Ahad, 3 November 2013

benda yang paling bernilai tapi murah..

hey buddyz...
semua orang fikir emas, berlian, beg tangan lah, lukisan lah dan yang seangkatan dengannya lah...tapi korang semua nak tahu tak, bagi aq cuma ada 3 benda yang sangat bernilai tapi harganya murah..tapi kalau harganya mahal aq tak taulah apa nak jadi lepas nie...

1) GARAM
    kalau tak ada garam, semua masakan tak akan menjadi..yelah, cuba korang masak tanpa masukkan  garam...dah tentulah tak sedap langsung..selain itu, garam kasar juga digunakan dalam memagarkan dan mengubati orang yang terkena sihir...korang mesti perasan kan kalau orang yang masuk hospital, mereka akan dimasukkan air yang tergantung pada satu tiang yang digantung berhampiran katil pesakit tu..air tu jugak mengandungi garam..so, garam sangat bernilai tapi harganya murah berbanding harga gula yang semakin naik sejak akhir2 nie...

2) RUMPUT
kalau tak ada rumput, manusia tak akan dapat hidup...mesti korang pelikkan?? sebenarnya, rumput penting untuk manusia...bayangkanlah, kalau tak ada rumput, macam mana manusia nak hidup dengan sempurna betul tak?? kita kaitkan rumput dengan lembu tenusu yang ada dekat New Zealand tu...lembu tu makan rumput dan lembu tu jugak akan diperahkan susunya dan dijadikan susu tepung..kalau kanak2 tu boleh jugak minum susu ibu atau dicarikan ibu susu tapi kalau yang dah tua takkan nak minum susu badan kot....eeuuuu...selain tu jugak, beras datang dari padi dan bukankah padi tu jugak tergolong dalam keluarga rumput jugak..gandun pun sama..so, tak ada rumput, manusia takkan hidup...macam tu jugak dengan yang lain-lain...kalau tak faham, korang boleh komen @ antar email kat aq..insya-allah aq akan balas...

3) AIR LAUT
sejak azali lagi yakni sebelum terciptanya langit dan bumi, Allah s.w.t dah tau apa yang akan jadi pada bumi nie...sekarang nie kalau korang tengok, terlalu banyak kilang dibuka....hasil pembuangan kilang tersebut akan menghasilkan sisa toksik dan akan terus ke perut bumi...dari mana datangnya hujan???bukan ke sumbernya dari air laut...air hujan yang membasahi bumi akan meneutralkan suasana...

s0, itulah benda yang paling mahal dan takkan mampu dibeli oleh mana-mana manusia...kalau benda lain macam berlian, akan mampu juga dibeli oleh manusia tapi 3 benda tersebut takkan pernah ada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan