Saat engkau pergi
Dan tinggalkan cintaku
Terbiar hatiku hanyut tak terpujuk
Semua terjadi atas kemahuanmu
Memadam hatiku dan hadiahkanku sepi
By misha omar – tanpa relaku
Assalamualaikum dan hai semua pembaca blog sepi kita.
Seperti yang semua sedia maklum, bila kita menyayangi
seseorang kita mesti rasa nak selalu ada dengan dia. Walaupun jarak jauh dan
ditambah pula sekarang PKPB hampir diseluruh negeri, mesti nak rasa sentiasa
ada dengan pasangan kan? Dengan adanya telefon bimbit dan internet, itu bukan
alasan untuk korang tak berhubung di antara satu sama lain kan.
Pelbagai aplikasi boleh digunakan untuk berhubung dengan
pasangan selain panggilan secara terus. Aplikasi Whatsapp, Telegram, Instagram,
Facebook dan banyak lagi yang boleh korang download di playstore atau apple app
store.
Tapi, jika berlaku perselisihan faham cepat-cepatlah
selesaikan. Jangan biarkan pasangan korang rasa sendirian. Memang perit nak selesaikan
tapi bila korang dah bercakap to each other dan saling meluahkan, rasa beban
dalam fikiran akan berkurang. Tambah pula bila pasangan korang tu perempuan.
Aduh, memang parah tau. Gaduh, kecewa, sedih dan yang paling sakit bila si dia overthinking
berpusing seluruh alam semesta amatlah bahaya pada korang. Ada yang susah nak
minta maaf. Dan ada pula yang mudah meminta maaf. Tapi meminta maaf bukan
sekadar maaf saja tau. Maaf tak akan boleh menyelesaikan isu yang dihadapi. We have
to face it dan fix it immediately.
Perempuan sangat suka dipujuk. Even ayat pujuk tu tahun
lepas punya, dia still akan cair jugak dengan pujukan korang. Perempuan suka
hatinya dibelai dengan pujukan. Tapi awas ya, jangan over the limit tau. Yang dah
berkahwin, boleh malah diwajibkan over the limit pujuk isteri. Alasan jarak
jauh susah nak pujuk sangat tak munasabah. Macam yang aku bagi tau tadi,
gunakan aplikasi tersebut untuk pujuk pasangan. Korang boleh menyanyi(walaupun
sumbang), karang ayat2 puisi(cilok dari internet) atau kalau korang dah buntu
tak tau nak pujuk macam mana, upah saja surprise planner. Tapi kena keluarkan
duitlah ye. Tak apa, pelaburan itu penting untuk pertahankan hubungan korang.
Kalau sibuk atau tak ada masa untuk berhubung macam mana? Korang
boleh terangkan pada pasangan korang mengenai situasi yang berlaku. Jika korang
penat atau sibuk, just give a simple text. Si dia akan memahami keadaan korang.
Bonus kalau si dia turut mendoakan kesejahteraan korang. Doa itukan senjata
orang mukmin.
Kita harap sangat korang dapat menjaga hati dan perasaan
pasangan korang dengan baik. Ajak
pasangan untuk selesaikan apa-apa isu yang melanda hubungan korang. Jadilah pasangan
yang saling bertolak ansur dan memahami. Paling penting jangan biarkan si dia
keseorangan tanpa kehadiran korang disisi. Kelak, hatinya akan lebih terluka
dan kecewa. Fikirkan kembali kenangan manis korang dan siapa yang boleh terima
perangai sewel korang dalam tempoh masing-masing menyulam kasih dan sayang. Pasangan
yang sempurna tak pernah wujud. Yang sempurna itu adalah bila saling
melengkapi.
And for someone I love, terima kasih kerana sentiasa ada
dengan saya. Walaupun saya banyak ragamnya, awak masih disisi saya. Walau jauh
memisahkan kita, awak masih berhubung dengan saya with the little one everyday.
Terima kasih untuk setiap detik yang awak luangkan. Bagi saya, setiap saat
perhatian yang awak berikan amatlah bermakna bagi saya. Saya doakan PKPB habis
cepat-cepat dan kita boleh bersua kembali. Beginilah bila LDR plus larangan
rentas daerah/negeri. So sad >_<
For all of you, kita doakan agar perhubungan korang kekal
hingga ke alam rumahtangga sampai ke akhirat. InsyaAllah, sama-samalah kita
doakan. See u in the next entry okay.
Bye semua ! ^_^
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam