Selasa, 11 Oktober 2016

Lagu dan Hati Yang Berbunga


Hai Semua,

Hari nie punya entry, kita layan lagu je...almaklumlah, hati penulis korang nie tengah berbunga....My atomen taro yang tanam bunga dalam hati nie...dah laa aq bukan minah bunga, tapi dia tanam jugak bunga-bunga cinta...haish, nasib laa sayang...kalau tak sayang, aq dah tebas abis semua :p








so, enjoy the song and luv u all, muahh! ;D



Jumaat, 7 Oktober 2016

bila bersayang dibuat bahan lawak


hello readers out there...

 Bila cinta dipermainkan, rasa sakit sangat2...tapi bila cinta dibuat bergurau, bersayang sayang pun sekadar melawak, salah sorang pasti akan terasa...terasa ingin cinta yang dibuat lawak itu menjadi 1 kenyataan...tapi x berani untuk diluahkan kerana takut dengan kehilangan orang yang baik, jujur dan happy bila dengan kita...

bila si dia bertanya mengenai siapa yang ada di dalam hati, ku nyatakan tiada sesiapa...dan ku beri dia peluang untuk masuk tapi aq x berani nak jamin apa2...sebab hati yg pernah diberi 1 ketika dulu pernah sakit...tapi si dia potong...dia hanya inginkan aq gembira walaupun kami sekadar kawan...

kenapa dulu bila hal cinta dan bersayang sayang nie dibuat lawak, aq okey saja...tapi sekarang, dah jadi lain...tiba2 hati jd terusik...dan aq sedar, dia masih sayangkan crush dia..aq x nak serabutkan fikiran dia...biarlah dia mengejar orang yang dia sayang walaupun dia katakan padaku, dia hanya menganggap crush dia itu sebagai kawan...aq mengharapkan, aq mampu berada disisi dia walaupun susah dan senang...mampu bangkitkan semangat dia, mampu untuk menggembirakan dia dan mampu buat dia rasa selesa bila denganku...

tapi, aq masih takut...adakah dia pun ada rasa yang sama seperti aq, apakah betul apa yang aq rasakan ini...adakah sekadar suka untuk sementara waktu atau memang aq sebetulnya suka kan dia...what should I do???

aq happy bila dia ada, aq takut kehilangan dia dan adakah aq di dalam fikirannya? di dalam hatinya? layakkah aq disamping nya...sungguh aq tidak mengerti...

dia katakan, tempoh untuk dia bina rumahtangga adalah dalam masa 3 4 tahun lagi...dia pernah tanya, sanggup ke aq tunggu?? tapi adakah apa yang dia katakan itu betul atau sekadar gurauan??

~ehh, apa yang aq mengarut nie??~
#AbaikanApaYangAkuMerepekIni
hahaha :D

okey laa, okey laa...okeyy bye !




Selasa, 4 Oktober 2016

Nak Nikah Sekarang Ke??


Assalamualaikum dan hai korang semua,



Berjumpa lagi kita dalam entry blog aq yang terkini...hmm, kali nie aq nak berceloteh sikitt je pasal kawan-kawan kita yang bakal @ sudah melangkah ke fasa baru iaitu alam berumah tangga...well, maybe korang masih lagi single dan bila kawan korang dah kahwin, korang pun terasa nak kawin jugak...it's okey kalau korang ada rasa macam tu dan ianya normal...tak salah cuma jangan terlalu memikirkannya...jodoh kita Allah dah tentukan sama ada lambat @ cepat...

Bagi perempuan, mesti korang tak sabar nak kahwin...maybe salah satu pengaruhnya adalah bila korang tengok gambar kawan korang kahwin, lepastu gambar-gambar outdoor yang diambil secara cun dari jurugambar bertauliah...selain itu, korang nampak pakej perkahwinan yang dipaparkan kat laman sosial...aq akui, aq pun suka cuci mata tengok semua tu dan bagi aq tak salah...

Cuma yang salah adalah bila korang terlalu taksub nak kahwin cepat...maybe jugak korang nak halalkan hubungan tu...dan tak salah jugak kalo korang fikir macam tu...

Apa yang aq nak tekankan disini adalah tanggungjawab dan perubahan hidup korang yang akan bertukar sehingga 360 darjah selepas perkahwinan...untuk sehari dalam majlis, korang akan nampak semuanya sweet...itu baru permulaan ye...jangan cepat sangat untuk fikir semuanya akan berjalan dengan baik...selepas habis majlis dan 2 3 bulan macam tu, korang akan nampak sikit demi sikit dugaan dan ujian...ye dan semestinya adalah datang dari pasangan...tanggungjawab nie bukan sekadar yang dalam bilik tidur ye ! tapi lebih kepada urusan rumah tangga seperti mengemas, memasak dan menjaga anak-anak...hal anak-anak pulak, jangan dibuat main-main...kena ajar dan didik dengan betul...begitu juga buat mereka yang bakal bergelar suami...semua dosa isteri dan anak-anak ada diatas bahu...kena pandai jaga, didik, sabar sebanyak yang mungkin dan beri kasih sayang pada keluarga korang...dan tanggungjawab isteri adalah untuk beri semangat serta kata-kata yang positif pada suami dan membantu menguruskan hal rumahtangga...sebab itu, sebelum membina rumahtangga, kena belajar berfikir, bercakap dan bertindak dengan lebih matang dan positif...mungkin waktu korang masih lagi single nie, rajinkan lah diri pegi belajar agama seperti dengar ceramah, belajar mengaji dan rajinkan diri untuk buat solat sunat...solat yang wajib jangan tinggal ye!! Bila agama dah dipebaiki, boleh lah bina rumah tangga dalam keadaan yang harmoni.

Maybe sewaktu bercinta, kita tak tahu yang dia tidur berdengkur, lepas makan tak cuci pinggan, tak kemas rumah dan segalanya...semua yang sweet akan bertukar jadi sour...ishk3, kesiankan...sebab tu, sebelum pernikahan terikat, kena tahu semua perkara pasal dia...tak kira laa baik @ buruk...sebab pernikahan yang dibina bukan untuk sehari dua...terlalu banyak kisah pahit alam rumah tanggga yang aq baca di laman sosial...kita boleh baca sebagai panduan dan pengajaran agar kita tidak melakukan perkara yang sama dalam hubungan kita...


Janganlah terlalu taksub sangat dengan fikir nak kahwin je...kawan korang kahwin tu sebab dia dah boleh uruskan rumah tangga...dan korang yang still tak kahwin boleh nikmati life dengan sepenuhnya...aq coretkan kisah nie khas untuk perempuan diluar sana...kalo ade yang lelaki baca entry nie pun, korang boleh share dengan kawan perempuan korang...selagi korang tak pandai nak handle tanggungjawab, lupakan sementara waktu mengenai pernikahan...tapi kalo pasangan korang tu jenis yang banyak duit, boleh je upah maid untuk buat semua kerja rumah...tapi bagi aq, kalau aq ade maid, maid tu hanya bantu aq yang perlu saja...sebolehnya, memasak dan mengemas diri family aq, biarlah tanganku yang buat agar mereka rasa kasih sayang melalui tapak tangan aq...

Dear girl's out there, jangan terlalu memaksa pasangan korang untuk terus melangkah ke alam rumah tangga...sebab tanggungjawab lelaki sangat laa besar...cube korang fikir, lelaki tu nak simpan duit hantaran, nak bagi pada parents dia lagi, bayar duit kereta, kalo ada adik2 nak kena tanggung dan semua nya terlalu berat di atas bahu dia...dan korang pula hanya fikir nak melaram abis abisan serta nak buat photoshoot sweet dengan bakal suami...so, wahai wanita yang bijaksana, bila dah mula berkawan tu, kumpul laa duit sikit-sikit untuk buat wedding macam yang korang impikan...jangan terlalu mengharap duit hantaran lelaki...kita bukan lagi wanita masa lalu yang terlalu bergantung pada lelaki...sebolehnya cuba berdikari dan aq pasti bakal suami korang bangga...I'm sure, si dia akan lagi inginkan anda disisinya kerana anda adalah wanita yang pandai berdikari dan tahu bagaimana nak uruskan masalah terutama mengenai kewangan...


Jadilah wanita yang dibanggakan oleh si dia :)


sekian, bubye and love you all :D


Jumaat, 9 September 2016

Hidup Umpama Jigsaw Puzzle

Hai Semua...

Hari nie aku nak share


Lirik Lagu Susun Silang Kata Aizat

Ku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Yang tak pernah aku sangka ada

Runsingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tanpa erti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Yang tak pernah aku sangka ada

Runsingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

(ulang korus 2x)



Haaa, mesti korang terfikir, kenapa aq up kan lagu teka susun silang kata?? Bagi aq, susun silangkata sama seperti jigsaw puzzle yang kita pernah main waktu kecik2 dulu...kalo tak pernah main, korang memang kesian...hahaha, so lepas baca blog krik2 aq nie, boleh laa korang pergi cari jigsaw puzzle...beli, cantumkan dan enjoy by yourself :)

Hasil carian imej untuk jigsaw puzzle
Gambar dari Google
Hidup kita nie seperti jigsaw puzzle...umpama kepingan yang tak tersusun dan korang sendiri perlu cantumkan sikit demi sikit dengan daya usaha tanpa lelah...but sometime's you need someone to help you...maybe parents, adik beradik, kawan2 yang baik dan sentiasa sokong kita....Bila korang dah cantumkan semua kepingan jigsaw puzzle, akan nampak the whole life yang pernah korang lalui...setiap apa yang korang lalui adalah umpama sekeping jigsaw puzzle...setiap kepingan membawa 1001 kenangan, tak kira lah kenangan manis, pahit, masam dan segala rasa...Dulu aq tak pernah terfikir pasal jigsaw puzzle nie...just rasa fun dan memang salah 1 hobi aq adalah mencantumkan jigsaw puzzle...tapi, lama kelamaan baru aq sedar, hidup nie boleh diumpakan dengan jigsaw puzzle...

Dan aq nak share sikit story aq mengenai jigsaw puzzle...Tak silap aq, pada tahun 2014 telah terjadi 1 kes dimana aq merajuk teruk giller dengan ibu aq...huhuhu, sorry mommy :( ...Sebelum aq merajuk dengan ibu, aq dah beli jigsaw puzzle tu tapi tak berkesempatan untuk cantumkannya...So, bermula detik aq merajuk dengan ibu, aq terperap dalam bilik...Disebabkan bosan duduk dalam bilik, aq ternampak jigsaw puzzle tu...Bermula lah projek aq mencantumkan benda tersebut...Disebabkan diri aq dikuasai dengan perasaan marah, merajuk, sedih, maka dalam masa 3 hari 1000 keping jigsaw puzzle dapat aq siapkan...hahaha, giller betul aq nie...Dalam tempoh 3 hari aq berkurung, aq hanya keluar untuk makan, mandi dan ambik wudhu untuk solat...


Jigsaw Puzzle Yang Aq Berjaya Cantumkan :)

Bila dah siap, aq rasa puas sangat2 dan aq terus tunjuk dekat ibu...Ibu senyum je bila tengok jigsaw puzzle yang aq dah cantumkan...Mesti korang tertanya tanya, atas sebab apa aq merajuk dengan ibu...seriously, memang aq tak ingat dah...maybe sebab aq betul2 nak lupakan punca aq merajuk dengan ibu...Jigsaw puzzle tu masih ada lagi dan ibu gantung dekat ruang tamu pertama...Ramai jugak yang puji hasil cantuman jigsaw puzzle tu...tapi bagi aq, itu adalah 1 kepuasan sebab aq berjaya cantumkan sendiri tanpa bantuan orang lain...Siap je jigsaw puzzle tu, ibu tolong balutkan dengan plastik jernih...

Sebenarnya, dalam jigsaw puzzle kehidupan kita semestinya yang paling utama adalah Allah s.w.t...Diikuti dengan ibu bapa seterusnya orang2 disekeliling kita yang memberi semua rasa dan juga sebagai persinggahan dalam hidup ini...Maka, apa yang perlu kita lakukan adalah buat yang terbaik, jangan mudah putus asa dan berdoa lah pada yang Maha Esa...

sekian untuk kali ini coretan pot pet aq untuk korang semua..

bye2 and lot's of love from me to all of you ! 


Sabtu, 6 Ogos 2016

Anugerah Terindah Buat Atomen Taro


Hai readers,

Tiba-tiba aq rasa macam nak sharing lagu untuk korang terutama kawan aq yang sentiasa ada untuk support aq dalam hidup nie..to my atomen taro, this song for you...tapi abaikan lirik yang aq gariskan....sebab yang garis tu, hanya untuk orang bercinta dan aq gantikan dengan perkataan yang dalam kurungan tu...so, I hope you faham lah...


Black - Anugerah Terindah


Saat terlihatmu ada sesuatu
Yang pernah ku merasakan waktu dulu
Ingin ku berlari sendiri dan sepi
Cuba tuk sembunyi rasa ini
Namun hati menguasai diri

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta  (lelah)
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah

Kerap ku berdoa agar cinta (persahabatan) kita
Takkan pernah pudar hingga hujung nyawa
Dengarlah kasihku (sahabatku) janjiku padamu
Takkan ada cela cinta (cerita) lain
Hanya kamu yang ku mahu selalu

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta (lelah)
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah

Dan tak akan ada daya
Untukku mengabaikan cintamu (nasihatmu)
Kerana ku tahu kasihku (sahabatku)
Telah tercipta dari pandangan pertama

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah
Yang terindah


~Sekian~

p/s: kepada penyanyi asal iaitu Black, saya mohon maaf sebab tukar perkataan dalam lirik lagu anda...it's just lirik lagu yang saya tujukan untuk kawan saya...peace !!

Klorofil Dan Aku

Hai semua !

Rindu aq tak? hehehehe, perasan betul aq nie...well, tiada siapa yang nak rindukan kita...kita nie umpama melukut ditepi gantang gitu...hahahaha, okey cukup aq merapu kat sini...yang pasti blog aq dah bersawang sebab dah lama tak updated entry baru...

okey, let's move pada entry yang aq nak up kan hari nie...

Sebenarnya, aq nak sharing dengan korang semua mengenai supplemen yang aq ambik hampir 3 bulan...sejak aq kerja dengan produk kesihatan, macam-macam info yang aq dapat terutamanya dari my customer...thank you pada my customer sebab sudi sharing dengan budak kaca mata nie :)

Supplemen yang aq ambil adalah Liquid Chlorophyll @ Klorofil...sebenarnya klorofil dihasilkan dari daun mulberi...banyak sebenarnya khasiat daun mulberi yang diproses terus menjadi klorofil...
Daun Mulberi : gambar kredit dari pak cik google
So, kebaikan jika korang ambil liquid chlorophyll nie adalah :
  • Mengurangkan keletihan mental dan fizikal yang disebabkan oleh tahap oksigen yang rendah dalam badan. Klorofil mempunyai struktur molekul yang agak sama dengan hemoglobin dalam sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan.
  • Menggalakkan wajah yang lebih berseri dan badan yang lebih sihat dengan menyahtoksikkan badan dan melancarkan peredaran darah.
  • Menangani masalah nafas berbau dan bau badan.
  • Mengurangkan panas dalam badan dan melegakan keperitan tekak
Sememangnya, bila aq dah amalkan setiap hari minum klorofil, rase seronok sebab masalah demam dapat diatasi dengan segera tanpa kena pegi klinik...aq memang tak berapa suka pegi klinik sebab pening dengan baut ubat apatah lagi untuk telan ubat-ubat yang pahit tu...kalau aq pegi klinik, ubat yang aq dapat tu, selagi tak kena paksa makan dengan parent's, alamatnya jadi hiasan laa dekat kabinet dapur...hahahahaha...

Bila aq rasa macam nak demam, terus aq ambil klorifil 1 sudu...pahit tapi aq still lagi boleh tahan dari kena telan ubat...sebab aq memang tak suka telan ubat...kalau cecair, boleh laa aq makan...tapi seeloknya, korang gunakan scoop yang telah diberikan dalam kotak klorofil tu...




Korang jugak boleh campurkan klorofil tersebut ke dalam air kosong...boleh diminum dengan air biasa ataupun chill kan dalam fridge...tapikan, just nak sharing laa...sejak aq minum klorofil, kulit aq semakin nampak cantik...jerawat pun kurang dan yang pasti badan rasa lebih ringan dan tak mudah mengantuk...mula-mula aq pun x perasan dengan perubahan kulit aq sehinggalah kawan-kawan dan family tegur...agaknya, shining sangat kot kulit aq....hahahahahha...

But, seriously memang best sangat bila kecantikan yang kita jaga dibahagian dalam akhirnya terpancar sehingga ke luar...so nasihat aq, jagalah diri dari dalam terlebih dahulu...sebab badan kita nak guna lama...tak kan lah baru umur 30an, badan dah sakit-sakit...

okey lah, setakat nie saja perkongsian aq mengenai supplemen yang aq ambil...owh, by the way, korang boleh dapatkan liquid chlorophyll nie dekat mana-mana stokis Cosway...

lot's of love from me to you,,,bye !



Selasa, 22 Mac 2016

Sikap Pelik Bila Couple(Part 1)


hello everyone...

entry kali nie aq nak pot pet pasal sikap pelik bile couple...mungkin pada orang lain, hal nie tak pelik, tapi obviously bagi aq, sangat laaa pelik...


credit : google
apa yang peliknya?? haaa, nie cheq nak habaq mai pada semua...kejut pasangan waktu subuh...ceih, kononnya nak kejutkan bangun subuh supaya boleh solat subuh...kalo dua duanya bangun dan solat subuh tak pe laaa...ini tak, dah tolong kejut lepas tu pegi sambung tidur balik...apa kes tu??

yang ni pulak 1 hal, tak reti reti ke nak bangun sendiri sampaikan nak mintak bf/gf korang kejutkan...dei, apa guna beli handphone mahal2 kalo tak reti guna alarm clock...kalo bf/gf yang kejutkan, segar je mata tu nak bangun...kalo mak kau yang kejutkan, 10 kali panggil pun belum tentu bangun kan??

tak payah laaa poyo sangat mintak pasangan korang tu tolong kejutkan...masa sekarang boleh laa masing2 tolong kejutkan, nanti dah nikah, entah2 dua dua ke laut....subuh gajah laa kome...

Hasil carian imej untuk tidur
credit : google
aq faham sangat, memang liat nak bangun awal pagi untuk solat subuh...tambah pulak dengan suasana yang sejuk dan seronok bergulung macam ulat dalam kepompong dengan selimut....set kan di minda korang macam nie, "kal0 aq tido balik, sengaja tinggalkan solat subuh, kemudian aq terjaga dalam kubur, macam mane?"....haaaa, jeng jeng jeng....

masing2 dah dewasa dan tau macam mane nak handle life sendiri kan...tak payah laa baik hati sangat nak kejutkan couple korang tu...kalo hati tu dah terlampau baik sangat, apa kata kalo korang tolong kejutkan semua orang yang tinggal disekitar kawasan rumah korang tu....lagi banyak pahala...

baru2 nie, aq ada terbaca 1 status nie, ayatnya ialah "thanks bb sbb kejutkan I bangun pegi keje...suara U merdu sangat2 waktu pagi bile U call I...nasib baik kita belum kawin, kalo dah kawin, I peluk U"....wekkkk...!! nak muntah aq bace...aiyyerk...hahahah....

apa2 je laaa....so, masing2 dah dewasa, ada akal dan pandai2 laa handle life tu...ingt, time bercinta nie semuanya indah....kentut pun bau wangi(busuk laaaa..!!)....hahahah...itu saje laaa kali nie aq pot pet...next time kalo aq free, aq updated entry part 2 pulakkk...

Wa chau chin chau dulu, hokeyyy...

ari0s amigos santigos
(aq pun x paham apa yang aq taip tu.....hua..hua..hua)