sebagai seorang wanita terutama wanita muslimah harus bersyukur dengan nimkat yang diberi oleh allah s.w.t.wanita nie memang satu makhluk yang sangat unik dan menarik??kenapa menarik??korang tinjau pandangan aq pasal wanita dibawah nie...
- adanya undang-undang untuk melindungi wanita dan diiktiraf oleh antarabangsa dan juga dalam agama islam...
- hari wanita disambut di seluruh dunia...
- walau sekuat mana pun seorang anak lelaki itu, dia tetap harus mendengar kata ibunya(dah tentulah seorang wanita)...syurga seorang anak itu terletak di bawah telapak kaki ibunya...
- Nabi Muhammad S.A.W juga turut berpesan pada anak-anak sekalian untuk patuh 3 kali ganda pada ibu berbanding bapa...selanjutnya klik di sini
- setiap lelaki yang bergelar pemimpin, tidak kira perdana menteri, pegawai atau suami, mereka masih memerlukan isteri...isteri bertindak sebagai penyuntik semangat dan peneman mereka dikala susah dan senang...contoh : Nabi Muhammad S.A.W & Saidatina Khadijah, Nabi Sulaiman & Ratu Balqis dan beberapa pasangan lagi...
- adanya lagu-lagu yang dituju khas untuk wanita...contoh lagu, mimpi syakila, farhana, fatimah, sofea jane dan macam-macam lagilah lagu untuk wanita...lelaki ade ke lagu khas??
- walaupun orang kata wanita nie lemah, hakiktnya mereka sangat kuat...wanita mampu nutuk melahirkan zuriat ke dunia dengan mempertaruhkan nyawa mereka...lelaki yang cakap sanggup ambil tempat untuk gantikan tempat isterinya melahirkan anak, itu menipu namenya...sebab lelaki berani cakap macam tu, sebab sampai kiamat pun lelaki tak akan boleh melahirkan...
- kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. selanjutnya klik di sini
- Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.selanjutnya klik di sini
- wanita sukar untuk berterus terang mengenai perasaannya...
- sekarang, ramai wanita yang mampu untuk bekerja dalam pekerjaan yanag dahulunya dimonopoli oleh lelaki...
- lebih ramai siswi berbanding siswa di pusat pengajian tinggi...
- kebanyakan rancangan tv, majalah dan info adalah berkisarkan mengenai wanita...contoh, majalah wanita, wnita hari ini, dilema wanita dan apa kata wanita...
- wanita boleh simpan rambut sepanjang mana yang mereka mahukan...
- wanita banyak fesyen baju, aksesori dan kasut...boleh pakai tapi jangan berlebihan...
- hebat macam mana pun chef lelaki, dia mesti nak juga makan dari air tangan ibunya @ isterinya...
best tak jadi seorang wanita?? berbanggalah anda jika anda adalah seorang wanita...jangan berburuk sangka dengan allah s.w.t ok...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan