Rabu, 29 Januari 2014

bile semua bising pasal "bile nak nikah??"...

hey buddyz...
gambar sekadar hiasan
tentu ade yang bising pasal nikah kalau anda masih lagi belum nikah kan???semua sibuk nak bertanya "bile nak berumah tangga??"...kalau yang lelaki mungkin tak kisah sangat pasal tu tapi kalau yang perempuan, lagi kecoh dibuatnya...lelaki nikah lambat tak pe, tapi kalau perempuan, sibuk nak ambil tahu...terutama jika perempuan tu dah mula masuk umar 24 tahun dan ke atas...

yang orang asyik bertanya tu, tak tahu ke yang nak cari pasangan hidup nie susah...bukan macam tangkap ikan kat laut...silap hari bulan tertangkap suami orang...haishh, kan ke naya je tu...patutnya, janganlah asyik bertanya tapi mendoakan...dari bertanya "bile nak nikah??" kepada "harap kamu dapat pasangan hidup yang baik dan cepat berumah tangga"...sekurang-kurangnya tak adalah sakit hati orang yang ditanya tu...doa kan lebih baik...

memang sekarang nie, semua orang sibuk bertanya pasal nikah...macam-macam nak ditanya...contohnya, "bile nak nikah?" @ "bile lagi nak merasa alam rumah tangga?" @ "tak ada calon lagi ke?"....soalan macam tu memang menyakitkan hati bile perempuan tu dah sampai bergelar andartu...gelaran andartu memang menjadi igauan ngeri pada setiap perempuan yang umurnya 35 tahun dan ke atas yang masih belum nikah...

contoh paling terdekat dalam family aq ialah mak su aq...umur dah masuk 30an tapi masih belum berumah tangga...walaupun mak su aq tu bukan bergaji besar, tapi dia senang dengan kerja yang dia buat sekarang...mak su aq tu comel orangnya, tapi masih belum yang berpunya...bile ada kenduri  yang dibuat saudara mara, dia tak datang...bukan tak nak datang, sebelum nie pon dia ada datang cume mak su aq tu terasa rimas dengan soalan "bile nak nikah??"...itu yang dia rimas...

kepada yang diluar sana yang masih belum bernikah, lebih baiklah anda ubah taktik dari mengelak menjawab soalan atau cuba ubah topik lain...taktik tu dah lapuk dan tak boleh digunakan lagi...kalau menipu boleh menyelamatkan diri, why not kan???

Sabtu, 25 Januari 2014

syarat kemasukan ke ipta (kombinasi subjek yang sesuai untuk jurusan yang dimohon)

hey buddyz...

memang dalam dilema betul masa sekarang nie, baik pelajar spm @ stpm...masing-masing pening dan tak tau nak ambil jurusan ape di universiti...aq pon takut + cuak sebenarnya...aq tak nak silap pilah jurusan dan menyesal akhirnya...kalau ikut trend sekarang, memang akan ade yang ikut kawan dalam pemilihan jurusan nie...ingat ye, bukan minat yang akan menentukan kita dapat jurusan yang kita mohon, tapi pihak UPU yang buat keputusan...kita hanya mohon sahaja...jurusan tak kenal minat tapi hanya kenal keputusan...

bagi pelajar stpm khususnya(aq pon pelajar stpm jugak), kat sini aku ade sediakan beberapa link untuk korang semak kombinasi subjek yang korang ambil sesuai atau tidak dengan subjek stpm yang korang ambil tu...nak semak yang betul di UPU kena tunggu keputusan dulu, baru tahu...ini cuma gambaran secara kasar untuk korang dulu ok...





Isnin, 20 Januari 2014

fakta mengenai wanita...

hey buddyz...
sebagai seorang wanita terutama wanita muslimah harus bersyukur dengan nimkat yang diberi oleh allah s.w.t.wanita nie memang satu makhluk yang sangat unik dan menarik??kenapa menarik??korang tinjau pandangan aq pasal wanita dibawah nie...


  1. adanya undang-undang untuk melindungi wanita dan diiktiraf oleh antarabangsa dan juga dalam agama islam...
  2. hari wanita disambut di seluruh dunia...
  3. walau sekuat mana pun seorang anak lelaki itu, dia tetap harus mendengar kata ibunya(dah tentulah seorang wanita)...syurga seorang anak itu terletak di bawah telapak kaki ibunya...
  4. Nabi Muhammad S.A.W juga turut berpesan pada anak-anak sekalian untuk patuh 3 kali ganda pada ibu berbanding bapa...selanjutnya klik di sini
  5. setiap lelaki yang bergelar pemimpin, tidak kira perdana menteri, pegawai atau suami, mereka masih memerlukan isteri...isteri bertindak sebagai penyuntik semangat dan peneman mereka dikala susah dan senang...contoh : Nabi Muhammad S.A.W & Saidatina Khadijah, Nabi Sulaiman & Ratu Balqis dan beberapa pasangan lagi...
  6. adanya lagu-lagu yang dituju khas untuk wanita...contoh lagu, mimpi syakila, farhana, fatimah, sofea jane dan macam-macam lagilah lagu untuk wanita...lelaki ade ke lagu khas??
  7. walaupun orang kata wanita nie lemah, hakiktnya mereka sangat kuat...wanita mampu nutuk melahirkan zuriat ke dunia dengan mempertaruhkan nyawa mereka...lelaki yang cakap sanggup ambil tempat  untuk gantikan tempat isterinya melahirkan anak, itu menipu namenya...sebab lelaki berani cakap macam tu, sebab sampai kiamat pun lelaki tak akan boleh melahirkan...
  8. kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. selanjutnya klik di sini
  9. Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.selanjutnya klik di sini
  10. wanita sukar untuk berterus terang mengenai perasaannya...
  11. sekarang, ramai wanita yang mampu untuk bekerja dalam pekerjaan yanag dahulunya dimonopoli oleh lelaki...
  12. lebih ramai siswi berbanding siswa di pusat pengajian tinggi...
  13. kebanyakan rancangan tv, majalah dan info adalah berkisarkan mengenai wanita...contoh, majalah wanita, wnita hari ini, dilema wanita dan apa kata wanita...
  14. wanita boleh simpan rambut sepanjang mana yang mereka mahukan...
  15.  wanita banyak fesyen baju, aksesori dan kasut...boleh pakai tapi jangan berlebihan...
  16. hebat macam mana pun chef lelaki, dia mesti nak juga makan dari air tangan ibunya @ isterinya... 
best tak jadi seorang wanita?? berbanggalah anda jika anda adalah seorang wanita...jangan berburuk sangka dengan allah s.w.t  ok...

Jumaat, 17 Januari 2014

sakit hati dengan sikap lelaki..!! x_x

hey buddyz...

eeii..!!sakit hati betul aq bila bercakap pasal lelaki nie...ego, baran, hati batu, pendendam dan kaki pukul semua ada pada lelaki...tapi mungkin salah satu daripada yang aq senaraikan tadi tu tak ada tapi yang paling menyakitkan hati ialah ego lelaki...memang rase nak bagi penyepak je tau tak...

kenapalah lelaki nie sikapnya macam tu??aq memang tak puas hati dan benci giler dengan semua sikap tu...meruap rasa menyampah dan benci pada lelaki...kalau boleh hidup sorang kan bagus..tak payah berlaki pun tak pe kan...dari kena makan hati, makan penampar dan penyepak dari lelaki, lebih bagus kalau boleh duduk seorang...kalau dah kahwin tu, dari asyik kena jerkahan suami, lebih baik mintak cerai je...

memanglah allah s.w.t tu benci pada penceraian tapi kalau itu boleh elakkan kita sebagai wanita dari ditindas dan dilayan dengan kejam...aq pasti wanita akan hidup tenang tanpa suami yang perangai macam setan tu...duduk dengan anak-anak dan perjuangkan hak nafkah anak-anak...biar naik turun mahkamah janji kita dapat apa yang sepatutnya anak kita dapat...

suami nie hanya tahu nak kita layan batin dia je...kalau tak dilayan nanti, mulalah paksa dengan kejam...itu tahu nak pulak..tapi layan isteri dengan baik tak jugak...aq bukan nak menghasut tapi inilah realiti hidup di dunia nie...wahai wanita di luar sana, lebih baik anda respect dan protect diri anda dari lelaki yang tak boleh pakai macam nie...