Selasa, 15 Oktober 2019

kehidupan terkini


Assalamualaikum and hai readers out there.

Makin jarang aku masuukan entry terbaru dalam blog ini kan? Entah ada atau tidak mereka yang masih sudi baca lagi penulisan aku di ruangan sepi ini.. ecewahh  ^_^

Jika ditanya perkembangan terbaru aku, life aku masih lagi macam biasa. Tiada perubahan besar sangat pun. Cuma melayan kerenah little Paan yang semakin aktif dari hari ke hari. Penat penat buat kerja rumah, penat lagi melayan kerenah paan. Tapi tulah. Time dia tido je aku rasa aman. Oh ya dan lagi satu time dia layan kartun  selama sejam. Semakin bijak dan panjang akal. Dah ada beberapa patah perkataan yang dia sudah mula sebut. Tapi pelat dia pun comel. Bila aku saja buat tak paham, dia naik kan suara bagi paham.

Kalau dengar je bunyi enjin kereta start, dia dulu nak masuk dalam keta. Tak kisah lah tak cukup tido / panas / tak sihat atau apa saja situasi, dia tetap nak naik kereta untuk berjalan. Alhamdulillah dikurniakan little paan yang tak banyak ragam. Cuma nakalnya boleh bergegor sabar ni. Hahahha..

Mengenai kerjaya? Aku sekarang masih dalam proses belajar lagi. Dan setakat ini, hasil kerja tanganku dan usaha makin menampakkan hasil. Syukur sangat. Dan aku berterima kasih pada semua yang sokong usaha aku termasuklah seseorang yang aku lihat setiap hari. Sabar melayan ragam aku. Hahahahaa…thanks again sayang. Moga Allah sentiasa kurniakan kita rasa kasih sayang yang subur setiap masa. Itu yang selalu kita doakan bersama kan? I know, he’s reading this entry laa. Asyik sibuk duk tanya bila nak masuk entry baru dalam blog. Padahal setiap hari tau je rutin kita macam mana. Nak settle kan kerja rumah, dengan ragam paan, dengan kerja dan macam2 lagi laa..

So, that’s all for right now.  Aku sebenarnya nak cerita pasal tempat2 yang aku dah pun pergi bercuti. Tapi gambar tak cun. Plus macam2 hal. Hmm, entahlah. Nanti cheq masuk lagi entry okey. Tapi tak janji bila. Hahahaaa..

Bye, sayonara ^__^

Selasa, 8 Januari 2019

2018 N Little Paan :)


Assalamualaikum dan hai semua pembaca blog sepi halimatul azmi.

It’s been another year for me after 2018.
A new year have been coming. Alhamdulillah and hip hip horeyyy.

Tahun 2018 tahun dimana sangatlah mendap bagi aku. Well, tak ada apa sangat benda yang happening yang berlaku pada aku. Melainkan si comel Little Farhan yang menceriakan hari-hari aku dengan segala keletah dia yang comel. Plus dia jeles dengan rambut aku. Farhan memang budak yang pandai ambik hati. Sesiapa pun akan jatuh sayang dengan dia.

Dia suka sangat main chak chak dengan orang sekeliling. Never serious at all. Bila ada orang tengah sedih, dia akan main chak chak sambil sengih menunjukkan gigi yang dah mula banyak tumbuh. Pandai gosok gigi. Ada sekali tu, walidnya tak nak main dengan dia. Dia protes dan gigit kaki walidnya. Rasa nak gelak je. Tulah, sape suruh tak layan little paan main. Kan dah dapat ‘hadiah’.

Kami semua sayangkan sangat dengan paan. Ibu dengan ayah bertambah tambah sayangkan dia. Siap package nak pegi mana-mana, diheretnya sekali budak bertuah tu. Macam tulah bila ada cucu. Segala benda nak beli untuk cucu kesayangan. Makcik saudara pun macam tu. Siap dapat pangkat dapat opah bear. Hehe. Comel kan. Bila opah bear dengan anak cousin iaitu lisha melayan dia, makin seronok dia. Sampai lupa masa untuk tido dan minum susu.
Bila dengan aku, jangan haraplah. Everything kena disiplin. Tapi tulah, aku selalu kalah dengan senyuman dia dan gigi putih bersih tu. How adorable he is. Makan tak memilih. Cuma dia alergik dengan telur rebus dan tak akan makan sayur. Kena ajar budak paan nie suka makan sayur.

Time pergi kerja, dia akan tunggu depan pintu sampai aku pergi. Bila ayah dengan adik lelaki aku balik, makin riuh rumah dibuatnya. Semua suka melayan dia. Bawak pegi jalan mana-mana pun dia x kisah asalkan berjalan. Cuma dia pantang nampak air. Suka berendam dan main air. Pintu bilik air kena tutup selalu, kalau tak memang dia buat projek laa dalam bilik air.

For me, little paan sangat menceriakan hari-hari aku. Tolak protes dia tu je laa. Yang lain, Alhamdulillah okey.

So I hope, little paan akan membesar menjadi umat yang terbaik dari segi agama, bangsa dan juga keluarga.

p/s : maybe after this liitle paan akan dapat adik? Who knows right? Doakan ye J


sekian tu saja.

Byee…