Jumaat, 12 Januari 2018

Tahun 2017 Bagiku

Assalamualaikum dan hai silent readers,

    Sudah 12 hari kita memasuki tahun 2018. Dan macam biasa, aku yang krik krik baru nak up entry baru dalam blog. Alahaiiii. 

Berlalunya tahun 2017, pelbagai perkara yang aku harungi. Ada suka dan ada duka. Aku cuba ceritakan disini.

Tahun 2017 adalah dimana hampir setengah tahun aku menganggur setelah aku tamat kontrak dari Stokis Cosway. Sedih. huhuhu. Selama aku menganggur, aku tak buat apa sangat pun. Jadi job hunter, jadi babysitter dekat rumah dan buat sikit-sikit dropship. Well, zaman sekarang kena pandai cari duit untuk survive. Takkan laa aku nak harap mak ayah aku semata-mata. Sepatutnya mereka dah berehat dan menikmati masa tua dengan amal ibadat. 

Tak ada apa sangat pun aku buat sepanjang tahun 2017. Tiba masanya bulan Ramadhan, aku mula tolong kawan mak aku meniaga dekat Bazar Ramadhan. Adalah sedikit duit poket dan juga untuk topup balik duit simpanan aku yang makin kering. Sedih tengok amaun makin kurang masa tu. huhuhu. 

Sebaik habis je bulan ramadhan, aku menganggur balik. Tapi tak lama sebab kawan mak aku yakni Pn. Ina memerlukan pekerja di kedainya. Memandangkan aku jobless, maka aku terima. Sambil tu, boleh laa aku tambahkan lagi pengalaman dan belajar lagi selok belok dalam dunia perniagaan kecil kecilan. And I hope akan datang boleh jadi besar :D
Bekerja di tempat sekarang betul-betul membuatkan aku lagi kuat untuk menggapai impian. Aku teringin nak buka cafe cake. Mengenai impian itu, akan aku ceritakan di entry masa akan datang. 

Kenangan manis? 
Semua yang buatkan aku tersenyum tahun lepas adalah kenangan manis bagiku. Kata orang, tak baik terlalu menceritakan perasaan gembira di social media. Risau ada yang dengki dan dikatakan aku menunjuk. Biarlah kenangan manis itu, hanya aku dan orang yang berada disekelilingku yang mengetahuinya :)

Kenangan sedih?
My grandma already passed away :( . Opah aku meninggal atas faktor usia yang semakin lanjut. Arwah meninggal di usia 89 tahun. It was so hard for me. Aku pernah berangan, opah akan hadiri majlis perkahwinan aku nanti dan bakal menggunting secebis rambut anak aku. Tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi. Arwah opah aku meninggal pada awal bulan 12 di Kuala Kangsar. Seminggu sebelum arwah meninggal, dia sempat bermalam di rumah keluarga aku. Kami bersembang, makan bersama dan menghayati masa lalu. A few days dia balik dari sini ke rumah paksu aku, arwah menghembuskan nafas terakhir. Sepanjang perjalanan ke rumah paksu aku, aku tahan air mata aku dari tumpah. Tapi tewas juga. Tetap mengalir. 

Aku, adik perempuan aku, mak, makcik saudara serta beberapa sepupu perempuan membantu mereka yang memandikan jenazah arwah opah aku. Sepanjang masa tu, aku sekadar tatap wajah arwah opah. Wajahnya seakan tersenyum. Kami mandikan, kami kafankan dan sampai masa untuk tutup wajahnya, kami bergilir untuk cium dahi arwah opah. 

Lama jugak aku ambik masa untuk move on tentang pemergian opah. Dan aku redha atas pemergiaannya. Setiap kali solat, aku tak jemu untuk sedekahkan al-fatihah buat arwah opah yang aku sayangi. Semoga opah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan tenang disana.

Tahun 2018, tahun yang akan aku bina segala impian sedikit demi sedikit. Kekal istiqomah walaupun perlahan. Well, cikgu aku pernah berkata "Roket Apollo yang nak ke bulan pun bergerak perlahan pada mulanya tetapi semakin laju apabila melepasi 1 demi 1 ozon bumi".  

Semoga apa yang aku impikan akan berjaya dan dikelilingi dengan mereka yang mempunyai pemikiran kritis, kreatif dan positif. Doakan aku ye.

Okey, setakat ini saja entry aku. Kucing aku tammy dah mula tunjuk muka comel dan menggesel dekat kaki mintak nak minum susu. 

Sekian semua. Sayonara ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan