Assalamualaikum dan hai kepada pembaca blog sepi aku.
Entry kali ini mesti korang suka.
Well, mungkin ada yang setuju dan ada jugak yang tak setuju. Masing-masing ada
pendapat kan. Apa yang aku akan aku bagitahu ni adalah berdasarkan luahan dari
orang-orang yang aku kenal rapat.
Aku nak post entry berkisarkan
mengenai jodoh. Yep, korang tak salah baca. Mengenai jodoh ada dapat yang baik,
ada yang dapat so so dan ada jugak yang dapat tak baik. Sikap seseorang tu kita
takkan boleh ubah melainkan kita ubah diri sendri. Susah tapi itulah
kenyataannya.
Jodoh.. adakah ianya datang dari
pilihan sendiri atau pilihan orang tua. Tepuk dada tanya hati.
Ada yang kata jodoh pilihan sendiri
tu yang baik. Tapi belum tentu. Sebab walau kita kenal dia bertahun-tahun pun,
belum tentu kita akan tau ‘true colors of him/her’. Kita akan tau selepas kita
nikah dengan pasangan kita. Kita akan tau yang sebenarnya dia tu tak reti
mengemas, tak reti lipat kain, bilik pun tak berkemas dan lain-lain. Ada jugak
yang sembang kencang pungpang itu ini, tapi langsung tak ada apa. Kahwin bukan
satu kayu magik yang akan merubah diri seseorang. Tapi berubah sebab kita nak
kehidupan yang baik. Kalau kita tunjuk contoh yang baik, pasangan kita pun akan
ikut jadi yang terbaik.
Melalui pengalaman aku bersama
seorang kakak yang pernah bekerja dengan aku, dia menceritakan segala kisahnya
yang dulu. Dia berkahwin dengan bekas suaminya atas dasar suka sama suka.
Direstui kedua belah keluarga dan terasa indah perkahwinannya. Tapi langit yang cerah tak akan selamanya
cerah. Tiba-tiba hujan ditengahari. Perkahwinan yang dibina tak sampai sepuluh
tahun. Lengkap dengan pakej di dera. Dia di dera mental dan fizikal termasuklah
anak-anaknya yang masih kecil. Kejam kan lelaki macam tu. Rasa takut nak kawin
masa dengar kes tu.
Ada juga yang hidup bahagia dengan
pilhan sendiri sampai habis nyawa. Saling bertolak ansur, saling maaf memaafkan
dan menghormati pasangan sebaiknya. Sweet kan dapat pasangan yang saling bantu
membantu. Jalan berpegangan tangan walau kulit dah kedut beribu. Sama-sama
belajar untuk perbaiki diri masing-masing dan demi rumahhtangga yang tercinta.
Indah sangat. Isteri yang solehah hasil dari didikan suami yang cemerlang.
Suami yang cemerlang hasil dari didikan ibunya yang terbaik.
Alhamdulillahh, sekarang tak ada
dah rasa takut tu. Dah berlalu pun. Kalau sekarang aku cakap takut nak kawin,
macam tak logik pulak. Hahahah :p .. Silap haribulan, aku kena kurung dalam
bilik. Oh noo tak nakkk..!!
Bagaimanapula dengan jodoh pilihan
keluarga. Mungkin pada zaman dulu, jodoh pilihan keluarga ni pilihan yang
tepat. Tapi pada masa kini, ada yang tepat dan ada yang sebaliknya. Orang kata
pilihan orang tua tak pernah salah. Bagi aku, manusia tak akan lari dari buat
silap walau sekecil hama. Tak semua pilihan keluarga dimasa kini tu silap. Ada
yang pilihannya lebih baik dari orang yang kita kenal sebelum ni. Tapi risiko
tetap ada. Kalau dah rasa tak sehaluan, macam mana? Jika perpisahan itu jalan
yang terbaik, maka berpisahlah secara baik tanpa memburukkan mana-mana pihak.
Ada juga yang hidup bahagia atas pilihan keluarga. Mungkin juga disebabkan doa
dan restu kedua-dua belah pihak keluarga.
Ikut pada pengalaman aku, ada 2
kisah dimana kisah yang bahagia dan kisah yang sedang dalam konflik. Kisah yang
bahagia ni, ada sorang kakak dimana dia berkahwin atas pilihan keluarga. Pada
mulanya dia taknak. Masa tu pula dia baru je lepas patah hati dengan bekas
boyfriend dia. Malas nak fikir panjang dan nak lupakan bekas kekasih, dia
terima lamaran tu. Dia tak pernah tengok pun gambar bakal suaminya apatah lagi
jumpa sepanjang tempoh mereka bertunang. Masing-masing settlekan majlis sendiri.
Semua melalui family dan email. Well, masa tu mana ada lagi wasap. Tup tup masa
akad nikah, perghh handsome betul suami dia. Kerja pun bagus. Sikap dan tingkah
laku pun amatlah cemerlang even dia bukanlah seorang yang alim. Dan sekarang
anak pun dah lima. Kata kakak tu, dalam perkahwinan kita kena saling tolak
ansur.
Kisah yang konflik pula, sorang
lagi kakak yang pernah kerja dengan aku, dia sedang mengalami masalah dengan
suami dia. Pada mulanya dia ada boyfriend tapi disebabkan boyfriend dia tu
panas baran dan pernah lempang kakak tu, mak kepada kakak tersebut suruh
putuskan saja hubungan mereka. Kakak tu puas merayu pada maknya. Tapi maknya
tak layan. Well, belum kawin dah pandai naik tangan. Kalau dah lepas kawin
macam mana pula kan? Next, maknya nak jodohkan kakak tu dengan anak kawannnya.
Kakak tu tak nak. Macam-macam cara dia buat, tapi tak berhasil. Dia terima tapi
dia nak jumpa dulu bakal suaminya. Bila jumpa,, dia cakap kata nak kawan dulu.
Bakal suaminya pun okay saja. Minggu depannya keluarga bakal suami datang
merisik dan bulan depan terus ikat tali pertunangan. Kakak tu terkedu. Patutnya
dia menolak. Tapi entah kenapa dia diam membisu. Akhirnya mereka berkahwin.
Hampir 3 tahun mereka mendirikan rumahtangga. Hampir setiap minggu ada je isu
yang nak dibuat gaduh. Suaminya susah untuk bertolak ansur. Semua kena turut
katanya. Kakak tu mula rasa serabut dan stress. Kerja tak boleh nak fokus dan
muka bila nak balik monyok je.
Begitulah ragamnnya. Pilihan
keluarga atau pilihan sendiri, kalau bahagia Alhamdulillah. Kalau sebaliknya,
bertindaklah dengan sewajarnya. Selagi boleh bertahan, pertahankan rumahtangga
yang dibina. Perkahwinan itu suci dan tolong jangan cemarkannya. Mohon doa dan
restu kedua ibu bapa. Tanpa ibu bapa siapalah kita diatas muka bumi ini. Jangan
ikut hati dan perasaan. Fikir perasaan ibu bapa yang bersusah payah membesarkan
kita.
Sekian untuk entry kali ini.
See u guys in the next entry.
Sayonara ^_^