Ahad, 15 Januari 2017

Padang Fantasy


       Di suatu petang, aku berjalan jalan dengan adikku di Padang Fantasy. Sambil menghirup udara segar, kami saling berborak mengenai kehidupan yang telah kami lalui. Tidak terkecuali mereka yang datang ke padang tersebut turut menjadi bahan bualan kami. Penat dengan berjalan, kami duduk sambil minum air yg dibungkus didalam plastik. Tapi, aku malas pegang. Lalu pohon yang berada disisiku melenturkan dahan yang kecil untuk aku sangkutkan minuman. Aku tersenyum pada pohon tersebut. Bagaikan memahami, pohon itu seolah olah tersenyum padaku.

       Pada waktu yang sama, semakin ramai pengunjung yang datang ke Padang Fantasy. Ada yang bermain belon buih, ada yang berkelah dan ada yang berenang didalam tasik. Belon buih yang ditiup oleh kanak-kanak terbang dibawa angin dan muncul pelbagai bentuk seperti bentuk kucing, awan, kereta dan macam-macam lagi mengikut imaginasi kanak-kanak tersebut. Mereka yang berkelah juga turut merasa gembira kerana rumput-rumput carpet bertukar menjadi bunga-bunga kecil yang cantik mengelilingi mereka sewaktu duduk diatas rumput. Kelihatan sebahagian remaja yang sedang bermandi manda didalam tasik. Tasik tersebut sungguh besar dan airnya sangat dalam. Tetapi, mereka tidak perlu takut untuk mandi didalam tasik tersebut sebab mereka akan terapung di permukaan dan muncul ikan-ikan yang berwarna warni. Dan jika mereka bernasib baik, apabila sisik haiwan berkenaan terkena pada cahaya matahari, seolah olah ikan tersebut dibaluti dengan sisik emas.

       Sedang kami semua sedang menghayati suasana petang, tiba-tiba pasukan peronda muncul. Maka semua penjual ditepi Padang Fantasy berkeliaran lari kerana mereka tidak mahu disaman. Penjual belon buih turut berlari membawa bersama 2 tong besar cecair belon buih. Tiba-tiba, penjual berkenaan telah terjatuh kerana tersadung akar kayu pokok. Maka, cecair belon buih tersebut tumpah dan membasahi tanah. Pohon-pohon yang berhampiran, telah menyerap cecair belon buih itu. Beberapa minit kemudian, belon buih telah keluar dari setiap helai daun pohon-pohon itu. Seluruh ruang udara Padang Fantasy telah dipenuhi dengan belon buih. Kanak-kanak yang memerhatikan kejadian tersebut bersorak gembira kerana dipenuhi dengan belon buih yang sangat banyak dan berwarna warni.

       Aku hanya memerhatikan sahaja dan tersenyum melihat keadaan manusia yang riang gembira sesama meraka. Air yang ku sangkutkan pada dahan pohon sebelahku, ku capai dan ku genggam sehingga menjadi debu-debu halus yang berterbangan. Warna langit semakin bertukar dari cerah kepada keperangan. Maka, aku pulang bersama adikku ditelan kegelapan malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan