sekarang musim bola sepak dan aq pasti mesti ada pasangan diluar sana yang tengah menghadapi konflik...well, memang konflik pun jika pasangan masing-masing sibuk melayan perlawanan bola sepak yang tengah hangat ditayangkan di kaca tv...bila girlfriend telefon, mesti boyfriend akan cakap tunggu kejaplah, I'll call you back dan macam-macam lagilah alasan yang akan dikeluarkan...dapat girlfriend yang memahami tak apa lagi, tapi kalau dia tu macam aq yang tak minat langsung sukan bola sepak nie, apa kes pulak tu???
aq seriusly tak faham dengan lelaki yang s0 excited tengok bola sepak...dan yang paling menghairankan, semua benda pelik jadi...contohnya, sanggup kunci jam untuk bangun 2 @ 3 pagi...yang paling anehnya disini, bila alarm berbunyi, terus terjaga dengan semangatnya...ditambah pulak kalau pagi tu ada pasukan kegemaran yang bertanding...sepupu aq pernah cerita pada aq, kes nie jadi waktu perlawanan bola sepak berlangsung...macam sekarang nie...anak sepupu aq menangis dalam buai dan hubby dia boleh tak terjaga seolah-olah tak ada bunyi...sedangkan anak dia menangis punyalah kuat...yang peliknya, bunyi alarm di telefon dia boleh dengar sedangkan alarm tu bunyi nya bukan kuat sangat...sampai macam tu sekali hubby sepupu aq punya perangai...
selalunya lelaki susah untuk dikejut supaya bangun tapi disebabkan bola sepak punya pasal, boleh pulak dia bangun sendiri tanpa dikejut...yang paling aq teringat setiap kali musim perlawanan bola sepak di luar negara berlangsung, aq mesti akan ingat ustaz yang pernah mengajar aq di sekolah menengah dulu..."bangun pagi semata-mata untuk tengok perlawanan bola sepak bukan dapat pahala pun...kalau nak tengok tak salah tapi cuba sebelum tengok siaran langsung bola sepak tu, amalkan solat sunat tahajud @ hajat, minta hidup kamu dirahmati Allah s.w.t...ustaz pun tengok juga bola waktu pagi tapi sebelum tu, ustaz akan solat sunat terlebih dahulu"...
rajinkan diri untk solat sunat :) |
waktu aq dengar ustaz tu cakap macam tu, aq boleh tersengih je sambil menjeling budak lelaki yang dah tertunduk malu....hahahahahaa...kan dah kena sekali penangan ceramah ustaz...bagi yang pelajar pulak, mesti akan ada kes tidur dalam kelas...dan akan bermulalah para guru menunjukkan skill mereka untuk mengejutkan para pelajar yang tertidur dalam kelas...pernah satu peristiwa nie berlaku dalam kelas aq sewaktu aq di tingkatan 5...guru matematik tambahan aq adalah seorang lelaki cina...nak dijadikan cerita, cikgu aq nie pergi keluarkan telefon bimbit dia dan dia ambil gambar pelajar lelaki yang tidur dalam kelas...lepas satu muka ke satu muka dia tangkap gambar...kita orang yang tak tidur nie,senyap je sambil tersengih-sengih...esoknya, semua budak kecoh sebab cikgu aq tu pergi post semua gambar tu dekat facebook...siap di tag lagi nama pelajar yang tidur tu...
memang kelakar bila di ingatkan balik semua kenangan tu bila musim bola sepak bermula...apa yang pasti, bagi perempuan di luar sana, jika buah hati anda tidak menjawab call @ msg, maka tabahkanlah hati anda...kerana anda mungkin ditangga kedua selepas bola sepak...jangan marah..!!!kesimpulannya disini ialah LELAKI + BOLA SEPAK = BEST BUDDY..!!
p/s : mesti ada yang tertanya, tak akan aq tak sokong mana2 f0otball player @ mana2 pasukan kan???betul tak...
p/p/s : aq pon ada jugak sokong tapi pasukan yang menang jelah....hehehehe...tak adalah frust bila team yang disokong tu kalah...jadi, sokonglah pasukan yang menang je, ok...!!! :P
peace..!! bye every0ne..!! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan