Selasa, 5 Disember 2017

Harta Muka Bumi


Hujan lebat menimpa isi bumi. Aku di bawah bumbung. Merenung awan yang kelabu. Kenderaan 4 roda pelbagai bentuk bergerak di atas jalan. Ada mewah, ada yang sederhana dan ada juga yang hampir rebah ke bumi menunggu hari. Tidak kurang juga motorsikal yang berlari-lari laju. Basah lencun bersama pemiliknya.

Aku terfikir sesuatu. Itupun setelah dibisikkan secara mengejut oleh seseorang. "Sampai bila kakak nak hidup begini? Usia semakin meningkat. Tapi apa pun tiada." Suara itu silap. Aku ada. Ada pipi yang semakin kembang ke depan. Mungkin kerana aku gembira, aku makan. Aku sedih, aku makan lagi. Jadi masa bila yang akan aku berhenti makan? Disaat mata tertutup rapat and I have to say bubye to this world. Tapi, bisikan itu betul. Usia dan masa bergerak seiring. kadangnya boleh jadi terlalu baik. Kadangnya boleh jadi terlalu kejam. Dan dari masa juga, muncul sahabat yang dipanggil kenangan.

Mengenangkan kembali kenangan masa laluku, apa yang telah aku buat dalam hidup ini? Adakah sia-sia atau mengumpul pengalaman yang tidak seberapa. Kerna aku masih budak setahun jagung. By the way, lemang jagung tetap pilihanku. Oh tidak, pengalaman itu yang mengajar aku pelbagai perkara. Sama ada baik atau sebaliknya. Bertemu dengan masyarakat bukan mudah seperti yang dibayangkan tika aku masih di bangku meja sekolah. Berbeza pendapat dan corak pemikiran. Terlalu positif buat kau hilang diri sendiri. Terlalu negatif, buat kau terperup dengan kegelapan tanpa kau sedari. Jadi, aku pilih secara logik.

Sama seperti kehidupan. Ada yang hidup dalam kekayaan. Ada yang hidup sederhana. Ada juga yang hidup terlalu susah. Kita semua bergantung pada sesuatu untuk terus hidup dan bergerak. 

Ada manusia yang sudah hidup mewah. Kereta besar, rumah besar, harta yang banyak tapi masih lagi mencari cari kekayaan. Adakah mereka melatih diri dan pemikiran untuk mendapatkan lagi kekayaan?

Ada manusia, yang hidupnya sederhana. Cukup makan, pakai dan cukup segala keperluan. Tapi demi memenuhkan gelojak kemahuan, mereka terus mencari kekayaan. Untuk apa lagi jika semuanya sudah cukup? Sifat manusia. Sering mahu lagi, lagi dan lagi. Itu yang dipanggil nafsu dunia.

Ada manusia yang hidupnya susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bila hidup susah, jangan bergantung pada orang lain. Contohnya, meminjam wang. Tak semua orang senang dan bermurah hati memberi pinjam wang. Pada fikiran mungkin dia baik, tapi adakah hatinya rela memberi pinjam wang tersebut? Fikirkan. Ada yang berusaha sungguh-sungguh sehingga dapat mengubah kehidupan. Ada yang setakat pasrah. Walaubagaimanapun, mereka ini segelintirnya tetap rasa bahagia dalam serba kekurangan. 

Aku ingin berkongsi kisah seorang pemuda. Dahulunya hidup dia senang. Mewah dengan segala benda. Tapi dia mewah bukan dengan cara yang halal. Dia mewah cara yang sebaliknya. Dan kini, dia hilang segalanya. Pernah ku bertanya, tidak mahukah dia membina dirinya semula dengan mencari sedikit harta untuk waris? Katanya, dia sudah muak dengan segala harta dunia. Tapi adakah dia sedar, harta yang haram itu nikmatnya lain jika dibandingkan dengan harta yang halal? Sama seperti kita makan ayam. Diberi daging ayam yang tidak elok dan makan. Rasa ayam tersebut tidak sama dengan ayam yang elok. Berbeza disitu. Ku harapkan dia sedar dan berubah tanpa bergantung harap pada orang lain. 

Diatas muka bumi ini dan disaksikan oleh ciptaan Allah S.W.T yang bisu, mereka memerhati makhluk yang sempurna. Tapi, kita sebagai khalifah atas muka bumi ini, adakah kita guna kelebihan yang diberi dengan bijak? Walaubagaimanapun keadaan atas bumi ini, manusia-manusia tetap terus mengaut segalanya demi memenuhi keperluan dan kehendak yang tak pernah habis.

Jadi, dimanakah akan ku letak diriku ini?

Sabtu, 2 Disember 2017

Si Pohon Gagah


Aku kesini lagi. Ke tempat dimana manusia normal tak kan mampu terima berdasarkan logik akal. Kali ini, sepohon pokok yang rendang memayungi bumi. Aku dibawahnya. Bersandar pada tubuhnya. Dengan akar yang berjalur membentuk seperti saluran yang menyedut bumi. Tubuhnya bercabang. Setiap cabangnya bagaikan terbentuk seperti naga berkepala tujuh. Bermula dari bahagian bawah, terdapat pokok yang menumpang seperti parasit yang hanya tahu mengambil kesempatan pada pada si pohon yang gagah. Pokok itu kecil dan hanya dipandang seakan tidak memberi kesan apa-apa pada si pohon. Tetapi hakikatnya pokok kecil itu bakal merosakkan si pohon yang gagah. Jika aku adalah si pohon ini, akan ku singkirkan dari tubuhku. Namun si pohon ini faham. Daun-daunnya lembut ditiup angin. Membentuk satu senyuman yang ikhlas.

Bagi si pohon, tidak gentar baginya akan pokok yang menumpang pada tubuhnya. Pohon merasakan dia lebih kuat. Gagah. Dan mampu hidup sendirian tanpa bergantung harap pada tumbuhan lain. Bahkan pokok-pokok kecil yang takut akan panahan mentari turut berteduh dibawahnya. Pohon ini bangga dengan amal baktinya.

Dicelahan daun-daun halus, kelihatan daun yang membentuk gumpalan. Dalam gumpalan tersebut, burung-burung kecil dan anak-anaknya bersembunyi. Seperti kita yang berteduh di dalam rumah, begitu juga haiwan kecil ini. Berkata lagi si pohon. Aku yang melindungi mereka dengan daun-daun halus ku ini. Tanpa aku, tiada tempat perlindungan buat mereka.

Semakin tinggi, semakin rendang. Meredupkan keadaan yang panas. Menyejukkan udara. Warnanya hijau. Menenangkan gelora dalam fikiranku yang serabut. Oh! Aku tertekan. Pohon ini melurutkan dahan yang sederhana besar.

Bagaikan menepuk bayi yang ingin tidur, aku menguap. Melepaskan segala lelah. Mataku layu. Ditiup angin lembut. Kicauan burung yang mendayu dayu. Bagaikan lullaby untuk aku. Kicauan itu, tiada siapa dapat mengerti, apakah nada itu? Bagaimana terhasilnya? Tidak mungkin sekadar burung. Ada sesuatu yang turut mendendangkan lagu. Sayu, mendayu, terasa lembut menyapa gegendang telinga. Aku terleka dan terbuai lalu kelopak mata tutup sepenuhnya.

Selamanya..

Sabtu, 29 Julai 2017

Menghargai dan Menyayangi.

Assalamualaikum and happy weekend korang.

Wuhuu, so much fun bila hujung minggu kan? Macam-macam aktiviti boleh buat. Hiking, picnic and everything activities yang mengujakan. Termasuklah memanjakan diri ala-ala spa gitu dirumah. Well, I’m now tengah tempek black mask charcoal. Dah macam dayang senandung je.

Okay, let’s start with tajuk yang diatas iaitu : Menghargai dan Menyayangi.

Baru-baru nie, one of my friend ada mengadu pada aku. She with her boyfriend bergaduh besar. Pasal isu apa? Pasal isu followers di Instagram. Diceritakan kawan boyfriend dia hantar request kat Ig. So, my friends tanya her boyfriend, boleh ke accept? Her boyfriend said, okay. She accepted and she’s follow back. Tak lama lepas tu, diorang bergaduh pasal nie. Kawan boyfriend dia pulak main follow and unfollow. Eh hellooo, tak kan laa pasal tu pun nak bergaduh?? Soo childish laa dude. Ditambah untuk lengkapkan perang besar, siap mencarut segala bagai. Serius, aku memang pantang kalau ada yang mencarut. Rasa nak lumur je cili api tu kat mulut dan muka dia. Haaaa, baru ada akai sikit orang tu. Arghh, aku pulak yang stress dengan hamba Allah tu.

Kawan aku tu pula, hati dah lembut macam tisu. Sama je macam aku. Dah 2 kali tak silap aku, aku minta kawan aku tinggalkan her boyfriend. Tapi diorang berbaik balik. Aduhhh. Susah. Maybe sebab dah terlalu lama sayang jadi sukar untuk tingggalkan. Tapi aku rasa yang boyfriend dia dah cukup bosan. Sebab tu buat perangai. Cuba waktu mula-mula bercinta dulu,  pijak semut pun tak mati. Sebelum nie diorang pernah bercinta tapi putus bila her boyfriend tinggalkan dia dan bercinta dengan orang lain. Diorang putus then he get back with my friend. Bila kawan aku cerita yang diorang get back balik, aku termenung panjang. 

Tapi aku fikir positif. Maybe her boyfriend dah insaf dengan apa yang dia buat dan kawan aku pula memang sayang dengan dia. Sebolehnya aku tak nak diorang get back balik sebab cukuplah sekali kawan aku terluka kerana dia. Aku ada jugak doa untuk diorang agar diorang lebih sabar dan tenang dalam hubungan ini. Tapi, lagi teruk nampaknya. I feel so sad bila kawan aku dalam ujian nie. Don’t cry okay beb. Aku, family dan kawan-kawan yang lain ada dengan kau. Ingat, kau tak keseorangan. You  have us. More better than that guy yang buat kau sedih.

Bila seseorang tu dah lama dengan kita, tolonglah hargai. Dia ada waktu kau senang dan susah. Tak minta lebih. Jaga hati dan perasaan dia, sayangi dia serta ucapkan terima kasih. Hati perempuan nie tak susah. Kena tahu serba sikit walaupun diorang tu penuh dengan pemikiran yang agak complicated dan suka overthinking. Perempuan kalau overthinking, keliling dunia dia punya pemikiran. Hahahaha. Well, aku pun sama je. Tapi aku syukur sebab dikurniakan seseorang yang sabar dan tenang dalam menghadapi sikap pelik dan rumit aku. Dan aku harap dia akan terus sabar dan tenang sepanjang menjalani kehidupan bersama aku nanti. Terima kasih sayang =)

Love you to the moon and back (mohon jangan muntah. Kahkahkah)

                                      Okay, itu sahaja nukilan aku untuk entry kali ini.                                         Bila aku rajin dan ada idea baru, akan aku luahkan disini.

Have a nice day uollss.

Bubye.


Assalamulaikum.

Selasa, 11 Julai 2017

Job Hunter


Assalamualaikum dan hai readers.

Di pagi yang tenang, sunyi sepi dan hening di embun pagi, ecewahhh. Aku menaip lagi. Okay guys, kalau aku nak mintak maaf tu, beribu kali dah. But I still do the same. Last aku updated blog adalah bulan 4. So, kalau korang nak marah pun, aku tak kisah. Bukan sengaja aku tak up entry baru, aku tersangatlah sibuk a few months nie. Dengan bazar ramadhan, sambutan hari raya even rumah terbuka pun tak sempat nak buat apatah lagi nak datang rumah terbuka yang aku dapat jemputannya. 



OMG. What happend to me???

Start dari aku tamat kontrak dekat tempat kerja lama, kehidupan harian aku berubah. Kalau dulu mengadap produk cosway, tapi sekarang nie menghadap makanan. Kek, kuih, nona manis and a few more food yang aku jualkan. Ada jugak yang aku tolong promot kan dan sebagai balasannya owner produk lain tolong promot makanan yang aku jual. Tapi aku tak mampu nak buat banyak. Penat. Ditambah pula bila berdepan makanan. Fuhh, dugaan kot. Membuatkan pipi semakin tembam. But sokay, pipi buah hati aku lagi tembam. Siap bebel kat aku katanya pipi dah macam chipmunks. Bhahaha. Itu belum termasuk yang adik dia bagi tahu. Dia complain dengan mama, seluarnya dah tak muat. Ohh, so cute of him laa. Miss him a lot and lot's more.

By the way, sekarang nie aku dah jadi job hunter. Mana-mana kerja yang aku rasa sesuai dengan kelayakan dan pengalaman, aku mohon. Bukan aku tak nak teruskan jualan makanan tu tapi yang itu aku nak buat secara sampingan. Well, nak nikah dah. Nak pakai duit untuk beli barang rumah. Kalau ikutkan, memang itu tugas suami tapi aku nak jugak merasa beli barang guna duit sendiri walaupun sekadar mesin pengisar. Boleh jugak untuk kukuhkan aku punya simpanan. Cita-cita nak sambung belajar pun ye jugak. Rindu zaman belajar. Aku harap aku masih diberi peluang tersebut. Tapi kalau tak dapat belajar ke menara gading pun, dapat masuk mana-mana kelas yang dapat beri kebaikan serta mahirkan lagi kebolehan, Inshaa Allah, aku akan join.

Serius, zaman sekarang memang susah nak cari kerja. Bukan sengaja aku memilih. Tapi ada sesetengah tu yang aku tak boleh terima. Contohnya kalau dekat tempat kerja tu, baju dan tudung kena tuck in. Selain tu, kalau tempat tu ada jual arak, aku elakkan. Kalau dulu, budak STPM pun boleh jadi ketua pejabat. Macam makcik saudara aku. Dia kelulusan STPM je. Tapi dapat pangkat ketua pejabat. Tapi sekarang nie, kawan aku yang ada degree pun sekadar kerja dekat tempat budak SPM je. But sokay, just kerja saja. Nak bayar hutang PTPTN pun satu hal jugak. Dan kalau ada kerja yang sesuai dengan taraf pendidikan, pihak syarikat perlukan pengalaman dalam bidang yang berkaitan. Jadi, budak baru habis belajar, nak kerja mana kalau semua pun perlukan pengalaman. Tapi pada fikiran aku, mereka perlukan pekerja yang ada pengalaman untuk kurangkan masa dari mengajar budak yang baru ceburi sesuatu bidang tersebut. Masalah betul laaa.

Well, aku selalu ingat pesan seseorang. Katanya, jika kita sudah berusaha dan berdoa, tawakal kepada Allah kerana rezeki setiap hambanya tak pernah 'salah alamat'. Maksudnya, setiap orang tu ada rezekinya dan rezeki yang dihantar tak pernah salah tuju pada orang lain. Think more positive about that. 


So guys, doakan aku supaya dapat kerja yang sesuai dengan aku, okeyy.
Wish me luck korang.


Assalamualaikum :)
Bye



Isnin, 17 April 2017

Awak Terlalu Baik Buat Saya


Assalamualaikum semua yang membaca entry aku kali ini.

Hari ini aku rasa nak up entry terbaru. Haha, rajin pulak aku nak kemaskini aku punya entry kan? Kalau tak, asyik sibuk memanjang. Well, korang pun tahukan, aku dah tak bekerja makan gaji. Sekarang ini aku buat bisnes kuih secara kecil kecilan. Dan aku harap korang boleh doakan yang terbaik untuk aku. So, this is it. Kita pergi pada apa yang aku nak coretkan disini.

Pada setiap perkenalan, kita hanya mahukan yang terbaik. Gaduh, merajuk, manja, mahukan perhatian and everything ada dalam perhubungan. Tapi paling tak best adalah bila terputusnya hubungan yang disulam kasih sayang.

Salah satu ayat yang kerap kali digunakan untuk memutuskan hubungan adalah

"Awak terlalu baik untuk saya. Saya tak layak untuk awak kerana awak terlalu baik buat saya. Jadi, saya rasa sampai sini saja hubungan kita."

Dan  bagaikan hati yang retak beribu jatuh berderaian ke atas batu. Auchh!! That's really hurt :(

Korang, kenapa fikir pasal layak atau tak pada orang yang dah buat baik dengan korang. Tambah pula pasangan tu seorang yang baik, memahami dan jujur. Kalau korang bagi ayat cliche macam tu semata mata nak putus, then korang sebenarnya nak kan pasangan yang jahat ke?? Yang suka tipu korang, curang dan macam-macam lagi laaa. Dan perkara yang buat aku geram, lepas bagi ayat tu pada si dia, esok lusanya, korang dah bina perhubungan baru dengan orang lain. What the fish?! 

"Sebenarnya apabila kau rasa kau tidak layak buat dia, itu tandanya kau sudah menghina diri kau sendiri. Kita tidak akan pernah sempurna dan jika dia sudah pilih kau, usah banding, usah nak fikir dia bisa dapat yang lebih baik. Fikiran kotor kau itulah yang akan menghancurkan hubungan jika kau tidak kawal. Jika dia mahu kau, then bersyukur sahaja." By the Faiz Ibrahim.

Aku akui, dulu aku pun berperasaan begitu pada orang yang kini amat ku sayangi. Tapi, bila aku baca balik ayat yang dinukilkan Faiz Ibrahim, aku jadi bersemangat untuk terus menawan hati si dia. Walaupun kadang-kadang aku geram dengan dia yang suka mengusik aku -__-
But, I like it. Hehehe.

Back to the story, kalau korang rasa korang tak layak dengan dia, please jangan mulakan apa-apa perhubungan dengan si dia. Jangan bagi harapan, jangan terlalu bagi perhatian dan jangan rapat dengan dia. Hati manusia terlalu mahal untuk kita sakitkan apatah lagi untuk menghancurkannya. Aku pernah alami situasi ini. Aku sakitkan hati orang lain dan orang lain pula yang sakitkan hati aku. That's the karma yang aku dapat setelah apa yang aku lakukan. 

Please korang, kalau korang fikir si dia terlalu baik sehingga korang rasa korang bukan insan terbaik buat dia, itu adalah satu penghinaan untuk diri korang sendiri. Jadi, korang berusahalah jadi manusia yang terbaik buat si dia yang tulus menyayangi korang. Dan aku akan doakan kebahagiaan buat korang semua. 

Usaha itu adalah tanggga kejayaan. Tapi, kenapa nak guna tangga sedangkan dah disediakan eskalator??? Jeng jeng jeng....hahahahaha....okeyy, abaikan apa yang aku mengarut nie -__-  

So, itu sahaja entry aku kali ini. I'll see you guys next entry okay.

Bye bye uollss...


Jumaat, 14 April 2017

The Dark Side Of Fantasy


Mereka kata, mereka faham dengan situasi kita, perasaan kita. Tapi sejauh mana kefahaman mereka pada apa yang kita rasa? Mereka hanya betul-betul faham bila mereka juga lalui apa yang kita lalui.

Aku disini lagi. Ditempat yang sukar untuk manusia memikirkan logiknya tempat ini. Tiada sebarang bentuk awan menghiasi langit. Langit kosong dan berwajah kelam sehingga menutupi bukit-bukit yang mengelilingi kawasan ini. Pohon-pohon daun jejarum yang tumbuh diatas bumi ini tegak berdiri kaku. Walaupun angin sekali sekali menderu kencang, bagaikan tiada kesan pada pohon-pohon tersebut. Namun begitu, ada di antaranya condong berlainan arah seperti jari jemari yang dibengkokkan dan ada juga yang sudah menyembah bumi.

Rumpur-rumput juga bagai ditelan bumi. Suatu ketika dahulu, aku sungguh riang memijak dan merasai kelembutan rumput-rumput ditapak kaki ku. Nyaman, sejuk dan terasa basah kerana rumput-rumput itu mengeluarkan air mata dari perut bumi. Titisan air yang berada di atas rumput-rumput tersebut bagaikan mutiara yang jernih dan berkilau apabila cahaya mentari menyinari alam. Tetapi kini, tidak lagi. Aku memijak pasir. Pada penglihatan aku, pasirnya kelihatan halus. Tersentuh kulit  tapak kakiku, terasa peritnya sehingga menjalar ke urat saraf ku. Bagaikan aku memijak serpihan kaca. Kaki ini terus melangkah walaupun kelihatan bengkak kerana memijak pasir ini. Sungguh aku keliru dengan keadaan ini. Aku bingung.

Aku melihat sekali lagi ke arah langit. Ku pejamkan mata sambil deria pendengaran cuba menangkap bunyi siulan burung-burung. Aku mengharapkan, pabila mata ini terbuka, akan kelihatan burung-burung yang menari riang di dada langit. Alangkah kecewanya aku. Tiada walau seekor burung pun yang berterbangan. Bagaikan ada sesuatu membuatkan burung-burung tersebut takut pada bayang-bayang aku. Apatah lagi diriku ini. Yang ada hanyalah bunyi-bunyi yang menyakitkan gegendang telinga.

Sedang aku dalam keadaan tidak tentu arah, aku terpandang sekuntum bunga. Bunga cincin. Aku tersenyum dan terus aku berlari untuk dapatkannya. Aku gembira kerana walaupun aku di tempat yang sungguh memeritkan, masih ada yang dapat menggembirakan aku. Sungguh aku tersenyum riang. Ku petik bunga tersebut. Cantik. Kelopaknya putih bersih. Bunga tersebut ku petik lalu ku hidu baunya. Wangiannya sangat harum sehingga terpejam mata ini. Tiba-tiba bau busuk seperti bau bangkai menusuk ke rongga hidung. Mataku terbuka. Ku lihat separuh dari tangkai bunga yang masih di atas bumi mengeluarkan darah merah seakan hitam pekat  membuak buak keluar. Bunga di tanganku, terkulai layu lalu hangus terbakar. Tercampak bunga itu dari tangan yang memegangnya.

Burung-burung yang bersembunyi didalam pohon, keluar berterbangan di dada langit. Berterbangan tidak menentu arah. Satu demi satu burung-burung tersebut jatuh ke atas bumi ini tidak bernyawa. Semakin lama, semakin banyak.

Setitis air menitis dipipiku. Aku mengesat air tersebut dengan jari jemari ini. Darah?! Apakah semua ini?! Darah mula membasahi aku seperti hujan. Baju putih yang ku pakai berubah warna dan basah lencun. Serta merta semua pohon yang ku pandang, terbakar. Sungguh tidak masuk akal kerana pada masa yang sama, hujan darah membasahi bumi. Aku melangkah ke atas batu yang paling tinggi. Aku melihat sekeliling. Tiada apa yang tertinggal untuk aku. Aku keseorangan. Aku menjerit melepaskan semua yang terpendam didalam dada ini. Aku menangis, ketawa mengilai dan memeluk tubuh yang ketakutan.. Apakah yang sebenarnya terjadi? Kenapa aku didalam keadaan ini? Apakah salahku sehingga aku terperangkap dalam dimensi ini?

Aku Tidak Tahu


Jumaat, 17 Februari 2017

Budak Baru Nak Up (BBNU) #weechat

Assalamualaikum dan hai pada semua pembaca yang datang secara tak sengaja ke blog hamba yang tak seberapa nie :)

By the way, thanks sebab singgah walaupun sebentar. Saya hargainya.

So, kali ini coretan aku pasal budak-budak zaman sekarang dan tentunya aku lebih fokuskan pada pelajar sekolah menengah(lower form). Baru-baru ini aku padam dan block semua kenalan lelaki di weechat yang pernah aku add ataupun ditambah oleh orang lain. Kiranya aku buat "pembersihan kenalan weechat". Disebabkan ramai yang aku block dan padam, so aku punya moments macam suram dan krik3. Aku pun menjalankan misi untuk tambah kenalan perempuan saja melalui people nearby. Yang aku rasa okey, aku add. Tapi ade juga lelaki yang ingin kenal dengan aku, but sory guys, aku tak akan approve sebab sekarang aku dalam menjaga hati orang yang aku sayang. Oh, I miss my sweetheart so much :(

Sekarang nie, kita masuk the main point. Aku terrr add budak-budak BBNU!! BBNU stands for Budak Baru Nak Up. I get that words from my anak sepupu. She's 13 years old and she tell me everything and I was shock!! Wow, budak sekarang dan pandai dan lebih advance dari kita yang dewasa nie @ aku nie remaja purba yang tak kisah sangat pasal perkembangan teknologi? Hmm, maybe?? Kalau dulu sewaktu aku tingkatan 1 hingga tinggkatan 3, aku tak pernah terfikir pasal handphone. Dalam kepala aku asyik layan novel, komik, perbarisan rumah sukan, kerja sekolah dan kerja kursus. But now, things are soo different.  

Biasanya budak BBNU nie selalu lepak kat weechat. Dan banyak moments BBNU dekat aku punya wall weechat. Kaki promote, lps tu bile add @ approve, suruh intro. Kau nak akak intro apa dik oii? Intro buku sejarah kerr?? Last sekali, aku block terus. Pernah aku sembang pasal perkara ni dengan buah hati aku, then he tell me something yang pernah jadi pada dia. Tapi cerita nie sebelum dia kenal aku. Buah hati aku cakap, ade sorang budak perempuan nie baru je kenal dia, tiba-tiba ajak couple. Serius, dia terkejut sebab budak yang baru 14 tahun, dengan beraninya ajak dia couple. So, dengan penuh tarbiyahnya, budak perempuan tu kena "basuh". Ishk3, kesian kau dik. Tak pasal-pasal je kena ceramah. Lepas 2 3 hari macam tu, dia nampak budak perempuan tu buat moments yang dia dah couple dengan sorang budak lelaki lain. 

Buah hati aku cakap, betapa mudahnya bina hubungan dengan terus ajak couple dan sangat bahaya kalau budak perempuan tu terrr couple dengan lelaki yang suka ambil kesempatan. Tapi tak boleh salahkan jugak budak perempuan tu, maybe sebab dia nampak kawan-kawan dia ade boyfriend, so dia tak nak ketinggalan dan dia ajak je sesiapa untuk couple dengannya. Tapi, bila buah hati aku cakap kisah ni dengan aku, mula-mula tu aku ketawa tak henti hampir 5 minit. Hahahaha. Budak umur 14 tahun ajak lelaki yang berusia 20an untuk couple. Agak kelakar hokeyy. kahkahkah :p .  Nampak sangat yang buah hati aku ni tak pandai nak mengorat. Tapi bagus jugak dia tak tau mengorat, tak ada laa aku makan hati, hehehe. Sorry sayang sebab saya kutuk awak dalam blog saya ;p

So, dibawah ni adalah antara moments BBNU : =>

Sweetkn couple yang mcm ni ↓
→ Suka bergurau 
→ Pergi Mana Bagitau 
→ Jaga kita baik'2 
→ Pemaaf 
→ Sweet 
→ setia 
→ Manja
→ Selalu Cerita kat kita Keadaan Sekeliling Dia 
→ Selalu update moment psl kita 
→ Ikhlas Sayang Kita 
→ Selalu Chat 
→ Cover photo gmbar kita 
→ Tak Pernah lupe tarikh couple n Birthday kita 
→ Akan berusha untuk bagi tau kita klau xdpat on 
→ Teman kita time kita tengah sakit 
→ Paham kita 
#kalau sayang seseorang copy&post status ni di momment awak  ..

Mak oii, kalah aku yang bercinta nie. Kakak kau yang bercinta pun tak de advance sampai macam tu sekali. Bila aku baca moments diatas tu, aku hanya mampu ketawa sambil geleng kepala. Dari mana laa korang belajar buat ayat macam tu. Kalau belajar buat karangan, itu lebih baik wahai adikku :)

Dan korang semua jangan main-main, budak BBNU juga ada rukun couple. hahahahaha, serius memang kelakar bagi aku laaa. Nanti aku nak cakap dengan buah hati aku, "awak, jom kita buat rukun couple, nak tak?"...Dah sah lagi pasti dia jeling kat aku dengan tajam. Nak tarik hidung aku, tak boleh sebab tak sah lagi jadi husband and wife. Apa yang dia mampu buat adalah, jeling dekat aku dan potpet macam burung murai.  -___-

Bila aku fikir balik dengan apa yang terjadi pada budak-budak zaman sekarang, macam mana mereka nak handle negara 1 hari nanti jika sekarang sibuk dengan couple dan macam-macam hal lain laaa. Aku rasa kesian dengan mereka yang masih kecil dan kadang-kadang terlalu naif. Bila dinasihatkan, kata kita marah, control mereka dan jaga tepi kain. Sebenarnya, aku tak nak mereka terjebak dengan perkara macam ni. 




Setakat ini saja yang aku coretkan pasal budak-budak zaman sekarang. Kalau aku ada apa-apa yang aku rasa menarik dan nak share dengan korang semua, aku update entry terbaru ye.

Bye semua, Assalamualaikum :)
peace y0!

Ahad, 15 Januari 2017

Padang Fantasy


       Di suatu petang, aku berjalan jalan dengan adikku di Padang Fantasy. Sambil menghirup udara segar, kami saling berborak mengenai kehidupan yang telah kami lalui. Tidak terkecuali mereka yang datang ke padang tersebut turut menjadi bahan bualan kami. Penat dengan berjalan, kami duduk sambil minum air yg dibungkus didalam plastik. Tapi, aku malas pegang. Lalu pohon yang berada disisiku melenturkan dahan yang kecil untuk aku sangkutkan minuman. Aku tersenyum pada pohon tersebut. Bagaikan memahami, pohon itu seolah olah tersenyum padaku.

       Pada waktu yang sama, semakin ramai pengunjung yang datang ke Padang Fantasy. Ada yang bermain belon buih, ada yang berkelah dan ada yang berenang didalam tasik. Belon buih yang ditiup oleh kanak-kanak terbang dibawa angin dan muncul pelbagai bentuk seperti bentuk kucing, awan, kereta dan macam-macam lagi mengikut imaginasi kanak-kanak tersebut. Mereka yang berkelah juga turut merasa gembira kerana rumput-rumput carpet bertukar menjadi bunga-bunga kecil yang cantik mengelilingi mereka sewaktu duduk diatas rumput. Kelihatan sebahagian remaja yang sedang bermandi manda didalam tasik. Tasik tersebut sungguh besar dan airnya sangat dalam. Tetapi, mereka tidak perlu takut untuk mandi didalam tasik tersebut sebab mereka akan terapung di permukaan dan muncul ikan-ikan yang berwarna warni. Dan jika mereka bernasib baik, apabila sisik haiwan berkenaan terkena pada cahaya matahari, seolah olah ikan tersebut dibaluti dengan sisik emas.

       Sedang kami semua sedang menghayati suasana petang, tiba-tiba pasukan peronda muncul. Maka semua penjual ditepi Padang Fantasy berkeliaran lari kerana mereka tidak mahu disaman. Penjual belon buih turut berlari membawa bersama 2 tong besar cecair belon buih. Tiba-tiba, penjual berkenaan telah terjatuh kerana tersadung akar kayu pokok. Maka, cecair belon buih tersebut tumpah dan membasahi tanah. Pohon-pohon yang berhampiran, telah menyerap cecair belon buih itu. Beberapa minit kemudian, belon buih telah keluar dari setiap helai daun pohon-pohon itu. Seluruh ruang udara Padang Fantasy telah dipenuhi dengan belon buih. Kanak-kanak yang memerhatikan kejadian tersebut bersorak gembira kerana dipenuhi dengan belon buih yang sangat banyak dan berwarna warni.

       Aku hanya memerhatikan sahaja dan tersenyum melihat keadaan manusia yang riang gembira sesama meraka. Air yang ku sangkutkan pada dahan pohon sebelahku, ku capai dan ku genggam sehingga menjadi debu-debu halus yang berterbangan. Warna langit semakin bertukar dari cerah kepada keperangan. Maka, aku pulang bersama adikku ditelan kegelapan malam.