Assalamualaikum dan hai pada semua pembaca yang datang secara tak sengaja ke blog hamba yang tak seberapa nie :)
By the way, thanks sebab singgah walaupun sebentar. Saya hargainya.
So, kali ini coretan aku pasal budak-budak zaman sekarang dan tentunya aku lebih fokuskan pada pelajar sekolah menengah(lower form). Baru-baru ini aku padam dan block semua kenalan lelaki di weechat yang pernah aku add ataupun ditambah oleh orang lain. Kiranya aku buat "pembersihan kenalan weechat". Disebabkan ramai yang aku block dan padam, so aku punya moments macam suram dan krik3. Aku pun menjalankan misi untuk tambah kenalan perempuan saja melalui people nearby. Yang aku rasa okey, aku add. Tapi ade juga lelaki yang ingin kenal dengan aku, but sory guys, aku tak akan approve sebab sekarang aku dalam menjaga hati orang yang aku sayang. Oh, I miss my sweetheart so much :(
Sekarang nie, kita masuk the main point. Aku terrr add budak-budak BBNU!! BBNU stands for Budak Baru Nak Up. I get that words from my anak sepupu. She's 13 years old and she tell me everything and I was shock!! Wow, budak sekarang dan pandai dan lebih advance dari kita yang dewasa nie @ aku nie remaja purba yang tak kisah sangat pasal perkembangan teknologi? Hmm, maybe?? Kalau dulu sewaktu aku tingkatan 1 hingga tinggkatan 3, aku tak pernah terfikir pasal handphone. Dalam kepala aku asyik layan novel, komik, perbarisan rumah sukan, kerja sekolah dan kerja kursus. But now, things are soo different.
Biasanya budak BBNU nie selalu lepak kat weechat. Dan banyak moments BBNU dekat aku punya wall weechat. Kaki promote, lps tu bile add @ approve, suruh intro. Kau nak akak intro apa dik oii? Intro buku sejarah kerr?? Last sekali, aku block terus. Pernah aku sembang pasal perkara ni dengan buah hati aku, then he tell me something yang pernah jadi pada dia. Tapi cerita nie sebelum dia kenal aku. Buah hati aku cakap, ade sorang budak perempuan nie baru je kenal dia, tiba-tiba ajak couple. Serius, dia terkejut sebab budak yang baru 14 tahun, dengan beraninya ajak dia couple. So, dengan penuh tarbiyahnya, budak perempuan tu kena "basuh". Ishk3, kesian kau dik. Tak pasal-pasal je kena ceramah. Lepas 2 3 hari macam tu, dia nampak budak perempuan tu buat moments yang dia dah couple dengan sorang budak lelaki lain.
Buah hati aku cakap, betapa mudahnya bina hubungan dengan terus ajak couple dan sangat bahaya kalau budak perempuan tu terrr couple dengan lelaki yang suka ambil kesempatan. Tapi tak boleh salahkan jugak budak perempuan tu, maybe sebab dia nampak kawan-kawan dia ade boyfriend, so dia tak nak ketinggalan dan dia ajak je sesiapa untuk couple dengannya. Tapi, bila buah hati aku cakap kisah ni dengan aku, mula-mula tu aku ketawa tak henti hampir 5 minit. Hahahaha. Budak umur 14 tahun ajak lelaki yang berusia 20an untuk couple. Agak kelakar hokeyy. kahkahkah :p . Nampak sangat yang buah hati aku ni tak pandai nak mengorat. Tapi bagus jugak dia tak tau mengorat, tak ada laa aku makan hati, hehehe. Sorry sayang sebab saya kutuk awak dalam blog saya ;p
So, dibawah ni adalah antara moments BBNU : =>
Sweetkn couple yang mcm ni ↓
→ Suka bergurau
→ Pergi Mana Bagitau
→ Jaga kita baik'2
→ Pemaaf
→ Sweet
→ setia
→ Manja
→ Selalu Cerita kat kita Keadaan Sekeliling Dia
→ Selalu update moment psl kita
→ Ikhlas Sayang Kita
→ Selalu Chat
→ Cover photo gmbar kita
→ Tak Pernah lupe tarikh couple n Birthday kita
→ Akan berusha untuk bagi tau kita klau xdpat on
→ Teman kita time kita tengah sakit
→ Paham kita
#kalau sayang seseorang copy&post status ni di momment awak ..
Mak oii, kalah aku yang bercinta nie. Kakak kau yang bercinta pun tak de advance sampai macam tu sekali. Bila aku baca moments diatas tu, aku hanya mampu ketawa sambil geleng kepala. Dari mana laa korang belajar buat ayat macam tu. Kalau belajar buat karangan, itu lebih baik wahai adikku :)
Dan korang semua jangan main-main, budak BBNU juga ada rukun couple. hahahahaha, serius memang kelakar bagi aku laaa. Nanti aku nak cakap dengan buah hati aku, "awak, jom kita buat rukun couple, nak tak?"...Dah sah lagi pasti dia jeling kat aku dengan tajam. Nak tarik hidung aku, tak boleh sebab tak sah lagi jadi husband and wife. Apa yang dia mampu buat adalah, jeling dekat aku dan potpet macam burung murai. -___-
Bila aku fikir balik dengan apa yang terjadi pada budak-budak zaman sekarang, macam mana mereka nak handle negara 1 hari nanti jika sekarang sibuk dengan couple dan macam-macam hal lain laaa. Aku rasa kesian dengan mereka yang masih kecil dan kadang-kadang terlalu naif. Bila dinasihatkan, kata kita marah, control mereka dan jaga tepi kain. Sebenarnya, aku tak nak mereka terjebak dengan perkara macam ni.
Setakat ini saja yang aku coretkan pasal budak-budak zaman sekarang. Kalau aku ada apa-apa yang aku rasa menarik dan nak share dengan korang semua, aku update entry terbaru ye.
Bye semua, Assalamualaikum :)
peace y0!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan