kisah asalkan berjalan. Cuma dia pantang nampak air. Suka berendam dan main air. Pintu bilik air kena tutup selalu, kalau tak memang dia buat projek laa dalam bilik air.

For me, little paan sangat menceriakan hari-hari aku. Tolak protes dia tu je laa. Yang lain, Alhamdulillah okey.

So I hope, little paan akan membesar menjadi umat yang terbaik dari segi agama, bangsa dan juga keluarga.

p/s : maybe after this liitle paan akan dapat adik? Who knows right? Doakan ye J


sekian tu saja.

Byee…  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan