Selasa, 6 Mac 2018

Nak Cahaya Mata?

Assalamualaikum and hello silent readers out there..


Entry hari nie aku macam terpanggil untuk mengarang satu tajuk iaitu, Nak Cahaya Mata? But first, please jangan fikir yang pelik-pelik okey. Aku sekadar menaip dari sudut pandangan aku. Well, setiap orang ada pandangan masing-masing dan korang boleh komen entry nie. Aku hormat korang punya pandangan so uolss jangan risau. Aku bukan kaki latah. heheee...

Sebenarnya, tengah seronok baca tweet di twitter, aku terbaca mereka yang memberi komen mengenai satu rencana di akhbar mengenai keluarga yang hidup susah dan mempunyai anak ramai. Bagi aku, tak salah kalau nak ada anak ramai tapi kena fikir kedudukan kewangan terlebih dahulu. Jika makan pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, better cari solution dari biarkan anak-anak yang tak berdosa dibiarkan kelaparan dan tak cukup pendidikan. 

Memang sangat complicated jika dibincangkan isu ini. Tapi, aku tak boleh lihat anak-anak kecil terbiar macam tu saja. Aku kesian. Aku nangisss...Jika tak mampu untuk ada anak buat sementara waktu, buat langkah pencegahan terlebih dahulu. Mereka boleh dapatkan nasihat dan langkah pencegahan dari Hospital Kerajaan. 

Memang anak itu pembawa rezeki. Tapi bukan sekadar lahirkan dan terus dapat duit jatuh dari langit. Kena usaha cari duit lebih. Setiap anak ada peruntukan yang harus disediakan terlebih dahulu. Jika baru nikah makan pun dicatu, adalah lebih baik elakkan dari mengandung. Bukan menolak kehadiran cahaya mata, tapi jangan seksa anak yang masih kecil. Ada anak kecil memerlukan kos yang tinggi. Pampers, susu, pakaian, ubat dan lain-lain untuk si kecil.

Persediaan untuk menimang cahaya mata bukan sekadar boleh jaga anak atau tak. Tapi buat perbelanjaan terlebih dahulu setiap bulan. Kalau boleh lepas dan ada baki untuk digunakan semasa kecemasan, then both of you can have a kids. Tapi jika sebaliknya? Tak usahlah dulu. Ada yang kata, guna je susu badan. Kalau isteri tu boleh bagi susu badan. Kalau dia tak ada susu badan, macam mana? Mustahillah kalau nak bagi anak tu minum air kosong. Pemikiran tu biar logik sikit. Hang ingat, budak tu anak kucing ke -__-

Suami isteri hidup susah. Suami kerja, isteri duduk rumah. Anak pulak ramai. Fuhh, macam mana nak survive? Fikirkanlah terlebih dahulu. Mungkin ada yang fikir, kalau nak ada anak kena jadi kaya terlebih dahulu. Bukan itu maksud aku. Tapi dari segi tanggungjawab dan kedudukan kewangan yang stabil dan kukuh. Zaman sekarang nie, semuaa benda mahal. Even susu bayi pun lagi mahal dari susu dewasa. Kalau anak tu tak sesuai dengan klinik kerajaan, kena pegi pulak klinik swasta. Dah berapa perbelanjaan disitu?

Jadi, sebelum ingin mempunyai anak, fikirkan terlebih dahulu. Bukan sekadar rasa seronok dan bangga boleh buat anak. Ini yang membuatkan aku rasa kecut perut nak berumah tangga. Bila aku tengok kawan-kawan aku yang dah berumah tangga dan ada anak, terdetik dalam hati 
"wah, bestnya..bila agaknya giliran aku ye?". Tapi bila aku baca hal-hal rumah tangga dan salah satunya mengenai ini, aku geleng kepala dan cakap pada diri aku, aku belum bersedia lagi.

Sekian untuk entry kali nie. 

Kalau korang ada sebarang pandangan atau komen, boleh tinggalkan di ChatBox.

p/s : buat sementara  nie, jaga anak orang je laa dulu. heheee..


Isnin, 5 Mac 2018

Bahana Putus Cinta

Assalamualaikum and hello silent readers out there...


Rajin pulak aku masukkan entry baru. Baru je beberapa hari lepas aku masukkan entry dan hari nie ada entry baru. Well, ikut mood jugak dan keadaan aku yang bosan kat tempat kerja. Mana semua customer nie?! huhuhu..

Okey laa, sebelum aku meroyan macam apa je kat sini, kita pergi pada tajuk entry hari nie iaitu Bahana Putus Cinta. Pada mereka yang telah mengikuti perkembangan blog aku nie, pasti korang dah tau kan? Dan pada yang baru mengikuti blog nie, aku sebenarnya pernah putus dengan seseorang yang pernah aku sayang sebelum nie. Sedih but now I'm fully move on already.

Setelah sekian lama perasaan sayang yang bercambah dalam hati, sukar untuk kita singkirkan begitu saja. Aku akui pada mulanya, aku juga mengalami perkara yang sama. Teringat dan nangis. Nangis dan teringat. Like seriously, aku macam zombi selepas dari mengalami situasi tersebut. 

Tapi, bukan aku sorang yang mengalami situasi tersebut. Ramai yang mengalaminya dan mungkin korang salah satu darinya. Siapa kata senang untuk move on? Hakikatnya bukanlah semudah dari kata-kata mereka yang menjerit "just move on laa"..It's not simple like that. Mereka memerlukan sokongan dan harus mengelak dari duduk seorang diri. Well, bila duduk sorang diri, overthinking menguasai pemikiran and it ruins them.

Apabila putus cinta yang tak kesampaian, ada sesetengah dari mereka sangat sukar untuk terima hakikat yang telah terjadi. Maka, berlakulah pelbagai perkara yang kononya sebagai protes. Stalk social media ex, tanya kehidupan ex pada mereka yang rapat dengan ex, follow ke mana ex pegi, jadi psiko, murung dan the worst part is mereka berubah menjadi luar dari diri mereka. For example, from a beautiful girl turn into a boyish and a handsome boy turn into 'squidward'. Harap korang faham laa ehh..

heheeee...

So, kalau korang adalah mangsa putus cinta, maka jalan yang terbaik adalah cari semula cinta Allah. Itu yang sebaiknya. Segala yang jadi adalah ketentuan. Walau kita paksa untuk tetap teruskan tetapi  jika Allah tak redho, bersangka baiklah padaNya. Sesungguhnya, segala yang berlaku adalah takdir yang indah dari Allah. Kita sebagai manusia mungkin fikir ini adalah kejam tapi renungkan kembali dosa yang telah kita lakukan. Mungkin sewaktu kita bercinta, kita lalai padaNya. Maka, inilah jalan yang terbaik. Tak usah terlalu memikirkan jodoh jika padaNya pun kita leka. Kejar cinta Allah itu lebih indah dan jika kita tulus ikhlas, Allah akan hadirkan seseorang yang walaupun kita tak suka tapi dia sesuai dengan kita. Terima dia dengan hati terbuka walau siapa pun dia dan latar belakangnya. Jika dia tak sebaik yang kita harapkan, ajar dia untuk berubah sikit demi sikit. Dengan sedikit kata-kata nasihat yang lembut dan perasaan cinta sayang yang luhur, Inshaa Allah, semuanya akan baik saja.

Aku bukan manusia sempurna. Tetapi masih belajar dengan petunjuk sekeliling dan juga dia yang aku sayangi kini. Semoga ikatan yang terjalin ini berterusan, saling menasihati, jujur, direstui family dan meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Aku doakan mereka yang membaca blog aku dilimpahi berkat, dilindungi dan ada yang sudi memberi sedikit rasa kasih sayang. Berubah jadi lebih baik, itu yang seharusnya korang lakukan. Bukan meratap merayu. 

Sekian saja entry kali nie. Next entry will be coming soon.

Ari0s amogos, sayonaraaa Cik Sakura...

p/s : I miss my atomen taro :(

Sabtu, 3 Mac 2018

Perasaan Benci


Assalamulaikum dan hai silent readers out there..

Setelah sekian lama aku tak update entry blog, kali nie aku muncul semula dengan tajuk entry Perasaan Benci.

Well, dalam kehidupan manusia yang pelbagai ragam dan jaluran warna warni, perasaan benci tu tetap ada. Cuma bezanya kebolehan seseorang itu menghapuskan perasaan benci atau mengiyakan kehadirannya. Hadir kerna hasutan syaitan atau hapuskannya demi bahagia. 

Kadangnya, perasaan benci itu datang tanpa kita kawal kerna perasaan yang terlampau menguasai diri. Kita hidup berdasarkan akal yang diberi Allah S.W.T. Bukan kerana tuntutan hawa nafsu dan juga terlalu mengikut perasaanPerasaan benci boleh menyebabkan kerosakan dalam hati. Kenapa nak rasa benci jika kita boleh hapuskannya dan menghadirkan rasa bahagia?

Apabila perasaan benci menguasai akal, ianya mungkin akan melukakan orang yang berada disekeliling kita. Jangan terlalu mengikut kata hati yang sarat dengan rasa benci. Berdoalah agar dijauhi perasaan itu dan semoga apa yang kita mahukan satu kebahagiaan akan menjadi matlamat dalam hidup.

Jika kita hidup dalam perasaan benci, bagaimana kita mahu pandang suatu perkara lain sebagai kebahagiaan? Berlari darinya? Tak mungki sebab benci itu akan mengejar kita semula dan sukar dikawal pabila terlalu besar perasaan tersebut dalam hati, diri dan juga fikiran. Tak usah bersedih dengan apa yang telah berlaku. Lepaskan segalanya dan mulakan dengan mengubah diri lebih baik. 

Hidupkan hati dengan ibadah, bergaul dengan mereka yang positif dan elakkan dari mengenang perkara yang menyebabkan kita terimbau dengan perasaan benci. Lepaskan perasaan benci yang membelit hati kita.

Jika kita inginkan kebahagiaan, lepaskan perasaan benci dan seangkatan dengannya. Kerana hidup ini singkat dan nikmatinya dengan penuh rasa syukur, bahagia dan positif.

Sekian *_*