Rabu, 25 Jun 2014

gelagat orang yang ada waktu aq kerja :)

assalamualaikum and 
I'm glad that you read my blog this time...


well, apa yang aq nak tulis kali ini masih lagi pasal pengalaman aq kerja tempoh hari...tapi, kali nie aq nak ceritakan gelagat orang yang bekerja di sekeliling aq...

orang yang pertama aq nak ceritakan disini ialah Cik Nurul Hazwani a.k.a kak nurul...kak nurul pada first time aq jumpa macam susah nak sembang...aq pulak memang susah nak 'chemist' dengan orang yang baru aq kenal...disebabkan kak nurul ada pinjam satu novel yang aq bagi pinjam pada kawan aq yakni hidayah, dari situlah aq mula ngam dengan kak nurul...sebenarnya kak nurul nie peramah, tak sama dengan apa yang aq fikirkan waktu first time jumpa...apa yang paling aq suka kat kak nurul nie, pipi dia memang semula jadi merah tau...aq geram sangat dengan pipi dia...rase nak cubit je sampai lebam...tapi aq tak berani nak picit pipi dia tu, nanti dia picit pipi aq kuat2...sebelum pipi aq sakit, lebih baik aq jangan nak picit pipi dia...

sebenarnya, kak nurul nie ada nama panggilan yang orang lain tak tahu...tapi disebabkan aq mulut agak kecoh sikit, maka tersebar luaslah nama manja kak nurul...nama manja kak nurul ialah umairah(membawa maksud putih kemerahan)...nama manja kak nurul tu, arwah tok dia yang bagi...secara semulajadi nya, kak nurul memang cantik...kak nurul tu pakai bedak asas atau tak pakai pun, sama saje muka dia...kalau orang lain pakai bedak mesti nampak lain sikit kan, macam perempuan yang pakai bedak tebal macam mana pun, tetap nampak tak asli...rasa macam nak tukar nama dekat dalam IC pulak...nak pakai nama UMAIRAH...barulah muka aq putih kemerahan...mesti cun kan...yelah, sebabnya semua orang panggil aq umairah(putih kemerahan)....berangan je aq nie, tak abis2...tapi berangan free of charge dan aq suka perkataan free...hahahahaha  :p

orang yang kedua pulak aq nak cerita ialah Cik Fairuz a.k.a kak afi...kak afi nie kerja sekali dengan kak nurul...dia orang kerja kedai jamu a.k.a produk kesihatan & kecantikan...kak afi nie pulak, jenis yang suka buat lawak...kalau satu hari aq tak ketawa disebabkan lawak kak afi, macam ada yang tak kena je...tapi yang tak boleh tahan sangat ialah bila kak afi dan kak nurul bergabung buat lawak, sampai mengalir air mata aq...satu peristiwa yang aq akan ingat pasal kak afi ialah waktu dia hantar aq balik ke rumah...kali pertama naik motor dengan dia, dia langgar jalan yang berbonggol sampai aq dekat belakang nie rase macam nak terhumban je dari motor dia...dah lah bawak laju satu hal...nasib baik aq pegang besi tempat duduk tu kuat, kalau tak,tertinggal aq dekat tepi jalan...silap hari bulan, kak afi sembang sorang atas motor sebab aq dah terjatuh sampai dia tak sedar...

peristiwa yang lain pulak (masih lagi bab motor), aq tercium helmet kak afi...dia tak perasan yang dekat depan ada simpang, kemudian datang pulak satu teksi masuk simpang dari arah yang bertentangan, terus kak afi brek mengejut...aq yang tak tahu apa nie terus tercium helmet kak afi di bahagian belakang...nasib baik bibir aq tak mengalami sebarang kecederaan...kalau tak, KAK AFI, I SEE YOU IN COURT...hahahaha, gurau je...lepas nie, kalau kak afi ajak aq naik motor dia lagi, aq akan pastikan diri aq siap sedia dengan keadaan mental dan fizikal agar kejadian yang pernah berlaku sebelum nie tak akan berulang lagi...

dekat pasar raya yang aq kerja tu ada ramai security guard...tapi yang aq akan cerita disini ialah 5 orang security guard(sg) sahaja...sg yang pertama ialah uncle fairuz...dia nie sebenarnya berbangsa cina tapi dia dah masuk Islam...aq sendiri pun tak berapa sure bila dia masuk Islam...uncle fairuz nie suka ucap salam bila jumpa orang yang dia kenal, I mean yang beragama Islam lah...sg yang ke-2 ialah fong...dia nie jenis yang macam strict sikit and of course lah dia kena macam tu sebab kalau dia main2 dalam menjalankan tugas nanti nampak macam tak berdisiplin pulak kan...sikap dia nie sama dengan sg ke-3 yang aq nak ceritakan seterusnya iaitu kak bib a.k.a mummy...seriusly aq tak tahu nama sebenar dia apa dan kenapa dia dipanggil mummy...aq tak berani nak bersembang dengan dia sebab muka dia tegas sungguh...so, I let she be...sg yang ke-4 pulak, ada orang kata dia nie dah ada tiga orang isteri...tapi kesahihannya aq tak pasti...aq tak pernah bersembang dengan dia sebab mungkin muka dia nampak pelik semacam je...

sg yang terakhir ialah watashiwa...kenapa pulak nama dia macam tu???mesti pelik kan...dalam bahasa jepun watashiwa mean's 'nama saya'...sebenarnya, aq yang letak nama tu...supaya bila nak bercakap pasal dia, tak perlulah sebut nama dia...nanti dia perasan pulak bila ada yang bercakap pasal dia...tapi, disebabkan mulut kak afi tu, terus dia tahu nama yang kita orang bagi bila nak bercakap pasal dia...kak afi nie tak boleh simpan rahsialah...

setakat ini sajalah yang aq boleh cerita...nak cerita pasal orang lain, aq sendiri pun tak pernah tegur dia orang dan sebaliknya lah..mungkin sebab muka aq nie macam sombong kot...tapi hakikatnya, orang pertama kali jumpa aq mesti akan cakap macam tu...padahal, bila dah lama kenal baru tau aq nie peramah mesra alam....hehehhehee...

by the way, next time aq akan ceritakan pulak pasal lelaki...kenapa aq nak cerita pasal lelaki pulak nie??? nantikan update yang seterusnya ok...

-bye- ari0s de amig0s, say0nara..!!  :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan