Assalamualaikum and hello silent readers out there...
Rajin pulak aku masukkan entry baru. Baru je beberapa hari lepas aku masukkan entry dan hari nie ada entry baru. Well, ikut mood jugak dan keadaan aku yang bosan kat tempat kerja. Mana semua customer nie?! huhuhu..
Okey laa, sebelum aku meroyan macam apa je kat sini, kita pergi pada tajuk entry hari nie iaitu Bahana Putus Cinta. Pada mereka yang telah mengikuti perkembangan blog aku nie, pasti korang dah tau kan? Dan pada yang baru mengikuti blog nie, aku sebenarnya pernah putus dengan seseorang yang pernah aku sayang sebelum nie. Sedih but now I'm fully move on already.
Setelah sekian lama perasaan sayang yang bercambah dalam hati, sukar untuk kita singkirkan begitu saja. Aku akui pada mulanya, aku juga mengalami perkara yang sama. Teringat dan nangis. Nangis dan teringat. Like seriously, aku macam zombi selepas dari mengalami situasi tersebut.
Tapi, bukan aku sorang yang mengalami situasi tersebut. Ramai yang mengalaminya dan mungkin korang salah satu darinya. Siapa kata senang untuk move on? Hakikatnya bukanlah semudah dari kata-kata mereka yang menjerit "just move on laa"..It's not simple like that. Mereka memerlukan sokongan dan harus mengelak dari duduk seorang diri. Well, bila duduk sorang diri, overthinking menguasai pemikiran and it ruins them.
Apabila putus cinta yang tak kesampaian, ada sesetengah dari mereka sangat sukar untuk terima hakikat yang telah terjadi. Maka, berlakulah pelbagai perkara yang kononya sebagai protes. Stalk social media ex, tanya kehidupan ex pada mereka yang rapat dengan ex, follow ke mana ex pegi, jadi psiko, murung dan the worst part is mereka berubah menjadi luar dari diri mereka. For example, from a beautiful girl turn into a boyish and a handsome boy turn into 'squidward'. Harap korang faham laa ehh..
heheeee...
So, kalau korang adalah mangsa putus cinta, maka jalan yang terbaik adalah cari semula cinta Allah. Itu yang sebaiknya. Segala yang jadi adalah ketentuan. Walau kita paksa untuk tetap teruskan tetapi jika Allah tak redho, bersangka baiklah padaNya. Sesungguhnya, segala yang berlaku adalah takdir yang indah dari Allah. Kita sebagai manusia mungkin fikir ini adalah kejam tapi renungkan kembali dosa yang telah kita lakukan. Mungkin sewaktu kita bercinta, kita lalai padaNya. Maka, inilah jalan yang terbaik. Tak usah terlalu memikirkan jodoh jika padaNya pun kita leka. Kejar cinta Allah itu lebih indah dan jika kita tulus ikhlas, Allah akan hadirkan seseorang yang walaupun kita tak suka tapi dia sesuai dengan kita. Terima dia dengan hati terbuka walau siapa pun dia dan latar belakangnya. Jika dia tak sebaik yang kita harapkan, ajar dia untuk berubah sikit demi sikit. Dengan sedikit kata-kata nasihat yang lembut dan perasaan cinta sayang yang luhur, Inshaa Allah, semuanya akan baik saja.
Aku bukan manusia sempurna. Tetapi masih belajar dengan petunjuk sekeliling dan juga dia yang aku sayangi kini. Semoga ikatan yang terjalin ini berterusan, saling menasihati, jujur, direstui family dan meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Aku doakan mereka yang membaca blog aku dilimpahi berkat, dilindungi dan ada yang sudi memberi sedikit rasa kasih sayang. Berubah jadi lebih baik, itu yang seharusnya korang lakukan. Bukan meratap merayu.
Sekian saja entry kali nie. Next entry will be coming soon.
Ari0s amogos, sayonaraaa Cik Sakura...
p/s : I miss my atomen taro :(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan