Jumaat, 9 September 2016

Hidup Umpama Jigsaw Puzzle

Hai Semua...

Hari nie aku nak share


Lirik Lagu Susun Silang Kata Aizat

Ku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Yang tak pernah aku sangka ada

Runsingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tanpa erti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Yang tak pernah aku sangka ada

Runsingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

(ulang korus 2x)



Haaa, mesti korang terfikir, kenapa aq up kan lagu teka susun silang kata?? Bagi aq, susun silangkata sama seperti jigsaw puzzle yang kita pernah main waktu kecik2 dulu...kalo tak pernah main, korang memang kesian...hahaha, so lepas baca blog krik2 aq nie, boleh laa korang pergi cari jigsaw puzzle...beli, cantumkan dan enjoy by yourself :)

Hasil carian imej untuk jigsaw puzzle
Gambar dari Google
Hidup kita nie seperti jigsaw puzzle...umpama kepingan yang tak tersusun dan korang sendiri perlu cantumkan sikit demi sikit dengan daya usaha tanpa lelah...but sometime's you need someone to help you...maybe parents, adik beradik, kawan2 yang baik dan sentiasa sokong kita....Bila korang dah cantumkan semua kepingan jigsaw puzzle, akan nampak the whole life yang pernah korang lalui...setiap apa yang korang lalui adalah umpama sekeping jigsaw puzzle...setiap kepingan membawa 1001 kenangan, tak kira lah kenangan manis, pahit, masam dan segala rasa...Dulu aq tak pernah terfikir pasal jigsaw puzzle nie...just rasa fun dan memang salah 1 hobi aq adalah mencantumkan jigsaw puzzle...tapi, lama kelamaan baru aq sedar, hidup nie boleh diumpakan dengan jigsaw puzzle...

Dan aq nak share sikit story aq mengenai jigsaw puzzle...Tak silap aq, pada tahun 2014 telah terjadi 1 kes dimana aq merajuk teruk giller dengan ibu aq...huhuhu, sorry mommy :( ...Sebelum aq merajuk dengan ibu, aq dah beli jigsaw puzzle tu tapi tak berkesempatan untuk cantumkannya...So, bermula detik aq merajuk dengan ibu, aq terperap dalam bilik...Disebabkan bosan duduk dalam bilik, aq ternampak jigsaw puzzle tu...Bermula lah projek aq mencantumkan benda tersebut...Disebabkan diri aq dikuasai dengan perasaan marah, merajuk, sedih, maka dalam masa 3 hari 1000 keping jigsaw puzzle dapat aq siapkan...hahaha, giller betul aq nie...Dalam tempoh 3 hari aq berkurung, aq hanya keluar untuk makan, mandi dan ambik wudhu untuk solat...


Jigsaw Puzzle Yang Aq Berjaya Cantumkan :)

Bila dah siap, aq rasa puas sangat2 dan aq terus tunjuk dekat ibu...Ibu senyum je bila tengok jigsaw puzzle yang aq dah cantumkan...Mesti korang tertanya tanya, atas sebab apa aq merajuk dengan ibu...seriously, memang aq tak ingat dah...maybe sebab aq betul2 nak lupakan punca aq merajuk dengan ibu...Jigsaw puzzle tu masih ada lagi dan ibu gantung dekat ruang tamu pertama...Ramai jugak yang puji hasil cantuman jigsaw puzzle tu...tapi bagi aq, itu adalah 1 kepuasan sebab aq berjaya cantumkan sendiri tanpa bantuan orang lain...Siap je jigsaw puzzle tu, ibu tolong balutkan dengan plastik jernih...

Sebenarnya, dalam jigsaw puzzle kehidupan kita semestinya yang paling utama adalah Allah s.w.t...Diikuti dengan ibu bapa seterusnya orang2 disekeliling kita yang memberi semua rasa dan juga sebagai persinggahan dalam hidup ini...Maka, apa yang perlu kita lakukan adalah buat yang terbaik, jangan mudah putus asa dan berdoa lah pada yang Maha Esa...

sekian untuk kali ini coretan pot pet aq untuk korang semua..

bye2 and lot's of love from me to all of you ! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan