Selasa, 26 November 2013

tak cukup kain ke??

hey buddyz...

celoteh aq kali nie adalah mengenai baju yang tak cukup kain...well, seperti yang sedia maklum, kita sekarang nie berada di zaman milenium(aq tak pasti ejaan tu)...so, cara kita makan, bercakap, adab tatatertib mestilah dijaga supaya kita tak kelihatan macam orang zaman batu...macam tu juga dalam berpakaian...hei, tolonglah kepada wanita diluar sana yang baju tak cukup kain, balut diri kau tu dengan kain yang cukup...kenapa??miskin sangat ke nak beli kain sampai baju kau tu terdedah sana sini..sukalah tu bagi lelaki yang bermata keranjang tengok kau kan..bila kena raba, naik angin tak tentu pasal..sedangkan itu memang salah kau pun...haish, pening betul aq..  @_@

why not, kalau kau tak cukup kain sangatkan, kau pergi Kamdar..hah..!! memang berbaloi..ini aq tengok, suka sangat pakai baju tak cukup kain macam orang zaman batu je...hei, pleaselah, berfikiran moden sikit ok, jangan jadi macam orang zaman batu a.k.a manusia kolot...ditambah pulak dengan perangai yang menggeletis je, berbulu mata aq tengok kau tu macam kucing gatal nak mengawan...

s0, perempuan yang pakai baju tak cukup kain tu jangan marah ok bila aq cakap korang tu perempuan kolot a.k.a manusia zaman batu yang tersesat di zaman milenium nie...

think about it carefully....

Ahad, 24 November 2013

sedih tapi perjuangan hidup harus diteruskan...

hey buddyz...

yeah..perjuangan hidup harus diteruskan walaupun rasa nak gigit-gigit je ibu jari kaki nie(makan hatilah katakan, tapi dah tak ada makanan kat dunia nie ke sampai ibu jari kaki pun nak gigit)...pening-pening...aq cakap macam tu sebab frust sebenarnya, tapi tak sampai menonggeng ok..!! tapi kalau menipu diri dan orang lain yang kita sebenarnya kuat padahal tak, macam mana pulak...bila tengok gambar dia atau teringat kat dia mesti rasa sayu je..well, nak buat apa lagi sekarang kan, just redha dan start a new life...takkan aq nak merayu kat dia supaya datang pada aq kan..??of course lah TAK...

so, apa yang aq perlu lakukan ialah tanam benih lupakan dia dalam otak aq dan juga hati ini supaya aq tak ingat apa-apa lagi pada dia..susahlah kalau asyik nak teringat je kat dia kan..halimatul, open your heart and accept that lucky guy yang tak henti-henti mengetuk pintu hati kau...hope dia boleh terima aq yang perangai tak semegah...mungkin dia boleh bahagiakan kau and kau boleh lupa that LOSER GUY..yeah,that's it..itu salah satu cara untuk kau hapuskan memori kau pasal dia..cipta memori baru dan lupakan perkara lampau yang boleh kaitkan apa sahaja pada dia...

gilakan, tiba-tiba je aq pegi stalk dia kat fb dan twitter...adehh, sengal betul aq nie...  @_@

Jumaat, 22 November 2013

10 perkara yang jangan dibuat oleh penulis blog..!!

hey buddyz...
kali ini aq nak share sikit pengetahuan aq..tapi maaf banyak-banyak sebab ada juga yang tips ni datangnya dari penulis blog yang lain..ada jugak dari aq..so, kalau blogger yang kat luar sana tu perasan ada tips yang sama macam aq..aq minta maaf ok sebab mungkin aq dah visit blog korang tu..

MAAFKAN HAMBA

ini dia 10 perkara tersebut :
  1. jangan nak hentam orang sesuka hati pada entry korang tu secara terang-terangan..kalau boleh gelarkan saja siapa dia.. contoh : miss A @ mr. annoying..ha, macam tu lah lebih kurang...
  2. tolonglah jangan guna ringkasan perkataan @ "shortform"..sebab kita tak tau sangat siapa yang baca blog kita tu..sama ada budak-budak, orang tua, ahli politik, pelajar-pelajar siswazah ataupun cikgu BM korang sendiri..jeng jeng jeng...tapi aq pun tulis jugak shortform..hhmm..
  3. kalau ada widget yang boleh bergerak tu, aq tak larang korang nak letak tapi jang terlalu banyak sebab sekarang nie ramai yang guna laptop, handphone, tab dan banyak lagilah..widget yang bergerak dan terlalu banyak akan menyebabkan laptop jadi 'hang' @ 'jam' sekejap @ lama..so, pembaca pun akan naik menyampah dengan blog korang tu..
  4. jujur..itu yang penting sebenarnya dalam entry korang..tapi tak salah jugak nak menipu sikit-sikit kan..jangan ketara sangat ok..aq pun dulu pernah jugak berada dalam situasi nak siapkan assignment aq..tajuk yang aq cari tu ada tapi isinya menipu...hhmm..tolang jangan menipu ok..tak pasal-pasal korang kena kutuk belakang-belakang...
  5. benda nie selalu jadi di facebook..bila aq tekan link yang nak tunjukkan kearah blog, mulalah muncul "SILA LIKE PAGE INI"...dah lah tu, kalau tak like, kena tunggu..ada yang sampai 1000 saat kena tunggu..jangan memaksa orang lain nak like page @ blog korang tu..yang penting ikhlas dan entry korang best..baru orang suka kan...
  6. jangan letak iklan yang boleh menggangu pembaca membaca entry korang...yang pembaca pulak kena tekan "CLOSED KLIK 2X"...ada yang boleh tekan terus hilang ada yang tak hilang sampai ke sudah...so, pembaca pun naik menyampah dengan blog korang tu..
  7. kalau boleh, tolong jangan letak alamat @ URL blog korang panjang-panjang...ini akan membuatkan orang susah nak ingat sekaligus melupakan blog korang...letaklah tajuk blog korang tu dengan nama yang simple @ lucu @ apa-apa sahaja...tapi jangan skema sangat ok...even kalau korang letak nama blog as "lompat si katak lompat"pun akan menarik perhatian pembaca...
  8. untuk lebih produktif, apa kata korang start blogwalking...kat sini korang boleh tinggalkan jejak tapi ajakan untuk ajak blogger lain mesti kena dengan caranya..jangan sekadar cakap "lawatlah blog saya ye"...korang tak boleh cakap macam tu ok..kita kena pandai main dengn psikologi blogger..kena pandai dan cekap atur strategi supaya mereka tertarik untuk ke blog korang...salah satunya adalah dengan sering memberi komen pada blog-blog lain...tapi komen tu pastikan yang baik-baik saja ok..!!
  9. tolong jangan buat satu-satu jenis entry sahaja..kalau boleh pelbagaikan supaya orang yang berkunjung ke blog anda tu tak bosan..maksudnya, kalau korang asyik tulis pasal hidup korang je, orang akan bosan...sesekali tambahkan aktiviti yang berlaku di persekitaran anda @ korang boleh letakkan gambar yang menarik sebagai ganti korang malas nak menulis...itu pun boleh jugakkan...
  10. jangan biarkan blog korang tu 'bersawang'...maksudnya, kalau boleh setiap hari @ minggu ada entry terbaru...ini menunjukkan bahawa anda rajin dan peka terhadap blog, pembaca dan pemberi komen serta pelawat blog korang....
 
akhir kata, rajin-rajinlah berblogging ya supaya dunia blog nie sentiasa bertambahh dan meriah dengan kehadiran korang semua...enj0y it

Khamis, 14 November 2013

cucur kubis goreng kebab00m...

hey buddyz...
kali ini aq nak share sikit resepi simple dan korang boleh buat sambil tutup mata..hahaha..terr0r tak??

Resepi cucur kubis goreng kebab00m
1/2 kubis bunga(kalau beli sebiji kubis bunga yang besar tu, banyak sangat)
4 sudu besar tepung gandum
secubit garam,secukup rasa
secubit kunyit(ikutlah kalau nak warna kuning macam mana)
air

cara-caranya
basuh kubis bunga tu bersih-bersih..potong kecil-kecil.
campurkan tepung gandum, garam dan air..tapi jangan cair atau pekat sangat..time aq bancuh adunan tu, aq tak sukat air..agak-agak je..
macam inilah...

setakat yang boleh disalut dengan kubis tu..

kemudian dah siap celur dalam adunan, kita gorenglah....

goreng sampai masak dan letakkan atas kertas servit supaya minyak dapat diserap..
kubis goreng nie kalau boleh makan waktu masih panas lagi..kalau dah sejuk, kubis tu dah mecam lembik..cicah dengan sos cili thai memang best..

selamat mencuba :)

l0nely in this blog w0rld... :(

hey buddyz...

aq tau aq syok sendiri tulis semua benda nie kat blog macam cakap sorang diri je..tapi aq masih waras lagi ok..!! tak ada siapa nak follow blog aq, nak komen segala yang aq coret kat blog nie...huhuhuuu.....kesiannya diri aq...tapi itu bukan bermakna aq nak promosikan diri macam perempuan2 gedik kat luar tu...kalau nak follow, follow lah...kalau tak nak sudah...it's ok lah....air mata aq pon tak keluar lagi...heheheheee...

tapi, walaubagaimanapun, kehidupan blog nie harus diteruskan walaupun tak disedari semua orang...tapi bagus jugak kan..boleh aq kutuk orang yang aq tak suka secara terang-terangan...(ada niat jahat tu...)..tak kisahlah apa korang nak cakap pasal aq, janji aq tak menyusahkan korang..itu pun dah cukup baiklah tu...yelah, biasanya orang yang tulis blogger nie, lawa dan cantik orangnya..semua orang akan bagi perhatian lebih dan penulis blogger tu semua pun pandai tarik perhatian....tak macam aq...mendap je....

well, this is it...kuat dan cekalkan hati so aq boleh teruskan tulis blog nie sampai aq rase puas...

Selasa, 12 November 2013

masih teringatkannya...

hey buddyz...

dekat kawan aq, aq beria cakap "LUPAKAN JE BUDAK TU, SAKIT NANTI KALAU INGAT BALIK,"....tapi aq sendiri, macam mana pulak??susah rupanya nak lupakan seseorang yang dah lama tinggal di dalam hati kita...senang untuk cakap tapi sukar untuk lakukannya...

aq sendiri tak faham dengan diri aq...kadang-kala ada rasa rindu, kadang2 ada rasa benci....aaarrggghhh...!!!stressnya...macam mana nie???dalam dilema betullah...aq x pernah nak luahkan apa yang aq rase pada dia...tapi aq tengok dia tu macam playboy je....guna ayat manis nak pikat perempuan...tapi bodohlah aq kalau still nak kat dia lagi...dah terang2 sampai tak payah nak bersuluh lagi dah, DIA MEMANG PLAYBOY...!!!aq keliru dengan perasaan aq sendiri...


apa nak buat nie...takkan aq nak tutup pintu hati aq sampai orang lain tak berpeluang untuk cuba mendekati aq...salah ke aq nie..tak menghiraukan orang lain yang mencuba untuk masuk dalam hati aq...sungguh,,,aq keliru dengan perasaan aq sendiri....sebenarnya, apa perasaan aq sekarang nie???

Sabtu, 9 November 2013

awes0me at Tanjung Rambutan.. :)

hey buddyz...

tadi aq dgn adik aq buat keje gila jap..hahaha...sebenarnya tak adalah gila mana pun...firstly, ingat nak pegi padang polo tapi dah pukul 6.30 ptg..mana sempat nak jalan, nak tawaf lagi dan cuci-cuci mata tengok abang hensem(adeh!!gatallah aq nie..)..lagipun padang polo tu dekat dengan kubur cina...lagilah nak risau nak pegi padang polo time nak senja macam tu..

so, kita orang pon pegilah mengusyar rumah buah hati adik aq nie(adeh!!sengal..)..rindu punya pasal lah nie...tapi lepas pegi mengusyar rumah buah hati adik aq tu, kita orang pegi tanjung rambutan jap..ingat nak pegi beli baju tapi tak jadi..waktu aq bawak moto, aq terperasan ada pokok yang berlampu...sebelum nie, aq ada jugak pegi tanjung tu, tapi tak perasan pokok-pokok yang berlampu tu..cantik sangat...s0, tangan nie mulalah gatal nak tangkap gambar and jadi model jap...hehhehee...tak salah nak perasan jap kan....

seriously cantik..!!

m0del tak jadi... hehehe...

muka tak puas hati sebab lapar...

snap kejap sebelum balik...

sebenarnya aq nak lepak kejap kat situ tapi adik aq dah bising sebab lapar...asyik makan je kerja nyew..aq nak feeling kejap pon tak boleh....dekat situ ada je medan selera tapi adik aq nie pulak gatal nak makan kat marry brown....sabo jelahhh....

kalau nak tau lebih lanjut tempat tu, korang kena pegi sendiri lah...baru best...dengar cerita je tak bestlah...

Selasa, 5 November 2013

kawan,sayang,cinta,nafsu atau psiko??

hey buddyz...
pernah tak korang dengar pasal kawan,sayang,cinta,nafsu atau psiko?? tu yang pelik sebenarnya bila lelaki dan perempuan berada dalam satu hubungan..aq tak pasti sebabnya aq x pernah alaminya...biasalah kalau bersahabat berlainan jantina...tapi kalau tak dikawal dengan tertib, salah seorang mesti akan jatuh cinta yang mengelirukan...

maksudnya disini,mula-mula tu kita akan rasa sayang lepas tu cinta..dan akhirnya kita sedar yang sebenarnya kita bukan cinta atau sayang ke arah perasaan yang indah tapi hanyalah sekadar sahabat...s0, make sure lah korang kaji dulu sebelum terima atau beri perasaan itu...

nak elakkan perasaan dari seseorang itu terkeliru dengan layanan kita, selalu lah jaga batasan semasa bergaul...jangan terlalu rapat dengan kawan yang berlainan jantina nie..automatik nanti TERBERI harapan...

ada jugak yang gunakan sahabat berlainan jantina dan alasan cinta untuk nafsu semata-mata...masya-allah..setiap apa yang kita buat haruslah berhati-hati supaya tak sakit dan menyesal di kemudian hari...n0 n0 n0..!!

bila dah mula terlalu cinta dan sayang, sukar pula dilupakan...perkara nie selalu jadi bila orang yang ditinggalkan akan bertindak secara psiko...lebih kurang macam tulah..orang yang ditinggalkan (OYD) akan sentiasa menagih kembali cinta dan sayang dari orang yang meninggalkannya(OYM)...contohnya, OYD akan stalk fb OYM , tgk blog OYM, kacau kehidupan peribadi OYM...perkara2 tersebut akan membuatkan OYM terasa rimas dan akhirnya wujud situasi yang tegang seperti cepat marah, murung dan yang berkaitan dengan emosi...

dah macam kaunselor plak...hehehehe...itu cume pendapat aq je..kalau salah,,,bagi taulah ye...aq terima je..  :)

Ahad, 3 November 2013

benda yang paling bernilai tapi murah..

hey buddyz...
semua orang fikir emas, berlian, beg tangan lah, lukisan lah dan yang seangkatan dengannya lah...tapi korang semua nak tahu tak, bagi aq cuma ada 3 benda yang sangat bernilai tapi harganya murah..tapi kalau harganya mahal aq tak taulah apa nak jadi lepas nie...

1) GARAM
    kalau tak ada garam, semua masakan tak akan menjadi..yelah, cuba korang masak tanpa masukkan  garam...dah tentulah tak sedap langsung..selain itu, garam kasar juga digunakan dalam memagarkan dan mengubati orang yang terkena sihir...korang mesti perasan kan kalau orang yang masuk hospital, mereka akan dimasukkan air yang tergantung pada satu tiang yang digantung berhampiran katil pesakit tu..air tu jugak mengandungi garam..so, garam sangat bernilai tapi harganya murah berbanding harga gula yang semakin naik sejak akhir2 nie...

2) RUMPUT
kalau tak ada rumput, manusia tak akan dapat hidup...mesti korang pelikkan?? sebenarnya, rumput penting untuk manusia...bayangkanlah, kalau tak ada rumput, macam mana manusia nak hidup dengan sempurna betul tak?? kita kaitkan rumput dengan lembu tenusu yang ada dekat New Zealand tu...lembu tu makan rumput dan lembu tu jugak akan diperahkan susunya dan dijadikan susu tepung..kalau kanak2 tu boleh jugak minum susu ibu atau dicarikan ibu susu tapi kalau yang dah tua takkan nak minum susu badan kot....eeuuuu...selain tu jugak, beras datang dari padi dan bukankah padi tu jugak tergolong dalam keluarga rumput jugak..gandun pun sama..so, tak ada rumput, manusia takkan hidup...macam tu jugak dengan yang lain-lain...kalau tak faham, korang boleh komen @ antar email kat aq..insya-allah aq akan balas...

3) AIR LAUT
sejak azali lagi yakni sebelum terciptanya langit dan bumi, Allah s.w.t dah tau apa yang akan jadi pada bumi nie...sekarang nie kalau korang tengok, terlalu banyak kilang dibuka....hasil pembuangan kilang tersebut akan menghasilkan sisa toksik dan akan terus ke perut bumi...dari mana datangnya hujan???bukan ke sumbernya dari air laut...air hujan yang membasahi bumi akan meneutralkan suasana...

s0, itulah benda yang paling mahal dan takkan mampu dibeli oleh mana-mana manusia...kalau benda lain macam berlian, akan mampu juga dibeli oleh manusia tapi 3 benda tersebut takkan pernah ada...