Khamis, 12 November 2020

Perhatian dan Pujuk Jarak Jauh

 Saat engkau pergi

Dan tinggalkan cintaku

Terbiar hatiku hanyut tak terpujuk

Semua terjadi atas kemahuanmu

Memadam hatiku dan hadiahkanku sepi

By misha omar – tanpa relaku

    Assalamualaikum dan hai semua pembaca blog sepi kita.

    Seperti yang semua sedia maklum, bila kita menyayangi seseorang kita mesti rasa nak selalu ada dengan dia. Walaupun jarak jauh dan ditambah pula sekarang PKPB hampir diseluruh negeri, mesti nak rasa sentiasa ada dengan pasangan kan? Dengan adanya telefon bimbit dan internet, itu bukan alasan untuk korang tak berhubung di antara satu sama lain kan.

    Pelbagai aplikasi boleh digunakan untuk berhubung dengan pasangan selain panggilan secara terus. Aplikasi Whatsapp, Telegram, Instagram, Facebook dan banyak lagi yang boleh korang download di playstore atau apple app store.

    Tapi, jika berlaku perselisihan faham cepat-cepatlah selesaikan. Jangan biarkan pasangan korang rasa sendirian. Memang perit nak selesaikan tapi bila korang dah bercakap to each other dan saling meluahkan, rasa beban dalam fikiran akan berkurang. Tambah pula bila pasangan korang tu perempuan. Aduh, memang parah tau. Gaduh, kecewa, sedih dan yang paling sakit bila si dia overthinking berpusing seluruh alam semesta amatlah bahaya pada korang. Ada yang susah nak minta maaf. Dan ada pula yang mudah meminta maaf. Tapi meminta maaf bukan sekadar maaf saja tau. Maaf tak akan boleh menyelesaikan isu yang dihadapi. We have to face it dan fix it immediately.

    Perempuan sangat suka dipujuk. Even ayat pujuk tu tahun lepas punya, dia still akan cair jugak dengan pujukan korang. Perempuan suka hatinya dibelai dengan pujukan. Tapi awas ya, jangan over the limit tau. Yang dah berkahwin, boleh malah diwajibkan over the limit pujuk isteri. Alasan jarak jauh susah nak pujuk sangat tak munasabah. Macam yang aku bagi tau tadi, gunakan aplikasi tersebut untuk pujuk pasangan. Korang boleh menyanyi(walaupun sumbang), karang ayat2 puisi(cilok dari internet) atau kalau korang dah buntu tak tau nak pujuk macam mana, upah saja surprise planner. Tapi kena keluarkan duitlah ye. Tak apa, pelaburan itu penting untuk pertahankan hubungan korang.

    Kalau sibuk atau tak ada masa untuk berhubung macam mana? Korang boleh terangkan pada pasangan korang mengenai situasi yang berlaku. Jika korang penat atau sibuk, just give a simple text. Si dia akan memahami keadaan korang. Bonus kalau si dia turut mendoakan kesejahteraan korang. Doa itukan senjata orang mukmin.

    Kita harap sangat korang dapat menjaga hati dan perasaan pasangan korang  dengan baik. Ajak pasangan untuk selesaikan apa-apa isu yang melanda hubungan korang. Jadilah pasangan yang saling bertolak ansur dan memahami. Paling penting jangan biarkan si dia keseorangan tanpa kehadiran korang disisi. Kelak, hatinya akan lebih terluka dan kecewa. Fikirkan kembali kenangan manis korang dan siapa yang boleh terima perangai sewel korang dalam tempoh masing-masing menyulam kasih dan sayang. Pasangan yang sempurna tak pernah wujud. Yang sempurna itu adalah bila saling melengkapi.

    And for someone I love, terima kasih kerana sentiasa ada dengan saya. Walaupun saya banyak ragamnya, awak masih disisi saya. Walau jauh memisahkan kita, awak masih berhubung dengan saya with the little one everyday. Terima kasih untuk setiap detik yang awak luangkan. Bagi saya, setiap saat perhatian yang awak berikan amatlah bermakna bagi saya. Saya doakan PKPB habis cepat-cepat dan kita boleh bersua kembali. Beginilah bila LDR plus larangan rentas daerah/negeri.  So sad >_<

 

For all of you, kita doakan agar perhubungan korang kekal hingga ke alam rumahtangga sampai ke akhirat. InsyaAllah, sama-samalah kita doakan. See u in the next entry okay.

 

Bye semua ! ^_^