Rabu, 26 Februari 2014

blogger lelaki lebih menarik..??

hey buddyz...
gambar sekadar hiasan
o0pp..!! blogger perempuan(bp) jangan marah ok...sebab aq pon perempuan jugak...tapi itulah hakikat dan realiti yang harus kita terima...kebanyakan blogger lelaki(bl) lebih menarik perhatian berbanding bp...walaupun bl tak tulis dengan panjang lebar mcam bp tapi entry yang dipaparkan lebih menarik...kenape aq cakap macam tu...cuba korang buka pemilik blog lelaki dan bandingkan dengan bp...mesti korang lebih terasa untuk baca bl daripada bp...

walaupun bp cuba untuk masukkan entry yang macam bl masukkan, hakikatnya tak sama...setiap lelaki sebenarnya ada sifat kelakar walaupun lelaki tu seorang yang serius tahap petala langit(ayat hiperbola sungguh..!!)...lagipun, entry yang ditulis lebih santai dan mampu membuatkan pembaca tersenyum sendiri...kalau bl tu pulak handsome, bertambah ramailah pembaca perempuan...

gambar sekadar hiasan

seperti yang korang tahu, lelaki nie sifat malunya tak seperti sifat malu perempuan...yelah, lelaki dalam hidupnya semuanya secara spontan dan tak cover langsung dalam percakapan atupun perbuatan...lain pulak dengan perempuan, semua cover bajet sopan padahal dibelakang....(paham-paham sendirilah ye)....setiap yang berlaku pada bl akan diceritakan terutama babak yang mencuit hati mereka dalam kehidupan seharian yang dialaminya...

_ari0s..!!_

Sabtu, 22 Februari 2014

sibuk di alam maya??

hey buddyz...


sekarang, ramai yang mempunyai akaun pelbagai laman sosial contohnya facebook, twitter, instagram dan macam-macam lagilah...memang tak akan lengkap hidup remaja sekarang tanpa laman sosial...semua sibuk dengan alam maya...hakikatnya,memanglah seronok berkongsi setiap perkara di laman sosial tapi di alam realiti, macam mana pula??

even kawan di depan pon masih lagi nak berkomen dekat dalam laman sosial...padahal kawan tu duduk depan mata saje...macam tu juga dengan waktu nak makan...patutnya angkat tangan baca doa, tapi sekarang nie angkat telefon ambil gambar...kemudian letak gambar dalam laman sosial...

aq tengok pon pelik...aq pon ade jugak laman sosial tu semua tapi tak adalah sampai tak berenggang langsung...sebolehnya, aq tak sukalah kalau remaja sekarang sibuk dengan laman sosial je...tak ada yang berfaedah sangat pon...kemudian, sekarang nie muncul pula dengan musim selfie...kalau tengok dalam laman sosial seseorang yang kuat berselfie nie, naik meyampah pon ade...penuh dengan gambar dia je...aq tengok pon pening...
gambar sekadar hiasan

tak penat ke asyik menghadap benda tu je...lebihkan bersama dengan masyarakat dengan buat amal bakti...jangan sampai nanti kita dah meninggal, tak ada siapa nak kebumukan kita...takkan nak gadjet dan semua benda tu nak kebumikan korangkan...apa-apa pon, janganlah korang terlalu taksub dengan semua benda tu...semua tu akan melalaikan korang dan bagi umat islam, jangan lupa untuk beribadat ok..!!

_ari0s..!!_

Khamis, 20 Februari 2014

cara untuk mengetahui pengajaran yang berkesan...

hey buddyz...

this time, aq nak bermadah pujangga sikit(adehh,ayat x boleh blah..!!)..entry kali nie aq khususkan pada tenaga pengajar @ dengan kata mudah adalah 'cikgu'...tapi kenapa pula aq secara tiba-tiba nak cerita pasal topik nie..??sebab, lepas aq dapat keputusan semester ketiga STPM aq, aq baru sedar satu perkara iaitu perbandingan cikgu aq ajar dari sememster satau hingga semester ketiga...

apa yang aq boleh buat perbandingan disini ialah, corak pengajaran yang diajar oleh cikgu aq di sekolah...mesti korang akan perasan satu perkara...cuba korang tengok macam mane cikgu mengajar pada awal tahun dengan dah nak abis tahun(yakni nak exam final)...tekanan pon korang boleh rase kan macam mane ianya berbeza...

apa yang aq katakan disini ialah,kalau cikgu mengekalkan corak pengajaran yang sama dari awal tahun hingga akhir tahun sama ada tekanan secara berat @ ringan, akan memberi kesan kepada pelajaran korang...aq bukan nak mengkritik tapi itu, adalah naik turun corak pengajaran cikgu...
gambar sekadar hiasan

teknik pengajaran yang dibuat oleh cikgu sama ada berkesan atau tidak boleh dikesan melalui ujian yang dilakukan oleh murid...memang tak cukup masa kalau asyik nak buat uji kaji tapi itu adalah salah satu caranya untuk mengetahui sama ada teknik pengajaran tersebut berkesan atau tidak...cikgu boleh semak perkembangan pelajar berdasarkan graf yang dibuat sendiri untuk mengetahui prestasi setiap pelajar...

tak perlu nak lukis graf segala bagai...cuma tengok keseluruhan prestasi murid dalam satu-satu kelas tu...lihat sama ada teknik pengajaran yang digunakan berkesan @ tidak...sebagai contoh, disini diberi 2 teknik pengajaran iaitu pengajaran berkelompok dan latih tubi...jika teknik pengajqran berkelompok lebih berkesan dan dapat meningkatkan prestasi pelajar berbanding latih tubi,lebih baik ditekankan teknik pengajaran berkelompok...begitu juga sebaliknya...sekiranya 2 teknik digunakan serentak lebih baik,gunakan kedua-duanya sekali...
gambar sekadar hiasan

s0,apa yang aq boleh simpulkan disini ialah,prestasi setiap pelajar ditentukan oleh setiap teknik dan strategi guru dalam membina keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu subjek atau topik tertentu...bimbingan,dorongan serta pantauan terhadap kerja pelajar amat diperlukan bagi membantu pelajar menggapai kejayaan...usaha seorang guru amat diperlukan dalam pendidikan...

setiap yang dilakukan haruslah secara sederhana dan jangan lupakan setiap teknik pengajaran terutama latih tubi memberi kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar...

_ari0s..!!_

Rabu, 19 Februari 2014

khalifah di muka bumi...

hey buddyz...

gambar sekadar hiasan
lelaki adalah khalifah di muka bumi ini...khalifah bermaksud pemimpin atau ketua...aq nak bercerita sedikit tentang perihal lelaki...aq bukan nak mengkritik tapi aq just nak luahkan pendapat saje...so, jangan korang nak melenting tak tentu pasal ok...lelaki kan biasanya sinonim dengan panas baran...aq minta maaf awal-awal ok..!!(bukan takut..!!)

dah namanya pun lelaki mesti akan bersangkut paut dengan kepimpinan dan ketua yang mengetuai sesuatu perkara...contohnya disini ialah ketua pengawas(contoh paling mudah)...dalam satu sekolah,mesti akan ada ketua pengawas...ketua pengawas semestinya adalah lelaki kerana itu memang dikhaskan untuk lelaki...ok, kita pegi kepada yang lebih dalam sikit...

dalam sebuah kelab @ persatuan, mesti ada jawatan pengerusi dan naib pengerusi...yang aku nak tekankan disini ialah jawatan pengerusi...kalau dalam sebuah persatuan tu ada lelaki, patut diutamakan lelaki...tapi ada lelaki yang dalam persatuan tersebut tak nak menggalas jawatan pengerusi mungkin disebabkan dengan tugas berat yang akan digalas...jadi, ada yang menyokong untuk perempuan menjadi pengerusi...tapi, korang sebagai lelaki tak rasa malu @ terhina ke sebab kelab korang tu diketuai oleh perempuan...mane perkataan 'khalifah' dalam diri setiap lelaki..??

tapi kalau dah persatuan bola jaring, takkan lelaki nak jadi pengerusi sedangkan semua ahli kelab tu perempuan kan...jadi, lelaki yang diluar sana, korang pertahankanlah gelaran khalifah yang sinonim dengan lelaki...bukan nak suruh korang jadi ego atau gila kuasa tapi gelaran tu adalah satu kurniaan yang  termaktub dalam diri korang,,,khalifah di atas muka bumi ini adalah lelaki...

gambar sekadar hiasan

so, lelaki di luar sana,jangan biar korang diperintah oleh perempuan ok...jadilah seorang lelaki yang bermaruah dengan menggunakan pendekatan yang lebih rasional dan bertindaklah secara wajar...BE A GENTLEMAN GUY OK...SO,WOMEN CAN RESPECT YOU BETTER..!!

pilih course betul-betul..!!




hey buddyz...

gambar sekadar hiasan
entry aq kali ini aq tujukan pada mereka yang sedang membuat permohonan ke IPTA @ mane sahaja yang korang mohon...ramai student kebanyakannya silap memilih course dan mereka tak mampu untuk membawanya...alasan yang selalu diberikan ialah TAK TAHU...memanglah kita tak tahu tahu kalau kita tak selidiknya terlebih dahulu...

sebelum korang buat pilihan jurusan yang korang minta, adalah lebih baik korang selidik dahulu sebelum buat keputusan dan lebih teruk lagi ialah menyesal...nanti bila dah belajar separuh jalan, korang akan rasa susah dan tak kena dengan jiwa korang...

tapi, korang kena ingat juga,course yang korang pilih itu juga harus sesuai dengan keputusan SPM @ STPM @ DIPLOMA @ ASASI dan sebagainyalah...bagi yang risau dan tahu macam mana nak tahu subjek apa yang akan dibelajar dalam satu-satu jurusan tu, korang boleh Google je ok...student yang belajar di universiti nie bukannya kedekut atau kejam sangat...ada di antara mereka yang menceritakan pengalaman dan skop jurusan yang mereka pilih...(buat email google tau)

banyak blog yang ditulis pelajar universiti tapi korang jangan terlalu berharap yang mereka akan balas semua pertanyaan korang(jgn kecil hati ok..!!)...contoh blog pelajar universiti, http://cikaneeslurblurbpunyeblog.blogspot.com dan http://cweety91.blogspot.com/...korang kena faham, pelajar universiti tak macam pelajar sekolah...mereka sibuk dengan pelajaran dan itu merupakan penentu masa depan dia orang...

nasihat aq sekali lagi, tolonglah periksa dengan betul dan ikut kesesuaian keputusan korang...jangan pilih ikut kawan sbab walau macam mane pun korang berkawan rapat, korang akan terpisah juga(fakta..!!)...last skali,banyak-banyakkanlah redha dengan keputusan yang dikeluarkan oleh UPU...korang hanya meminta tapi UPU yang menentukan...banyakkanlah berdoa dan semoga jalan yang korang pilih tu akan berjaya...

_ari0s..!!_

Selasa, 18 Februari 2014

panas di bumi dan tindakan kita...

hey buddyz...

gambar sekadar hiasan
sekarang nie ramai sangat yang mengeluh dan merungut cuaca yang semakin panas...tau tak punya kenapa cuaca makin panas???aq pasti korang tahu jawapannyakan...ini disebabkan gas yang mengandungi asid banyak dihasilkan dan dilepaskan ke udara...contoh barang yang melepaskan gas asid tersebut macam penghawa dingin,kereta, motorsikal, kilang dan penyembur serangga...

gambar sekadar hiasan
macam-macam perkara yang kita boleh lakukan tanpa menggunakan benda-benda yang selalu kita guna(aq pon kurang faham dgn ayat aq sndri,tgk contoh ok..!!)...contohnya macam penggunaan ridsect(penyembur serangga), kalau tak nak ada semut dalam rumag,leatakkan cuka di tempat semut suka berada...semut tak berapa suka dengan bau cuka...kalau nyamuk pula,korang boleh beli penyembur serai wangi dari pasaraya...nyamuk tak suka dengan bau serai wangi...

gambar sekadar hiasan
kalau pergi kedai atau ke mana sahaja yang hampir dengan kediaman rumah anda, cuba jangan gunakan kereta atau motorsikal...sebaliknya, berjalanlah sbb itukan salah 1 senaman juga...boleh kurangkan berat badan..hehehehe...     

gambar sekadar hiasan
kurangkan penggunaan penghawa dingin di rumah...gunakan kipas sebagai pengganti kepada penghawa dingin...kipas tak lepaskan gas asid, tapi penghawa dingin lepaskan...bukan apa,kesan penggunaan penghawa dingin bukan sahaja bagi keasan pada orang lain,pada kita juga yang kena...tak matilah kalau korang tak guna penghawa dingin tu...gune kipas je ok..!!
gambar sekadar hiasan





tapikan,kalau kentut tu pelepasan gas asid juga ke??sepupu aq cakap tu pon gas asid juga (tapi sepupu aq pon sengal jugaklah..!!)

Isnin, 17 Februari 2014

tempias STRESS...

hey buddyz...

manusia yang hidup zaman sekarang nie mudah mengalami stress...ada yang stress dgn pelajaran, kos sara hidup, masalah rumah tangga dan macam-macam lagilah yang aku malas nak senaraikan di sini...korang pon pernah berasa tertekan dengan hidup korang kan..?? aq akui, aq juga pernah berasa tertekan terutama dalam pelajaran aq...itu belum ditambah lagi dengan waktu nak exam...lagilah aq menggelabah dan tertekan tak tentu pasal...

bila seseorang tu tertekan(stress), orang-orang dikelilingnya akan menerima tempiasnya juga...walau kita cuba untuk kawalnya agar orang lain tak kena libas dengan kita, hakikatnya itu jarang berlaku...biasalah bila bercakap nie mesti ada satu perkara yang membuatkan kita melatah kan...sebenarnya kalau kita dalam keadaan tenang, perkara macam tu tak akan memberi kesan pada kita pon...

tak pasal-pasal ada yang kena marah dengan kita...bukan sengaja nak marah @ naik angin tak tentu pasal, tapi keadaan emosi kita yang tak stabil membuatkan ita bertindak diluar kawalan...kalau rakan anda mengalami tekanan, cuba jangan bercakap perkara-perkara yang membuatkan dia berasa marah...kalau anda tiba-tiba dimarahi oleh orang yang tertekan nie, tarik nafas dalam-dalam dan bersabar...biarkan dia dalam keadaan tenang dan bertanyalah masalahnya...tapi jangan nak paksa ok..semua orang tak suka dipaksa...

tapi memang betul pon,macam-macam kes yang boleh kita lihat terutama dalam drama melayu nie...kalau orang atasan ada masalah dirumah, dia akan bawa ke pejabat...silap sikit orang bawahan, terus kena libas tak tentu pasal...macam tu juga dengan guru, kalau guru tersebut ada masalah di rumah, mesti anak murid akan terkena tempiasnya...bila marah, ade je perkara yang nak dijadikan tempat untuk lepaskan perasaan marah...

bagi orang islam, mesti korang dah tahu kan apa yang perlu dibuat...kalau waktu marah tu tengah berdiri, duduklah...tak boleh juga, baringlah...dan kalau tak boleh juga, terus ambil wuduk dan buat solat sunat...bagi yang bukan beragama islam,tak elok jika anda  minum arak...ye,mungkin anda akan berasa tenang tapi itu cuma seketika...selesaikan masalah dengan rasional dan lupakan sebentar dengan semua masalah tu...lakukan perkara yang sihat seperti beriadah dan perkara yang anda suka yang tidak melibatkan tekanan...

so,korang diluar sana jangan cepat berasa tertekan...tarik nafas dalam-dalm dan minum secawan air kosong...kalau selalu stress, nanti muka nampak tua..!!omigosh..!!   xo xo

Sabtu, 8 Februari 2014

masalah makan dan makan...

hey buddyz...

semua orang suke makan...cuma tolak benda yang tak boleh makan dan tak halal je kan...aq pon suka makan tapi sejak akhir-akhir nie, entah angin ape pon aq tak tahu, asyik nak mengunyah je...mungkin sebab aq menanam anggur kat rumah, jadi masa yang ada tu kalo boleh nak makan je kerja nya...tambah-tambah pulak mak aq sekarang nie asyik nak mencuba resepi baru je...makin naik lemaklah aq nak makan macam-macam....

tapi asyik makan je tak elok jugak...nanti boleh dapat kolesterol...kolesterol nie tak mengenal besar mana saiz badan seseorang tu...ditambah pula kalau ada kolesterol pada saluran darah yang dihantar ke jantung, lagilah masalah...

satu lagi penyakit aq ialah, bile keluar dengan kawan, asyik nak makan je...ade je benda kita orang beli sambil sembang-sembang...kalau menyembang tanpa kudapan, memang tak sah..hmmm,kena cari alternatif nie...mungkin kita orang boleh makan dulu sebelum jumpe..so, bile perut kenyang, tak adalah nak makan je kerjanya kan...tak pon, sambil bersembang, kita orang boleh buat pape kerja macam beriadah ke, mengemas ke atau apa-apa aktiviti yang sihat dan berfaedah..why n0t..