Hujan lebat menimpa isi bumi. Aku di bawah bumbung. Merenung awan yang kelabu. Kenderaan 4 roda pelbagai bentuk bergerak di atas jalan. Ada mewah, ada yang sederhana dan ada juga yang hampir rebah ke bumi menunggu hari. Tidak kurang juga motorsikal yang berlari-lari laju. Basah lencun bersama pemiliknya.
Aku terfikir sesuatu. Itupun setelah dibisikkan secara mengejut oleh seseorang. "Sampai bila kakak nak hidup begini? Usia semakin meningkat. Tapi apa pun tiada." Suara itu silap. Aku ada. Ada pipi yang semakin kembang ke depan. Mungkin kerana aku gembira, aku makan. Aku sedih, aku makan lagi. Jadi masa bila yang akan aku berhenti makan? Disaat mata tertutup rapat and I have to say bubye to this world. Tapi, bisikan itu betul. Usia dan masa bergerak seiring. kadangnya boleh jadi terlalu baik. Kadangnya boleh jadi terlalu kejam. Dan dari masa juga, muncul sahabat yang dipanggil kenangan.
Mengenangkan kembali kenangan masa laluku, apa yang telah aku buat dalam hidup ini? Adakah sia-sia atau mengumpul pengalaman yang tidak seberapa. Kerna aku masih budak setahun jagung. By the way, lemang jagung tetap pilihanku. Oh tidak, pengalaman itu yang mengajar aku pelbagai perkara. Sama ada baik atau sebaliknya. Bertemu dengan masyarakat bukan mudah seperti yang dibayangkan tika aku masih di bangku meja sekolah. Berbeza pendapat dan corak pemikiran. Terlalu positif buat kau hilang diri sendiri. Terlalu negatif, buat kau terperup dengan kegelapan tanpa kau sedari. Jadi, aku pilih secara logik.
Sama seperti kehidupan. Ada yang hidup dalam kekayaan. Ada yang hidup sederhana. Ada juga yang hidup terlalu susah. Kita semua bergantung pada sesuatu untuk terus hidup dan bergerak.
Ada manusia yang sudah hidup mewah. Kereta besar, rumah besar, harta yang banyak tapi masih lagi mencari cari kekayaan. Adakah mereka melatih diri dan pemikiran untuk mendapatkan lagi kekayaan?
Ada manusia, yang hidupnya sederhana. Cukup makan, pakai dan cukup segala keperluan. Tapi demi memenuhkan gelojak kemahuan, mereka terus mencari kekayaan. Untuk apa lagi jika semuanya sudah cukup? Sifat manusia. Sering mahu lagi, lagi dan lagi. Itu yang dipanggil nafsu dunia.
Ada manusia yang hidupnya susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bila hidup susah, jangan bergantung pada orang lain. Contohnya, meminjam wang. Tak semua orang senang dan bermurah hati memberi pinjam wang. Pada fikiran mungkin dia baik, tapi adakah hatinya rela memberi pinjam wang tersebut? Fikirkan. Ada yang berusaha sungguh-sungguh sehingga dapat mengubah kehidupan. Ada yang setakat pasrah. Walaubagaimanapun, mereka ini segelintirnya tetap rasa bahagia dalam serba kekurangan.
Aku ingin berkongsi kisah seorang pemuda. Dahulunya hidup dia senang. Mewah dengan segala benda. Tapi dia mewah bukan dengan cara yang halal. Dia mewah cara yang sebaliknya. Dan kini, dia hilang segalanya. Pernah ku bertanya, tidak mahukah dia membina dirinya semula dengan mencari sedikit harta untuk waris? Katanya, dia sudah muak dengan segala harta dunia. Tapi adakah dia sedar, harta yang haram itu nikmatnya lain jika dibandingkan dengan harta yang halal? Sama seperti kita makan ayam. Diberi daging ayam yang tidak elok dan makan. Rasa ayam tersebut tidak sama dengan ayam yang elok. Berbeza disitu. Ku harapkan dia sedar dan berubah tanpa bergantung harap pada orang lain.
Diatas muka bumi ini dan disaksikan oleh ciptaan Allah S.W.T yang bisu, mereka memerhati makhluk yang sempurna. Tapi, kita sebagai khalifah atas muka bumi ini, adakah kita guna kelebihan yang diberi dengan bijak? Walaubagaimanapun keadaan atas bumi ini, manusia-manusia tetap terus mengaut segalanya demi memenuhi keperluan dan kehendak yang tak pernah habis.
Jadi, dimanakah akan ku letak diriku ini?