hey buddyz...
gambar sekadar hiasan |
entry aq kali ini aq tujukan pada mereka yang sedang membuat permohonan ke IPTA @ mane sahaja yang korang mohon...ramai student kebanyakannya silap memilih course dan mereka tak mampu untuk membawanya...alasan yang selalu diberikan ialah TAK TAHU...memanglah kita tak tahu tahu kalau kita tak selidiknya terlebih dahulu...
sebelum korang buat pilihan jurusan yang korang minta, adalah lebih baik korang selidik dahulu sebelum buat keputusan dan lebih teruk lagi ialah menyesal...nanti bila dah belajar separuh jalan, korang akan rasa susah dan tak kena dengan jiwa korang...
tapi, korang kena ingat juga,course yang korang pilih itu juga harus sesuai dengan keputusan SPM @ STPM @ DIPLOMA @ ASASI dan sebagainyalah...bagi yang risau dan tahu macam mana nak tahu subjek apa yang akan dibelajar dalam satu-satu jurusan tu, korang boleh Google je ok...student yang belajar di universiti nie bukannya kedekut atau kejam sangat...ada di antara mereka yang menceritakan pengalaman dan skop jurusan yang mereka pilih...(buat email google tau)
banyak blog yang ditulis pelajar universiti tapi korang jangan terlalu berharap yang mereka akan balas semua pertanyaan korang(jgn kecil hati ok..!!)...contoh blog pelajar universiti, http://cikaneeslurblurbpunyeblog.blogspot.com dan http://cweety91.blogspot.com/...korang kena faham, pelajar universiti tak macam pelajar sekolah...mereka sibuk dengan pelajaran dan itu merupakan penentu masa depan dia orang...
nasihat aq sekali lagi, tolonglah periksa dengan betul dan ikut kesesuaian keputusan korang...jangan pilih ikut kawan sbab walau macam mane pun korang berkawan rapat, korang akan terpisah juga(fakta..!!)...last skali,banyak-banyakkanlah redha dengan keputusan yang dikeluarkan oleh UPU...korang hanya meminta tapi UPU yang menentukan...banyakkanlah berdoa dan semoga jalan yang korang pilih tu akan berjaya...
_ari0s..!!_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan