Ahad, 27 Julai 2014

baik bulan ramadhan...

assalamualaikum dan w0la h0la..!!  :)

lagi 1 @ 2 hari lagi dah nak sampai ke penghujung bulan ramadhan...aq rase sedih sangat bila bulan mulia ini semakin berlalu pergi...mengenangkan mereka yang banyak terima bantuan di bulan ramadhan ini mungkin akan berkurangan di bulan yang lain....

begitu juga dengan ibadah yang dilakukan...bulan ramadhan, banyak beribadat tapi bulan lainnya kurang lakukan ibadat...bulan ramadhan nie umpama satu bulan yang mengharuskan semua umat Islam berbuat baik...aq keliru dengan ayat nie sebenarnya...kenapa bulan ramadhan kita mesti buat baik, tapi tidak dibulan lain...mungkin sebab kalau banyak marah atau kurang sabar, maka puasa akan jadi sia-sia...

cuba fikir balik bila dibulan yang lain...kalau kita marah @ melakukan perkara yang tidak sepatutnya, bukankah pahala akan dikurangkan sebab sifat buruk itu...konsepnya tetap sama walaupun ayatnya berbeza...

apa yang pasti, manusia tidak salah...cuma hawa nafsu dan bisikan syaitan & iblis yang menyebabkan perangai manusia jadi tidak betul...panduan untuk kita elakkan ada dalam al-quran...gunakan sebaik mungkinwalau apa pun yang kita buat, tanya diri kita balik "SAMPAI BILA??"...aq bukan berlagak nak jadi orang yang alim @ ustazah, tapi aq nak jadi manusia yang bertanggungjwab dalam Islam...kerana aq adalah Islam dan Insya-Allah selamanya aq Islam..!!

Khamis, 10 Julai 2014

AWAS..!! bila sedang membeli belah...

assalamualaikum and hye 0ut there....

gambarsekadar hiasan
sekarang bulan ramadhan dan insya-Allah hujung bulan nie, kita akan menyambut hari raya...bila dah nak dekat hari raya, semua orang sibuk untuk membeli belah terutama kaum wanita...itu nak beli, ini nak beli sampaikan beg plastik penuh ditangan...memang seronok shopping tapi ada sesuatau yang korang perlu jaga-jaga...

apa yang perlu jaga-jaga tu..??haa, waktu membeli baju raya, korang kena teliti dengan betul dan pastikan ianya ok...kenapa pulak aq cakap macam tu???ok,ada sikit panduan yang aq bagi dan mungkin korang boleh ikut...

1) pastikan baju yang nak dibeli tu sempurna...it means, baju tu tak koyak, kotor atau kelihatan 'cacat'...

2) beli baju ikut kesesuaian badan korang...kalau korang boleh cuba baju tersebut, then cubalah dan lihatnya dengan pemikiran yang kritis...jangan dekat tempat beli baju nampak ok, tapi bila balik rumah, baju macam baju tidur...aiyark...!!

gambar sekadar hiasan
3) kalau korang jenis yang sukar untuk pilih baju, bawa s0me0ne yang boleh bagi pendapat yang bernas...maksudnya, yang boleh bagi idea atau cadangan jenis baju yang korang nak beli tu sesuai @ tak...

gambar sekadar hiasan

4) bila dah musim orang ramai shopping, akan ada jualan murah...baju yang branded paling mahal pun akan diberi diskaun sempena musin perayaan nie...waktu nie, korang kena lebih berhati-hati...sebabnya, ada sesetengah penjual baju akan meletakkan harga yang agak murah bagi baju yang berjenama...jangan nanti, sebab murah punya pasal, terus ambil tanpa mencuba terlebih dahulu...bila tengah pakai baju tu, tiba-tiba koyak pulak...masa tu, nak sorok muka kat mana pun tak tahulah...

itu saja tips yang aq dapat bagi setakat ini...s0, selamat membeli belah..!!happy sh0pping, yeay..!!
ari0s amig0s..!!

~bye~
gambar sekadar hiasan

Sabtu, 5 Julai 2014

kerja dibazar ramadhan.... :)



assalamualaikum, and well0 hello00..

sempena dengan bulan ramadhan yang mulia nie, dikesempatan jualan yang berlangsung di setiap tempat adanya bazar, disitu jugalah ada yang mencari rezeki buat hari lebaran...tak terkecuali aq pun sama mencari duit poket untuk shopping beli baju raya...perempuan dan shopping tak dapat nak dipisahkan...cuma aq tak terlalu boros untuk berbelanja besar...cukup dengan apa yang aq rase ok, then, it's fine en0ugh for me...  :)

sekarang nie, aq tengah kerja dengan kawan mak aq iaitu mak cik aida...mak cik aida nie memang sempoi sporting dan relaks je...kawan2 anak dia pun semuanya dibuat macam kawan dia jugak...tapi itu tak bermakna budak2 yang muda dari dia tak hormatkan dia...tapi yang pasti, semua orang sukakan keriuhan dan keramahan mak cik aida...kadang2, telatah mak cik aida nie membuatkan aq senyum seorang diri...tapi aq tak adalah senyum je sebab takut nanti  ada orang fikir aq tak betul pulak dah...jualan mak cik aida simple je  tapi laku dan laris sampai aq pun kelam kabut dibuatnya...aq pun buat kerja bukannya cekap mana...dengan adanya kak syakira a.k.a anak angkat mak cik aida, semuanya berjalan lancar...
mak cik aida dan gerainya :)
kak syakira nie dah kerja dengan mak cik aida dari tahun lepas lagi...mak cik aida cakap, akak syakira nie anak orang senang...tapi, aq cukup suka dengan akak syakira nie sebabnya, walaupun dia hidup senang, tapi dia tak cakap besar...pakaian pun hanya biasa-biasa sahaja...mula-mula aq kenal akak syakira nie, aq pun tak tahu...tapi bila mak cik aida cerita pasal dia, aq macam tak percaya...tapi akak syakira nie memang simple dan sempoi...sekarang nie, akak syakira tengah cuti belajar...dia belajar dekat UMP, terengganu...kata mak cik aida, akak syakira nak jadi seorang engineer kapal...satu cita2 yang besar buat seorang perempuan...biasanya, kerja macam nie dimonopoli oleh lelaki, tapi bagi kak syakira, itu bukanlah satu halangan buat dia...aq memang bangga bila akak syakira nie bercita-cita sedemikian...akak syakira,, cay0k..!!!  :)






Isnin, 30 Jun 2014

puasalah dengan betul... :)

assalamualaikum...salam pembuka ramadhan yang permulaan...


gambar sekadar hiasan
sekian lama aq menanti, datang juga bulan ramadhan nie...aq cukup suka dengan suasana yang meriah dengan pelbagai macam perkara...contohnya solat terawih, bazar ramadhan, kemeriahan budak2 main mercun sama ada bunga api @ apa sajalah yang bersangkut paut dengannya...kemeriahan bulan ramadhan setiap tahun memang aq nantikan...

ok, sekarang cukup dengan mukadimah diatas...aq akan mulakan entry sebenar yang aq akan tulis iaitu 'PUASALAH DENGAN BETUL'...aq tak akan cerita banyak pasal bulan ramadhan nie cuma apa yang akan aq nukil kan disini ialah mengenai berbuka puasa...
gambar sekadar hiasan

setiap tahun, aq akan perhatikan dan menganalisis tabiat umat Islam yang berpuasa (ayat power tu, macam nak buat uji kaji je bunyi nya)...memang dah jadi satu kewajipan kita berbuka dengan makan dan minum tapi ada yang silap disitu...apa pula yang silap..??silapnya ialah berbuka dengan pelbagai jenis makanan yang banyak diatas meja makan...hidangan untuk 8 orang tapi yang nak makannya hanyalah 4 orang saja...s0,siapa lagi 4 orang tu???jeng...jeng...jeng...

jadi, korang tanya balik diri korang...sebab apa korang puasa..??

i) sebab orang lain puasa dan korang juga terpaksa melakukannya...sebab korang malu kalau orang lain dapat tahu yang korang sebenarnya tak berpuasa...
ii) korang puasa sebab tuntutan agama
iii) sebab korang nak merasai macam mana susahnya umat Islam yang lain mencari makanan
iv) sebab kesihatan...dah lama sangat perut korang tu proses makanan dan tiba masanya nak rehatkan sistem perut tu...

gambar sekadar hiasan
renungkan kembali apa sebenarnya niat untuk korang puasa tu...tak perlu bagi tau orang lain korang puasa disebabkan apa...bila berbuka, makan dengan seadanya dan janganlah membazir...ikut keperluan masing2...banyakkan bersedakah dan sambil makan tu, fikirkanlah kembali...korang senang dapat makanan tapi ada segelintir umat manusia yang susah nak mendapatkan makanan...

fikir kembali apa yang korang buat dan dapat sewaktu bulan ramadhan ini berlangsung...renungkanlah sejenak dan istighfarlah jika ada kesilapan yang pernah dilakukan...

akhir kata dari aq, sem0ga korang semua dapat menjalankan ibadah di bulan ramadahan dengan betul dan saksama...

-sekian-  :)

Khamis, 26 Jun 2014

tips elakkan pelajar dari tidur dalam kelas.

assalamualaikum dan hai pembaca blog...
tips yang aq bagi hari ini adalah sesuai untuk para guru khususnya...sebab kebanyakan pelajar suka sangat tidur dalam kelas...kadang-kadang alasan yang diberikan student tak masuk akal langsung...ditambah pulak bila dah dikejut berulang-ulang kali, masih lagi berperangai macam tu...dah bangun dan cuci muka tapi tak lama lepas tu, mesti student tu tertidur balik...

kononnya nak tunjuk rajinlah sangat bila letak buka atas meja sambil tutup muka tu...padahal dia dah tertidur disebalik buku yang terbuka tu...tips yang aq berikan ini mungkin akan berkesan @ mungkin tak...tapi para guru boleh cuba tips yang aq bagi nie...

tips yang paling simple nie ialah dengan mengambil gambar pelajar tersebut menggunakan kamera @ telefon bimbit...ambil gambar pelajar yang tidur tu secara senyap2...kemudian, cetak gambar pelajar tersebut dan tampalkannya di dalam kelas atau masukkan gambar tersebut dalam facebook serta di tag sekali nama pelajar tersebut...

cara nie mungkin nampak macam tak bertimbang rasa tapi berdasarkan pengalaman aq dulu, lepas saja cikgu aq buat macam tu, terus tak ada siapa pun yang berani nak tidur dalam kelas kecuali kalau dalam kelas tu tiada cikgu...

s0, selamat mencuba..!!

lelaki dan bola... :-s

assalamualaikum and happy day today...

sekarang musim bola sepak dan aq pasti mesti ada pasangan diluar sana yang tengah menghadapi konflik...well, memang konflik pun jika pasangan masing-masing sibuk melayan perlawanan bola sepak  yang tengah hangat ditayangkan di kaca tv...bila girlfriend telefon, mesti boyfriend akan cakap tunggu kejaplah, I'll call you back dan macam-macam lagilah alasan yang akan dikeluarkan...dapat girlfriend yang memahami tak apa lagi, tapi kalau dia tu macam aq yang tak minat langsung sukan bola sepak nie, apa kes pulak tu???


aq seriusly tak faham dengan lelaki yang s0 excited tengok bola sepak...dan yang paling menghairankan, semua benda pelik jadi...contohnya, sanggup kunci jam untuk bangun 2 @ 3 pagi...yang paling anehnya disini, bila alarm berbunyi, terus terjaga dengan semangatnya...ditambah pulak kalau pagi tu ada pasukan kegemaran yang bertanding...sepupu aq pernah cerita pada aq, kes nie jadi waktu perlawanan bola sepak berlangsung...macam sekarang nie...anak sepupu aq menangis dalam buai dan hubby dia boleh tak terjaga seolah-olah tak ada bunyi...sedangkan anak dia menangis punyalah kuat...yang peliknya, bunyi alarm di telefon dia boleh dengar sedangkan alarm tu bunyi nya bukan kuat sangat...sampai macam tu sekali hubby sepupu aq punya perangai...

selalunya lelaki susah untuk dikejut supaya bangun tapi disebabkan bola sepak punya pasal, boleh pulak dia bangun sendiri tanpa dikejut...yang paling aq teringat setiap kali musim perlawanan bola sepak di luar negara berlangsung, aq mesti akan ingat ustaz yang pernah mengajar aq di sekolah menengah dulu..."bangun pagi semata-mata untuk tengok perlawanan bola sepak bukan dapat pahala pun...kalau nak tengok tak salah tapi cuba sebelum tengok siaran langsung bola sepak tu, amalkan solat sunat tahajud @ hajat, minta hidup kamu dirahmati Allah s.w.t...ustaz pun tengok juga bola waktu pagi tapi sebelum tu, ustaz akan solat sunat terlebih dahulu"...
rajinkan diri untk solat sunat :)
 waktu aq dengar ustaz tu cakap macam tu, aq boleh tersengih je sambil menjeling budak lelaki yang dah tertunduk malu....hahahahahaa...kan dah kena sekali penangan ceramah ustaz...bagi yang pelajar pulak, mesti akan ada kes tidur dalam kelas...dan akan bermulalah para guru menunjukkan skill mereka untuk mengejutkan para pelajar yang tertidur dalam kelas...pernah satu peristiwa nie berlaku dalam kelas aq sewaktu aq di tingkatan 5...guru matematik tambahan aq adalah seorang lelaki cina...nak dijadikan cerita, cikgu aq nie pergi keluarkan telefon bimbit dia dan dia ambil gambar pelajar lelaki yang tidur dalam kelas...lepas satu muka ke satu muka dia tangkap gambar...kita orang yang tak tidur nie,senyap je sambil tersengih-sengih...esoknya, semua budak kecoh sebab cikgu aq tu pergi post semua gambar tu dekat facebook...siap di tag lagi nama pelajar yang tidur tu...

memang kelakar bila di ingatkan balik semua kenangan tu bila musim bola sepak bermula...apa yang pasti, bagi perempuan di luar sana, jika buah hati anda tidak menjawab call @ msg, maka tabahkanlah hati anda...kerana anda mungkin ditangga kedua selepas bola sepak...jangan marah..!!!kesimpulannya disini ialah LELAKI + BOLA SEPAK = BEST BUDDY..!!

p/s : mesti ada yang tertanya, tak akan aq tak sokong mana2 f0otball player @ mana2 pasukan kan???betul tak...
p/p/s : aq pon ada jugak sokong tapi pasukan yang menang jelah....hehehehe...tak adalah frust bila team yang disokong tu kalah...jadi, sokonglah pasukan yang menang je, ok...!!! :P

peace..!! bye every0ne..!!  :)

Rabu, 25 Jun 2014

gelagat orang yang ada waktu aq kerja :)

assalamualaikum and 
I'm glad that you read my blog this time...


well, apa yang aq nak tulis kali ini masih lagi pasal pengalaman aq kerja tempoh hari...tapi, kali nie aq nak ceritakan gelagat orang yang bekerja di sekeliling aq...

orang yang pertama aq nak ceritakan disini ialah Cik Nurul Hazwani a.k.a kak nurul...kak nurul pada first time aq jumpa macam susah nak sembang...aq pulak memang susah nak 'chemist' dengan orang yang baru aq kenal...disebabkan kak nurul ada pinjam satu novel yang aq bagi pinjam pada kawan aq yakni hidayah, dari situlah aq mula ngam dengan kak nurul...sebenarnya kak nurul nie peramah, tak sama dengan apa yang aq fikirkan waktu first time jumpa...apa yang paling aq suka kat kak nurul nie, pipi dia memang semula jadi merah tau...aq geram sangat dengan pipi dia...rase nak cubit je sampai lebam...tapi aq tak berani nak picit pipi dia tu, nanti dia picit pipi aq kuat2...sebelum pipi aq sakit, lebih baik aq jangan nak picit pipi dia...

sebenarnya, kak nurul nie ada nama panggilan yang orang lain tak tahu...tapi disebabkan aq mulut agak kecoh sikit, maka tersebar luaslah nama manja kak nurul...nama manja kak nurul ialah umairah(membawa maksud putih kemerahan)...nama manja kak nurul tu, arwah tok dia yang bagi...secara semulajadi nya, kak nurul memang cantik...kak nurul tu pakai bedak asas atau tak pakai pun, sama saje muka dia...kalau orang lain pakai bedak mesti nampak lain sikit kan, macam perempuan yang pakai bedak tebal macam mana pun, tetap nampak tak asli...rasa macam nak tukar nama dekat dalam IC pulak...nak pakai nama UMAIRAH...barulah muka aq putih kemerahan...mesti cun kan...yelah, sebabnya semua orang panggil aq umairah(putih kemerahan)....berangan je aq nie, tak abis2...tapi berangan free of charge dan aq suka perkataan free...hahahahaha  :p

orang yang kedua pulak aq nak cerita ialah Cik Fairuz a.k.a kak afi...kak afi nie kerja sekali dengan kak nurul...dia orang kerja kedai jamu a.k.a produk kesihatan & kecantikan...kak afi nie pulak, jenis yang suka buat lawak...kalau satu hari aq tak ketawa disebabkan lawak kak afi, macam ada yang tak kena je...tapi yang tak boleh tahan sangat ialah bila kak afi dan kak nurul bergabung buat lawak, sampai mengalir air mata aq...satu peristiwa yang aq akan ingat pasal kak afi ialah waktu dia hantar aq balik ke rumah...kali pertama naik motor dengan dia, dia langgar jalan yang berbonggol sampai aq dekat belakang nie rase macam nak terhumban je dari motor dia...dah lah bawak laju satu hal...nasib baik aq pegang besi tempat duduk tu kuat, kalau tak,tertinggal aq dekat tepi jalan...silap hari bulan, kak afi sembang sorang atas motor sebab aq dah terjatuh sampai dia tak sedar...

peristiwa yang lain pulak (masih lagi bab motor), aq tercium helmet kak afi...dia tak perasan yang dekat depan ada simpang, kemudian datang pulak satu teksi masuk simpang dari arah yang bertentangan, terus kak afi brek mengejut...aq yang tak tahu apa nie terus tercium helmet kak afi di bahagian belakang...nasib baik bibir aq tak mengalami sebarang kecederaan...kalau tak, KAK AFI, I SEE YOU IN COURT...hahahaha, gurau je...lepas nie, kalau kak afi ajak aq naik motor dia lagi, aq akan pastikan diri aq siap sedia dengan keadaan mental dan fizikal agar kejadian yang pernah berlaku sebelum nie tak akan berulang lagi...

dekat pasar raya yang aq kerja tu ada ramai security guard...tapi yang aq akan cerita disini ialah 5 orang security guard(sg) sahaja...sg yang pertama ialah uncle fairuz...dia nie sebenarnya berbangsa cina tapi dia dah masuk Islam...aq sendiri pun tak berapa sure bila dia masuk Islam...uncle fairuz nie suka ucap salam bila jumpa orang yang dia kenal, I mean yang beragama Islam lah...sg yang ke-2 ialah fong...dia nie jenis yang macam strict sikit and of course lah dia kena macam tu sebab kalau dia main2 dalam menjalankan tugas nanti nampak macam tak berdisiplin pulak kan...sikap dia nie sama dengan sg ke-3 yang aq nak ceritakan seterusnya iaitu kak bib a.k.a mummy...seriusly aq tak tahu nama sebenar dia apa dan kenapa dia dipanggil mummy...aq tak berani nak bersembang dengan dia sebab muka dia tegas sungguh...so, I let she be...sg yang ke-4 pulak, ada orang kata dia nie dah ada tiga orang isteri...tapi kesahihannya aq tak pasti...aq tak pernah bersembang dengan dia sebab mungkin muka dia nampak pelik semacam je...

sg yang terakhir ialah watashiwa...kenapa pulak nama dia macam tu???mesti pelik kan...dalam bahasa jepun watashiwa mean's 'nama saya'...sebenarnya, aq yang letak nama tu...supaya bila nak bercakap pasal dia, tak perlulah sebut nama dia...nanti dia perasan pulak bila ada yang bercakap pasal dia...tapi, disebabkan mulut kak afi tu, terus dia tahu nama yang kita orang bagi bila nak bercakap pasal dia...kak afi nie tak boleh simpan rahsialah...

setakat ini sajalah yang aq boleh cerita...nak cerita pasal orang lain, aq sendiri pun tak pernah tegur dia orang dan sebaliknya lah..mungkin sebab muka aq nie macam sombong kot...tapi hakikatnya, orang pertama kali jumpa aq mesti akan cakap macam tu...padahal, bila dah lama kenal baru tau aq nie peramah mesra alam....hehehhehee...

by the way, next time aq akan ceritakan pulak pasal lelaki...kenapa aq nak cerita pasal lelaki pulak nie??? nantikan update yang seterusnya ok...

-bye- ari0s de amig0s, say0nara..!!  :)




Ahad, 22 Jun 2014

cerita pasal kerja aq...

assalamualaikum...hey everyb0dy...

let's m0ve 0n dengan coretan aq kali ini...sebelun ni aq pernah cerita pada korang yang aq pernah bekerja ...tapi aq tak bagi tahu pun aq kerja apa dan dimana kan???sebenarnya aq kerja dekat kedai yang jual mainan...tapi ada jugaklah bag, gelang dan juga rantai...tapi yang lebih banyak aq dapat jual ialah mainan...basically kedai tu memang jual mainan tapi boss aq tu nak buat kedai tu jadi macam serampang dua mata...

gambar sekadar hiasan
bila anak customer tengah pilih nak beli mainan apa, customer tu boleh tengok bag...kalau mereka berkenan, then mainan aq dapat jual sekali gus dengan bag sekali....tapi bila jual mainan ni muka kena manis dan pandai layan budak...kalau tak, macam mana aq nak jual mainan...

pada ibu bapa budak yang datang beli tu pulak, aq akan tengok reaksi muka dia macam mana...kalau aq sebut harga mainan tu agak mahal, then aq akan kurangkan harga sikit demi sikit sampai pada harga sepatutnya...biasanya bila bos aq tambah stok, aq akan tanya, sampai mana limit harga yang aq boleh jual...kiranya semua orang yang datang ke kedai aq tu boleh dapat diskaunlah...siapa yang tak suka diskaun kan???aq mengaku aq pun suka diskaun...heheheheheee...  :p

gambar sekadar hiasan
tapi, s0metimes aq rasa macam serba salah pulak bila ada anak customer mintak mainan yang mahal...baru-baru ni boss aq ada letak stok mainan baru...mainan anak patung frozen...lebih kurang macam patung barbie tapi yang nie versi frozen...tapi s0rry guy's...aq lupe nak ambil gambar...dalam satu kotak tu ada patung Elsa, Anna dan Olaf...harga mainan tu RM 35.90...paling kurang aq boleh bagi pun hanya RM 30.00...

bila aq cakap setakat mana aq boleh bagi harga tu, terus cstomer tu tarik tangan anak dia...aq tahu dia mungkin tak mampu nak beli untuk anak dia...bukan sorang je yang berperangai macam tu...ada jugak budak-budak lain yang merengek-rengek minta dibelikan mainan...tapi, kebanyakannya hanya beli bila aq kurangkan harga...ada yang lagi best, bila ada sesetengah customer datang dan terus bayar harga mainan tu tanpa minta kurang...hal tu disebabkan mainan tu murah atau pun customer tu mampu beli mainan untuk anak dia...

tapi, aq hanya mampu diam sajalah ataupun aq tanya customer tu, berapa bajet dia...kalau bajet setakat RM 20.00, aq akan tunjukkan kat anak dia mainan dengan harga tersebut dan pujuk rayu sampai budak tu jatuh suka....aq bukan apa, kadang-kadang aq kesian pada budak dan parent's dia orang...pasal hal tu, aq tak pernah cerita pun dengan boss aq...biarlah hanya aq saja yang tahu...cewahhh,,,ayat dramatik sungguh aq nie....hahahaha....

s0, bagi parent's diluar sana yang rasa tak mampu nak belikan mainan untuk anak setiap kali berbelanja di pusat membeli belah, korang ppastikan anak korang diumpan dengan benda lain dahulu...umpan tu jugak perlu ada depan mata dia dan tengok dulu mo0d dia macam mana....selain tu, korang juga elakkan diri serta anak dari lalu di bahagian yang menjual mainan...mungkin dengan cara tu masalah korang dapat diatasi...h0pe s0...

sekian saje coretan aq kali ni...aq akan sambung lagi dengan coretan yang tak kesudahan nanti...tungguuu..

ari0s amig0s...say0nara..!!!  :)



Jumaat, 20 Jun 2014

pakai biar sopan

assalamualaikum and helloo000 guys's..!!

as I pr0mise before, aq akan update cerita yang berlaku waktu aq kerja dulu...first thing aq nak cerita disini ialah pasal w0man a.k.a wanita ok...for man out there, kalau nak baca teruskan kalau tak nak pun tak apa...tak kisah punya hal...

apa yang aq akan sangkut pautkan wanita disini ialah mengenai pakaian...memang perempuan nie suka sangat pakai baju yang bermacam-macam fesyen...s0metime's ada yang ok and s0metime's they really weird ok...bila berpakaian, semua orang disekeliling akan perhatikan apa yang orang tu pakai...tapi masalahnya disini ialah mengundang mata gatal lelaki...!!!

OMG,...itu memang satu perkara yang h0t disini...tapi kenapa aq cakap macam tu pulak kan???hhhmmm,,, mesti korang wondering kan???yang sebenarnya, bagi perempuan, tak salah kalau nak berfesyen dengan pakaian yang korang pakai tu tapi agak-agaklah sikit bila berpakaian tu...ini bukan hanya for muslim ok tapi for entire w0man 0ut there...

bila berpakaian yang agak keterlaluan macam, pakai seluar singkat, baju ketat, kain jarang dan yang sekutu dengannya lah, akan mengundang mata lelaki yang melihat...dah lihat sekali mesti akan lihat untuk kedua kali kan...tapi aq bukan nak kata lelaki gatal, tak, bukan maksud aq macam tu...

tapi, memang obvious pun yang pakaian w0man tu memang mengundang disaster ok...bila lelaki tenung atau lihat w0man yang pakai baju tak cukup kain tu, mulalah permpuan tu ingat lelaki tu sebenarnya gatal...sedangkan dia sendiri yang mengundang mata gatal tu ke arahnya yang pakai baju tak cukup kain....

lagi satu hal ialah bagi yang bertudung...pakai tudung tak salah tapi bab baju dan seluar memang fail terus...aq bukan nak cakap aq perfect sangat...aq kadangkala pun terlalai jugak..sebab tu sekarang nie, cardigan selalu jadi teman aq bila nak keluar rumah...

dahlah pakai baju sendat, lengan baju tak sampai 3 suku, pakai pulak legging...adehh,,,memang parah betullah perempuan macam tu..aq yang TERtengok pun rasa segan pada lelaki apatah lagi lelaki yang lihat..memang rezekilah katakan...

untuk elakkan diri dari mengundang mata gatal tu, pakailah sopan sikit walaupun tak bertudung...boss aq yang perempuan (bangsa cina) tu pun boleh pakai sopan tak kan kita yang Islam nie tak boleh nak berpakaian sopan kan...kalau ditegur dikatakan menyibuk, kalau tak ditegur rasa bersalah pula..seolah-olah turut bersetuju dengan pakaian macam tu...problem, pr0blem...

s0, bagi yang selalu pakai baju tak cukup kain tu, aq suggest kan, korang pergilah kamdar...kenapa kamdar???sebab taglinenya 'memang berbaloi'...hehehehe....sekian saja untuk entry aq kali nie...h0pe aq akan ada masa untuk masukkan entry baru dalam blog nie....

ari0s amigos..!!  :)

Khamis, 19 Jun 2014

welc0me back t0 me..!! :)

assalamualaikum...0la..hell0 and hay hay hay reader's...


firstly, so sorry to my pembaca blog aq nie (ada pembaca ker??) sebab dah lama tak update blog...aq sibuk dengan kerja, dalam masa yang panjang pulak tu...tapikan, wait seminit, aq lupe nak bagi tau korang yang aq dah start keje pada 20/5/2014(yeay..!!)...tapi sekarang aq dah berhenti dan gelaran penganggur tu melekat balik pada aq (kesian..!!)...sebab aq berhenti tak dapatlah aq nak bagi tau kat sini...heheheh, t0p secretlah...tapi aq bukan pemalas nak kerja ok..buang anggapan negatif dari fikiran korang tu...amboi-amboi, suka fikir aq macam tu kan(bagi yang tak fikir negatif pada aq, thanks..!!)

s0, t0o many st0ry m0rry aq nak cerita pada korang semua apa yang berlaku dalam hidup aq sepanjang aq kerja buat beberapa minggu nie...kalau nak tulis time sekarang nie, memang korang jenuh nak membacanya...but d0n't w0rry, be happy ok...coz aq akan cuba sedaya upaya untuk tulis apa yang aq pernah rasai, lalui dan hadapi....hahahaha, ayat dalam sungguhlah...

whatever it is, korang tunggu entry aq yang terbaru ok...macam-macam cerita aq nak tulis terutama bab pelanggan, pakaian, boss aq, jiran kedai dan suasana yang aq lalui setiap hari sepanjang aq kerja...semuanya jadi satu perkara yang agak baru bagi aq terutama dalam perniagaan...




Isnin, 24 Mac 2014

dilema oh dilema...

hey buddyz...

DILEMA MULA MENGHANTUKKANNYA PADA KEPALA OTAK AQ...
aq nie, waktu sebelum STPM dilema, semasa STPM pon dilema, dah abis STPM pon dilema lagiiii....aiyerkkk..!!berapa banyak punya dilema daaa...tapi itu yang berlaku pada aq sekarang nie...penyakit dilema yang semakin mencengkam kuat mata dan otak aq sekarang nie...tapi apa sangkut paut dilema dengan mata dan otak aq nie???

nak nangis...tapi sampai bila??? nak belajar jadi seorang manusia yang tabah
bile aq dalam dilema contohnya dalam kes macam nie, otak mesti akan fikir yang bukan-bukan dan mata mulalah tak mau nak pejam...agaknya nak kena lekat dengan seletape kot...tapi x mahulah, nanti mata tak boleh nak buka balik...hhhuuuuu,,,,,macam mane nak buka mata nanti???

terus terang aq cakap, mula masuk tingkatan 6, risau tak boleh nak follow...bile dah boleh ikut sikit, mulelah takut nak buat kerja kursus yang memang menyeksa jiwa dan raga...bile dah settle kerja kursus, risaukan exam pulak...dah abis exam, risaukan keputusan...sekarang nie, bile keputusan dah keluar, risau dengan permohonan kemasukan ke universiti ditolak....


adehhh, tak abis-abis dengan masalah aq nie...tapi manusia mana yang tak ada masalah kan???even kucing aq pon ade masalah bile tidurnya dikacau oleh aq (hahahahahaha  :p)...sambil ditemani coklat kitkat yang dihadiahkan kawan aq sempena birthday aq yang lepas, jari aq mula menari pada papan kekunci komputer nie...meluahkan segala masalah dengan pembaca sepi nie...(kalau cikgu bahasa melayu aq baca ayat macam nie, sah-sah dia dah tarik telinga aq,hehehehe)........

Sabtu, 22 Mac 2014

mendengar ceramah dengan family...

hey buddyz...

entri kali ini aq nak bercerita sikit pengalaman aq mendengar ceramah waktu aq kecil dulu...waktu aq kecil, ayah dan mak aq selalu bawak aq dan adik-adik aq pergi dengar ceramah...macam satu pesta bila pergi dengar ceramah...mule-mule sampai, mesti beli kacang rebus dan air...sambil dengar ceramah, sambil makan kacang...bila nak balik rumah, ayah akan kumpulkan kulit kacang tu dan bunag dalam tong sampah...

kadang-kadang, kita orang tak duduk dalam surau tapi duduk dalam kereta je...kalau ceramah tu diadakan di kawasan padang, kita orang akan bentang tikar...balik dari ceramah mesti ayah akan beli something macam tasbih, buku agama ataupun minyak atar(aq tak suka bau minyak atar ayah aq!!)...

tapi sekarang, dah jarang sangat ceramah yang diadakan...rasa rindu sangat nak pergi dengar ceramah macam dulu...ramai orang rajin dengar ceramah...tapi aq nie memilih sikit dalam dengar ceramah...ayah aq pon pandai pilih ustaz mana yang ceramahnya tak membosankan aq adik beradik...bila ustaz tu seorang yang kelakar, mesti aq dan adik aq khusyuk untuk mendengarnya...sebab khusyuk dengar angkara tak nak terlepas ayat kelakar dari ustaz tu...

kalau ceramah tu agak bosan, aq dan adik-beradik mesti akan tunjuk muka kebosanan dan mulalah panjang akal...lari sana sini, tidur ataupun main apa-apa saje...ustaz yang aq suka dengar ceramahnya ialah ustaz kazim elias...aq dan family aq suka cara dia berceramah...bila ada sedikit kelakar dalam ceramahnya, kita orang akan semakin dekat untuk mendengarnya...terasa dekat hati ini dengan ceramahnya...

tapi, kita orang satu family tak memilih semua ustaz berdasarkan politik...dalam agama, tak dinyatakan untuk memilih ustaz mana mengikut parti politik...semua ustaz kita orang suka...cuma, bagi aq agak payah sikit kalau nak mendengar ceramah yang t0tally serius...bosan dan tak boleh nak ikut ceramahnya...hahahha, memandai je aq nie dalam nak pilih ustaz untuk dengar ceramah...

berikut adalah ustaz yang p0pular di Malaysia(saya suka, saya suka..!!)

ustaz azhar idrus (kelakar dan seronok)

ustaz kazim elias (aq suka ustaz nie nyanyi,boleh jadi komposer dalam parodi lagu)  
ustaz don daniyal (ceramah yang simple dan senang untuk fahami)
walau apa pon, niat kena betul dan ambil segala yang dinasihati mereka sebagi pedoman ok..!!

__ari0s..!!__