Jumaat, 5 Mac 2021

Jodoh Pilihan vs Jodoh Sendiri

 Assalamualaikum dan hai kepada pembaca blog sepi aku.

Entry kali ini mesti korang suka. Well, mungkin ada yang setuju dan ada jugak yang tak setuju. Masing-masing ada pendapat kan. Apa yang aku akan aku bagitahu ni adalah berdasarkan luahan dari orang-orang yang aku kenal rapat.

Aku nak post entry berkisarkan mengenai jodoh. Yep, korang tak salah baca. Mengenai jodoh ada dapat yang baik, ada yang dapat so so dan ada jugak yang dapat tak baik. Sikap seseorang tu kita takkan boleh ubah melainkan kita ubah diri sendri. Susah tapi itulah kenyataannya.

Jodoh.. adakah ianya datang dari pilihan sendiri atau pilihan orang tua. Tepuk dada tanya hati.

Ada yang kata jodoh pilihan sendiri tu yang baik. Tapi belum tentu. Sebab walau kita kenal dia bertahun-tahun pun, belum tentu kita akan tau ‘true colors of him/her’. Kita akan tau selepas kita nikah dengan pasangan kita. Kita akan tau yang sebenarnya dia tu tak reti mengemas, tak reti lipat kain, bilik pun tak berkemas dan lain-lain. Ada jugak yang sembang kencang pungpang itu ini, tapi langsung tak ada apa. Kahwin bukan satu kayu magik yang akan merubah diri seseorang. Tapi berubah sebab kita nak kehidupan yang baik. Kalau kita tunjuk contoh yang baik, pasangan kita pun akan ikut jadi yang terbaik.

Melalui pengalaman aku bersama seorang kakak yang pernah bekerja dengan aku, dia menceritakan segala kisahnya yang dulu. Dia berkahwin dengan bekas suaminya atas dasar suka sama suka. Direstui kedua belah keluarga dan terasa indah perkahwinannya.  Tapi langit yang cerah tak akan selamanya cerah. Tiba-tiba hujan ditengahari. Perkahwinan yang dibina tak sampai sepuluh tahun. Lengkap dengan pakej di dera. Dia di dera mental dan fizikal termasuklah anak-anaknya yang masih kecil. Kejam kan lelaki macam tu. Rasa takut nak kawin masa dengar kes tu.

Ada juga yang hidup bahagia dengan pilhan sendiri sampai habis nyawa. Saling bertolak ansur, saling maaf memaafkan dan menghormati pasangan sebaiknya. Sweet kan dapat pasangan yang saling bantu membantu. Jalan berpegangan tangan walau kulit dah kedut beribu. Sama-sama belajar untuk perbaiki diri masing-masing dan demi rumahhtangga yang tercinta. Indah sangat. Isteri yang solehah hasil dari didikan suami yang cemerlang. Suami yang cemerlang hasil dari didikan ibunya yang terbaik.

Alhamdulillahh, sekarang tak ada dah rasa takut tu. Dah berlalu pun. Kalau sekarang aku cakap takut nak kawin, macam tak logik pulak. Hahahah :p .. Silap haribulan, aku kena kurung dalam bilik. Oh noo tak nakkk..!!

Bagaimanapula dengan jodoh pilihan keluarga. Mungkin pada zaman dulu, jodoh pilihan keluarga ni pilihan yang tepat. Tapi pada masa kini, ada yang tepat dan ada yang sebaliknya. Orang kata pilihan orang tua tak pernah salah. Bagi aku, manusia tak akan lari dari buat silap walau sekecil hama. Tak semua pilihan keluarga dimasa kini tu silap. Ada yang pilihannya lebih baik dari orang yang kita kenal sebelum ni. Tapi risiko tetap ada. Kalau dah rasa tak sehaluan, macam mana? Jika perpisahan itu jalan yang terbaik, maka berpisahlah secara baik tanpa memburukkan mana-mana pihak. Ada juga yang hidup bahagia atas pilihan keluarga. Mungkin juga disebabkan doa dan restu kedua-dua belah pihak keluarga.

Ikut pada pengalaman aku, ada 2 kisah dimana kisah yang bahagia dan kisah yang sedang dalam konflik. Kisah yang bahagia ni, ada sorang kakak dimana dia berkahwin atas pilihan keluarga. Pada mulanya dia taknak. Masa tu pula dia baru je lepas patah hati dengan bekas boyfriend dia. Malas nak fikir panjang dan nak lupakan bekas kekasih, dia terima lamaran tu. Dia tak pernah tengok pun gambar bakal suaminya apatah lagi jumpa sepanjang tempoh mereka bertunang. Masing-masing settlekan majlis sendiri. Semua melalui family dan email. Well, masa tu mana ada lagi wasap. Tup tup masa akad nikah, perghh handsome betul suami dia. Kerja pun bagus. Sikap dan tingkah laku pun amatlah cemerlang even dia bukanlah seorang yang alim. Dan sekarang anak pun dah lima. Kata kakak tu, dalam perkahwinan kita kena saling tolak ansur.

Kisah yang konflik pula, sorang lagi kakak yang pernah kerja dengan aku, dia sedang mengalami masalah dengan suami dia. Pada mulanya dia ada boyfriend tapi disebabkan boyfriend dia tu panas baran dan pernah lempang kakak tu, mak kepada kakak tersebut suruh putuskan saja hubungan mereka. Kakak tu puas merayu pada maknya. Tapi maknya tak layan. Well, belum kawin dah pandai naik tangan. Kalau dah lepas kawin macam mana pula kan? Next, maknya nak jodohkan kakak tu dengan anak kawannnya. Kakak tu tak nak. Macam-macam cara dia buat, tapi tak berhasil. Dia terima tapi dia nak jumpa dulu bakal suaminya. Bila jumpa,, dia cakap kata nak kawan dulu. Bakal suaminya pun okay saja. Minggu depannya keluarga bakal suami datang merisik dan bulan depan terus ikat tali pertunangan. Kakak tu terkedu. Patutnya dia menolak. Tapi entah kenapa dia diam membisu. Akhirnya mereka berkahwin. Hampir 3 tahun mereka mendirikan rumahtangga. Hampir setiap minggu ada je isu yang nak dibuat gaduh. Suaminya susah untuk bertolak ansur. Semua kena turut katanya. Kakak tu mula rasa serabut dan stress. Kerja tak boleh nak fokus dan muka bila nak balik monyok je.

Begitulah ragamnnya. Pilihan keluarga atau pilihan sendiri, kalau bahagia Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, bertindaklah dengan sewajarnya. Selagi boleh bertahan, pertahankan rumahtangga yang dibina. Perkahwinan itu suci dan tolong jangan cemarkannya. Mohon doa dan restu kedua ibu bapa. Tanpa ibu bapa siapalah kita diatas muka bumi ini. Jangan ikut hati dan perasaan. Fikir perasaan ibu bapa yang bersusah payah membesarkan kita.

Sekian untuk entry kali ini.

See u guys in the next entry.

Sayonara ^_^

Khamis, 12 November 2020

Perhatian dan Pujuk Jarak Jauh

 Saat engkau pergi

Dan tinggalkan cintaku

Terbiar hatiku hanyut tak terpujuk

Semua terjadi atas kemahuanmu

Memadam hatiku dan hadiahkanku sepi

By misha omar – tanpa relaku

    Assalamualaikum dan hai semua pembaca blog sepi kita.

    Seperti yang semua sedia maklum, bila kita menyayangi seseorang kita mesti rasa nak selalu ada dengan dia. Walaupun jarak jauh dan ditambah pula sekarang PKPB hampir diseluruh negeri, mesti nak rasa sentiasa ada dengan pasangan kan? Dengan adanya telefon bimbit dan internet, itu bukan alasan untuk korang tak berhubung di antara satu sama lain kan.

    Pelbagai aplikasi boleh digunakan untuk berhubung dengan pasangan selain panggilan secara terus. Aplikasi Whatsapp, Telegram, Instagram, Facebook dan banyak lagi yang boleh korang download di playstore atau apple app store.

    Tapi, jika berlaku perselisihan faham cepat-cepatlah selesaikan. Jangan biarkan pasangan korang rasa sendirian. Memang perit nak selesaikan tapi bila korang dah bercakap to each other dan saling meluahkan, rasa beban dalam fikiran akan berkurang. Tambah pula bila pasangan korang tu perempuan. Aduh, memang parah tau. Gaduh, kecewa, sedih dan yang paling sakit bila si dia overthinking berpusing seluruh alam semesta amatlah bahaya pada korang. Ada yang susah nak minta maaf. Dan ada pula yang mudah meminta maaf. Tapi meminta maaf bukan sekadar maaf saja tau. Maaf tak akan boleh menyelesaikan isu yang dihadapi. We have to face it dan fix it immediately.

    Perempuan sangat suka dipujuk. Even ayat pujuk tu tahun lepas punya, dia still akan cair jugak dengan pujukan korang. Perempuan suka hatinya dibelai dengan pujukan. Tapi awas ya, jangan over the limit tau. Yang dah berkahwin, boleh malah diwajibkan over the limit pujuk isteri. Alasan jarak jauh susah nak pujuk sangat tak munasabah. Macam yang aku bagi tau tadi, gunakan aplikasi tersebut untuk pujuk pasangan. Korang boleh menyanyi(walaupun sumbang), karang ayat2 puisi(cilok dari internet) atau kalau korang dah buntu tak tau nak pujuk macam mana, upah saja surprise planner. Tapi kena keluarkan duitlah ye. Tak apa, pelaburan itu penting untuk pertahankan hubungan korang.

    Kalau sibuk atau tak ada masa untuk berhubung macam mana? Korang boleh terangkan pada pasangan korang mengenai situasi yang berlaku. Jika korang penat atau sibuk, just give a simple text. Si dia akan memahami keadaan korang. Bonus kalau si dia turut mendoakan kesejahteraan korang. Doa itukan senjata orang mukmin.

    Kita harap sangat korang dapat menjaga hati dan perasaan pasangan korang  dengan baik. Ajak pasangan untuk selesaikan apa-apa isu yang melanda hubungan korang. Jadilah pasangan yang saling bertolak ansur dan memahami. Paling penting jangan biarkan si dia keseorangan tanpa kehadiran korang disisi. Kelak, hatinya akan lebih terluka dan kecewa. Fikirkan kembali kenangan manis korang dan siapa yang boleh terima perangai sewel korang dalam tempoh masing-masing menyulam kasih dan sayang. Pasangan yang sempurna tak pernah wujud. Yang sempurna itu adalah bila saling melengkapi.

    And for someone I love, terima kasih kerana sentiasa ada dengan saya. Walaupun saya banyak ragamnya, awak masih disisi saya. Walau jauh memisahkan kita, awak masih berhubung dengan saya with the little one everyday. Terima kasih untuk setiap detik yang awak luangkan. Bagi saya, setiap saat perhatian yang awak berikan amatlah bermakna bagi saya. Saya doakan PKPB habis cepat-cepat dan kita boleh bersua kembali. Beginilah bila LDR plus larangan rentas daerah/negeri.  So sad >_<

 

For all of you, kita doakan agar perhubungan korang kekal hingga ke alam rumahtangga sampai ke akhirat. InsyaAllah, sama-samalah kita doakan. See u in the next entry okay.

 

Bye semua ! ^_^