Assalamualaikum
and hai readers out there.
Makin jarang
aku masuukan entry terbaru dalam blog ini kan? Entah ada atau tidak mereka yang
masih sudi baca lagi penulisan aku di ruangan sepi ini.. ecewahh ^_^
Jika ditanya
perkembangan terbaru aku, life aku masih lagi macam biasa. Tiada perubahan
besar sangat pun. Cuma melayan kerenah little Paan yang semakin aktif dari hari
ke hari. Penat penat buat kerja rumah, penat lagi melayan kerenah paan. Tapi
tulah. Time dia tido je aku rasa aman. Oh ya dan lagi satu time dia layan
kartun selama sejam. Semakin bijak dan
panjang akal. Dah ada beberapa patah perkataan yang dia sudah mula sebut. Tapi
pelat dia pun comel. Bila aku saja buat tak paham, dia naik kan suara bagi
paham.
Kalau dengar
je bunyi enjin kereta start, dia dulu nak masuk dalam keta. Tak kisah lah tak
cukup tido / panas / tak sihat atau apa saja situasi, dia tetap nak naik kereta
untuk berjalan. Alhamdulillah dikurniakan little paan yang tak banyak ragam.
Cuma nakalnya boleh bergegor sabar ni. Hahahha..
Mengenai
kerjaya? Aku sekarang masih dalam proses belajar lagi. Dan setakat ini, hasil
kerja tanganku dan usaha makin menampakkan hasil. Syukur sangat. Dan aku
berterima kasih pada semua yang sokong usaha aku termasuklah seseorang yang aku
lihat setiap hari. Sabar melayan ragam aku. Hahahahaa…thanks again sayang. Moga
Allah sentiasa kurniakan kita rasa kasih sayang yang subur setiap masa. Itu
yang selalu kita doakan bersama kan? I know, he’s reading this entry laa. Asyik
sibuk duk tanya bila nak masuk entry baru dalam blog. Padahal setiap hari tau
je rutin kita macam mana. Nak settle kan kerja rumah, dengan ragam paan, dengan
kerja dan macam2 lagi laa..
So, that’s all
for right now. Aku sebenarnya nak cerita
pasal tempat2 yang aku dah pun pergi bercuti. Tapi gambar tak cun. Plus macam2
hal. Hmm, entahlah. Nanti cheq masuk lagi entry okey. Tapi tak janji bila. Hahahaaa..
Bye,
sayonara ^__^