Sabtu, 6 Ogos 2016

Anugerah Terindah Buat Atomen Taro


Hai readers,

Tiba-tiba aq rasa macam nak sharing lagu untuk korang terutama kawan aq yang sentiasa ada untuk support aq dalam hidup nie..to my atomen taro, this song for you...tapi abaikan lirik yang aq gariskan....sebab yang garis tu, hanya untuk orang bercinta dan aq gantikan dengan perkataan yang dalam kurungan tu...so, I hope you faham lah...


Black - Anugerah Terindah


Saat terlihatmu ada sesuatu
Yang pernah ku merasakan waktu dulu
Ingin ku berlari sendiri dan sepi
Cuba tuk sembunyi rasa ini
Namun hati menguasai diri

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta  (lelah)
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah

Kerap ku berdoa agar cinta (persahabatan) kita
Takkan pernah pudar hingga hujung nyawa
Dengarlah kasihku (sahabatku) janjiku padamu
Takkan ada cela cinta (cerita) lain
Hanya kamu yang ku mahu selalu

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta (lelah)
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah

Dan tak akan ada daya
Untukku mengabaikan cintamu (nasihatmu)
Kerana ku tahu kasihku (sahabatku)
Telah tercipta dari pandangan pertama

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah
Yang terindah


~Sekian~

p/s: kepada penyanyi asal iaitu Black, saya mohon maaf sebab tukar perkataan dalam lirik lagu anda...it's just lirik lagu yang saya tujukan untuk kawan saya...peace !!

Klorofil Dan Aku

Hai semua !

Rindu aq tak? hehehehe, perasan betul aq nie...well, tiada siapa yang nak rindukan kita...kita nie umpama melukut ditepi gantang gitu...hahahaha, okey cukup aq merapu kat sini...yang pasti blog aq dah bersawang sebab dah lama tak updated entry baru...

okey, let's move pada entry yang aq nak up kan hari nie...

Sebenarnya, aq nak sharing dengan korang semua mengenai supplemen yang aq ambik hampir 3 bulan...sejak aq kerja dengan produk kesihatan, macam-macam info yang aq dapat terutamanya dari my customer...thank you pada my customer sebab sudi sharing dengan budak kaca mata nie :)

Supplemen yang aq ambil adalah Liquid Chlorophyll @ Klorofil...sebenarnya klorofil dihasilkan dari daun mulberi...banyak sebenarnya khasiat daun mulberi yang diproses terus menjadi klorofil...
Daun Mulberi : gambar kredit dari pak cik google
So, kebaikan jika korang ambil liquid chlorophyll nie adalah :
  • Mengurangkan keletihan mental dan fizikal yang disebabkan oleh tahap oksigen yang rendah dalam badan. Klorofil mempunyai struktur molekul yang agak sama dengan hemoglobin dalam sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan.
  • Menggalakkan wajah yang lebih berseri dan badan yang lebih sihat dengan menyahtoksikkan badan dan melancarkan peredaran darah.
  • Menangani masalah nafas berbau dan bau badan.
  • Mengurangkan panas dalam badan dan melegakan keperitan tekak
Sememangnya, bila aq dah amalkan setiap hari minum klorofil, rase seronok sebab masalah demam dapat diatasi dengan segera tanpa kena pegi klinik...aq memang tak berapa suka pegi klinik sebab pening dengan baut ubat apatah lagi untuk telan ubat-ubat yang pahit tu...kalau aq pegi klinik, ubat yang aq dapat tu, selagi tak kena paksa makan dengan parent's, alamatnya jadi hiasan laa dekat kabinet dapur...hahahahaha...

Bila aq rasa macam nak demam, terus aq ambil klorifil 1 sudu...pahit tapi aq still lagi boleh tahan dari kena telan ubat...sebab aq memang tak suka telan ubat...kalau cecair, boleh laa aq makan...tapi seeloknya, korang gunakan scoop yang telah diberikan dalam kotak klorofil tu...




Korang jugak boleh campurkan klorofil tersebut ke dalam air kosong...boleh diminum dengan air biasa ataupun chill kan dalam fridge...tapikan, just nak sharing laa...sejak aq minum klorofil, kulit aq semakin nampak cantik...jerawat pun kurang dan yang pasti badan rasa lebih ringan dan tak mudah mengantuk...mula-mula aq pun x perasan dengan perubahan kulit aq sehinggalah kawan-kawan dan family tegur...agaknya, shining sangat kot kulit aq....hahahahahha...

But, seriously memang best sangat bila kecantikan yang kita jaga dibahagian dalam akhirnya terpancar sehingga ke luar...so nasihat aq, jagalah diri dari dalam terlebih dahulu...sebab badan kita nak guna lama...tak kan lah baru umur 30an, badan dah sakit-sakit...

okey lah, setakat nie saja perkongsian aq mengenai supplemen yang aq ambil...owh, by the way, korang boleh dapatkan liquid chlorophyll nie dekat mana-mana stokis Cosway...

lot's of love from me to you,,,bye !