Selasa, 4 Oktober 2016

Nak Nikah Sekarang Ke??


Assalamualaikum dan hai korang semua,



Berjumpa lagi kita dalam entry blog aq yang terkini...hmm, kali nie aq nak berceloteh sikitt je pasal kawan-kawan kita yang bakal @ sudah melangkah ke fasa baru iaitu alam berumah tangga...well, maybe korang masih lagi single dan bila kawan korang dah kahwin, korang pun terasa nak kawin jugak...it's okey kalau korang ada rasa macam tu dan ianya normal...tak salah cuma jangan terlalu memikirkannya...jodoh kita Allah dah tentukan sama ada lambat @ cepat...

Bagi perempuan, mesti korang tak sabar nak kahwin...maybe salah satu pengaruhnya adalah bila korang tengok gambar kawan korang kahwin, lepastu gambar-gambar outdoor yang diambil secara cun dari jurugambar bertauliah...selain itu, korang nampak pakej perkahwinan yang dipaparkan kat laman sosial...aq akui, aq pun suka cuci mata tengok semua tu dan bagi aq tak salah...

Cuma yang salah adalah bila korang terlalu taksub nak kahwin cepat...maybe jugak korang nak halalkan hubungan tu...dan tak salah jugak kalo korang fikir macam tu...

Apa yang aq nak tekankan disini adalah tanggungjawab dan perubahan hidup korang yang akan bertukar sehingga 360 darjah selepas perkahwinan...untuk sehari dalam majlis, korang akan nampak semuanya sweet...itu baru permulaan ye...jangan cepat sangat untuk fikir semuanya akan berjalan dengan baik...selepas habis majlis dan 2 3 bulan macam tu, korang akan nampak sikit demi sikit dugaan dan ujian...ye dan semestinya adalah datang dari pasangan...tanggungjawab nie bukan sekadar yang dalam bilik tidur ye ! tapi lebih kepada urusan rumah tangga seperti mengemas, memasak dan menjaga anak-anak...hal anak-anak pulak, jangan dibuat main-main...kena ajar dan didik dengan betul...begitu juga buat mereka yang bakal bergelar suami...semua dosa isteri dan anak-anak ada diatas bahu...kena pandai jaga, didik, sabar sebanyak yang mungkin dan beri kasih sayang pada keluarga korang...dan tanggungjawab isteri adalah untuk beri semangat serta kata-kata yang positif pada suami dan membantu menguruskan hal rumahtangga...sebab itu, sebelum membina rumahtangga, kena belajar berfikir, bercakap dan bertindak dengan lebih matang dan positif...mungkin waktu korang masih lagi single nie, rajinkan lah diri pegi belajar agama seperti dengar ceramah, belajar mengaji dan rajinkan diri untuk buat solat sunat...solat yang wajib jangan tinggal ye!! Bila agama dah dipebaiki, boleh lah bina rumah tangga dalam keadaan yang harmoni.

Maybe sewaktu bercinta, kita tak tahu yang dia tidur berdengkur, lepas makan tak cuci pinggan, tak kemas rumah dan segalanya...semua yang sweet akan bertukar jadi sour...ishk3, kesiankan...sebab tu, sebelum pernikahan terikat, kena tahu semua perkara pasal dia...tak kira laa baik @ buruk...sebab pernikahan yang dibina bukan untuk sehari dua...terlalu banyak kisah pahit alam rumah tanggga yang aq baca di laman sosial...kita boleh baca sebagai panduan dan pengajaran agar kita tidak melakukan perkara yang sama dalam hubungan kita...


Janganlah terlalu taksub sangat dengan fikir nak kahwin je...kawan korang kahwin tu sebab dia dah boleh uruskan rumah tangga...dan korang yang still tak kahwin boleh nikmati life dengan sepenuhnya...aq coretkan kisah nie khas untuk perempuan diluar sana...kalo ade yang lelaki baca entry nie pun, korang boleh share dengan kawan perempuan korang...selagi korang tak pandai nak handle tanggungjawab, lupakan sementara waktu mengenai pernikahan...tapi kalo pasangan korang tu jenis yang banyak duit, boleh je upah maid untuk buat semua kerja rumah...tapi bagi aq, kalau aq ade maid, maid tu hanya bantu aq yang perlu saja...sebolehnya, memasak dan mengemas diri family aq, biarlah tanganku yang buat agar mereka rasa kasih sayang melalui tapak tangan aq...

Dear girl's out there, jangan terlalu memaksa pasangan korang untuk terus melangkah ke alam rumah tangga...sebab tanggungjawab lelaki sangat laa besar...cube korang fikir, lelaki tu nak simpan duit hantaran, nak bagi pada parents dia lagi, bayar duit kereta, kalo ada adik2 nak kena tanggung dan semua nya terlalu berat di atas bahu dia...dan korang pula hanya fikir nak melaram abis abisan serta nak buat photoshoot sweet dengan bakal suami...so, wahai wanita yang bijaksana, bila dah mula berkawan tu, kumpul laa duit sikit-sikit untuk buat wedding macam yang korang impikan...jangan terlalu mengharap duit hantaran lelaki...kita bukan lagi wanita masa lalu yang terlalu bergantung pada lelaki...sebolehnya cuba berdikari dan aq pasti bakal suami korang bangga...I'm sure, si dia akan lagi inginkan anda disisinya kerana anda adalah wanita yang pandai berdikari dan tahu bagaimana nak uruskan masalah terutama mengenai kewangan...


Jadilah wanita yang dibanggakan oleh si dia :)


sekian, bubye and love you all :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan