Isnin, 24 Mac 2014

dilema oh dilema...

hey buddyz...

DILEMA MULA MENGHANTUKKANNYA PADA KEPALA OTAK AQ...
aq nie, waktu sebelum STPM dilema, semasa STPM pon dilema, dah abis STPM pon dilema lagiiii....aiyerkkk..!!berapa banyak punya dilema daaa...tapi itu yang berlaku pada aq sekarang nie...penyakit dilema yang semakin mencengkam kuat mata dan otak aq sekarang nie...tapi apa sangkut paut dilema dengan mata dan otak aq nie???

nak nangis...tapi sampai bila??? nak belajar jadi seorang manusia yang tabah
bile aq dalam dilema contohnya dalam kes macam nie, otak mesti akan fikir yang bukan-bukan dan mata mulalah tak mau nak pejam...agaknya nak kena lekat dengan seletape kot...tapi x mahulah, nanti mata tak boleh nak buka balik...hhhuuuuu,,,,,macam mane nak buka mata nanti???

terus terang aq cakap, mula masuk tingkatan 6, risau tak boleh nak follow...bile dah boleh ikut sikit, mulelah takut nak buat kerja kursus yang memang menyeksa jiwa dan raga...bile dah settle kerja kursus, risaukan exam pulak...dah abis exam, risaukan keputusan...sekarang nie, bile keputusan dah keluar, risau dengan permohonan kemasukan ke universiti ditolak....


adehhh, tak abis-abis dengan masalah aq nie...tapi manusia mana yang tak ada masalah kan???even kucing aq pon ade masalah bile tidurnya dikacau oleh aq (hahahahahaha  :p)...sambil ditemani coklat kitkat yang dihadiahkan kawan aq sempena birthday aq yang lepas, jari aq mula menari pada papan kekunci komputer nie...meluahkan segala masalah dengan pembaca sepi nie...(kalau cikgu bahasa melayu aq baca ayat macam nie, sah-sah dia dah tarik telinga aq,hehehehe)........

Sabtu, 22 Mac 2014

mendengar ceramah dengan family...

hey buddyz...

entri kali ini aq nak bercerita sikit pengalaman aq mendengar ceramah waktu aq kecil dulu...waktu aq kecil, ayah dan mak aq selalu bawak aq dan adik-adik aq pergi dengar ceramah...macam satu pesta bila pergi dengar ceramah...mule-mule sampai, mesti beli kacang rebus dan air...sambil dengar ceramah, sambil makan kacang...bila nak balik rumah, ayah akan kumpulkan kulit kacang tu dan bunag dalam tong sampah...

kadang-kadang, kita orang tak duduk dalam surau tapi duduk dalam kereta je...kalau ceramah tu diadakan di kawasan padang, kita orang akan bentang tikar...balik dari ceramah mesti ayah akan beli something macam tasbih, buku agama ataupun minyak atar(aq tak suka bau minyak atar ayah aq!!)...

tapi sekarang, dah jarang sangat ceramah yang diadakan...rasa rindu sangat nak pergi dengar ceramah macam dulu...ramai orang rajin dengar ceramah...tapi aq nie memilih sikit dalam dengar ceramah...ayah aq pon pandai pilih ustaz mana yang ceramahnya tak membosankan aq adik beradik...bila ustaz tu seorang yang kelakar, mesti aq dan adik aq khusyuk untuk mendengarnya...sebab khusyuk dengar angkara tak nak terlepas ayat kelakar dari ustaz tu...

kalau ceramah tu agak bosan, aq dan adik-beradik mesti akan tunjuk muka kebosanan dan mulalah panjang akal...lari sana sini, tidur ataupun main apa-apa saje...ustaz yang aq suka dengar ceramahnya ialah ustaz kazim elias...aq dan family aq suka cara dia berceramah...bila ada sedikit kelakar dalam ceramahnya, kita orang akan semakin dekat untuk mendengarnya...terasa dekat hati ini dengan ceramahnya...

tapi, kita orang satu family tak memilih semua ustaz berdasarkan politik...dalam agama, tak dinyatakan untuk memilih ustaz mana mengikut parti politik...semua ustaz kita orang suka...cuma, bagi aq agak payah sikit kalau nak mendengar ceramah yang t0tally serius...bosan dan tak boleh nak ikut ceramahnya...hahahha, memandai je aq nie dalam nak pilih ustaz untuk dengar ceramah...

berikut adalah ustaz yang p0pular di Malaysia(saya suka, saya suka..!!)

ustaz azhar idrus (kelakar dan seronok)

ustaz kazim elias (aq suka ustaz nie nyanyi,boleh jadi komposer dalam parodi lagu)  
ustaz don daniyal (ceramah yang simple dan senang untuk fahami)
walau apa pon, niat kena betul dan ambil segala yang dinasihati mereka sebagi pedoman ok..!!

__ari0s..!!__



markah terbaik adalah satu sumpahan...

hey buddyz...

kenapa aq cakap yang markah terbaik adalah satu sumpahan???ok,baca betul-betul apa yang aq nak tulis disini...bagi aq, markah yang terbaik akan menjadi sumpahan bagi aq...kenapa pulak macam tu???aq akan sentiasa risau dan takut kalau next exam markah aq akan jatuh...sebenarnya, untuk dapat markah yang terbaik bukan susah tapi senang saja...cuma kerja keras yang kita buat akan menentukan segalanya...

gambar sekadar hiasan
korang mesti pernahkan dapat markah terbaik???cuba korang bandingkan situasi antara belajar dan dapat markah tinggai dengan situasi belajar dengan dapat merkah rendah...ok, aq tahu korang dah mula pening...biar aq explain dekat sini...kita ambil contoh pelajar PMR...waktu nak ambil periksa PMR, pelajar nie akan belajar bersungguh-sungguh, akhirnya dia dapat full A...bila dia dah dapat full A waktu PMR, dia akan mula berasa yang diri dia pandai...naik sahaja tingkatan 4, dia mungkin akan belajar tak seperti sewaktu dia nak ambil periksa PMR...
gambar sekadar hiasan
korang mungkin akan menafikan hal nie, tapi cuba korang tanya hati korang balik...macam mana situasi yang korang pernah alami???akhirnya, pelajar yang pernah dapat PMR 8A nie akan sedikit kecundang sewaktu SPM...bukan salah kerana dia belajar kurang tetapi sifat bangga diri yang bersarang dihatinya...dia mungkin tak menunjukkan pada orang disekelilingnya, tapi pada dirinya sendiri bagaiman pula???

gambar sekadar hiasan
s0, apa yang korang perlu lakukan ialah korang jangan sesekali ubah tabiat belajar dari rajin belajar 95% kepada 90% atau kurang...kekalkan cara belajar korang dan improve secara berperingkat...tapi, yang paling penting, korang tolong jangan cuba riak dengan kepandaian korang walaupun dengan diri korang sendiri...

cepat-cepat beristighfar dan mohon ampun dari Allah S.W.T.

__ari0s..!!__

Rabu, 19 Mac 2014

buang bulu yang melekat pada pakaian...

hey buddyz...

aq dapat tips nie waktu aq baca novel 'AKU BUKAN MISTRESS, karya ACIK LANA'...bagi korang yang bela kucing, korang mesti akan mengalami masalah nie...kucing korang suka tidur atas baju korang...bila bulu kucing dah melekat pada pakaian, susah sikit nak buang bulu tu...

melekat pada pakaian akan membuatkan korang rasa geram je sehingga nak sepak je kucing tu laju-laju...before that, korang bertenang dulu ok...korang boleh gunakan pita pelekat sebagai alternatif...caranya mudah saje...korang potong pita pelekat tu ikut panjang macam nak lekat dekat hadiah dan lekatkan pada tempat yang ada bulu tersebut...
gambar sekadar hiasan
gunakan pita pelekat yang sama untuk buang bulu yang melekat ditempat lain juga...bila dah penuh dekat pita pelekat tu, korang buanglah...gunakan yang baru pula...tips nie pon berkesan juga pada kertas yang korang tinggalkan pada poket pakaian...bila dah basuh dalam mesin basuh, mesti cebisan kertas tu akan melekat pada pakaian...

nak dikatakan berkesan sangat tu tak adalah sampai 100%...tapi boleh juga digunakan jika nak dibandingkan dengan kutip sikit-sikit...

__ari0s..!!__

lap cermin sampai tiada habuk...

hey buddyz...

tips kali nie yang aq nak bagi korang tahu ialah lap cermin sampai tiada habuk...bila korang lap cermin dengan kain, mesti ada habuk yang melekat lagi...jadi, tips aq ialah korang gunakan kertas selepas korang lap cermin tersebut dengan kain...

bila korang dah siap lap dengan kain pada cermin tersebut, basahkan sikit kertas apa-apa sahaja dan lap permukaan cermin dalam satu arah sahaja...contohnya, kalau korang lap cermin tu dari atas sampai ke bawah, biarkan dulu habuk tersebut berada di bawah...setelah selesai lap cermin dengan kertas, habuk yang berada di bahagian bawah tu korang lap kan perlahan-lahan dengan kertas lain pula...

jangan gunakan kertas yang sama ok...nanti habuk yang ada pada kertas yang dah digunakan itu, akan melekat kembali pada cermin yang dah dilap bersih...

lelaki senang dapat universiti...

hey buddyz...
gambar sekadar hiasan
setiap pelajar lepasan sekolah mesti akan mengimpikan dia dapat melangkah ke menara gading...even, student yang keputusan banyak fail pun, akan mengimpikannya...hakikatnya, dalam permohonan sebanyak 50,000 pelajar, yang layak dapat hanya beberapa belas ribu sahaja ...

gambar sekadar hiasan
tapi bagi lelaki, mereka mempunyai keistimewaan dalam mendapatkan tempat di universiti...memanglah kena lulus semua syarat kemasukan tapi ada kelonggaran bagi mereka...pihak yang mengambil pelajar untuk di tempatkan di IPT akan cuba untuk memasukkan seramai mungkin pelajar lelaki...kalau semua pelajar di IPT perempuan, tak balance nanti antara satu sama lain...


kalau ada majlis pulak dekat satu-satu IPT pulak, macam mana nak diuruskan semua benda...contohnya keje macam angkat meja, pasang khemah, P.A system dan semua kerja yang memerlukan tenaga lelaki...bagi perempuan, mereka tak akan buat semua kerja tu...alasan yang sering diberikan, "kami kaum perempuan yang lemah" ...

ok, aq tahu girls diluar sana tak puas hati dengan kenyataan ini, tapi ketahuilah bahawasanya lelaki sekarang memang mengalami kepupusan...korang boleh tengok sendiri di pusat-pusat pengajian...kebanyakannya tempat pengajian lebih dimonopoli oleh girls...

so, korang tak boleh nak mempertikaikan apa-apa pon keputusan yang dikeluarkan...kita sesama perempuan kena lebih kuat bersaing kerana(aq susah nak cakap) kita terpaksa BERSAING SECARA SIHAT untuk belajar di universiti...

for the boys out there, korang memang beruntung ok...tapi janagalah samapai keputusan teruk pun, korang masih nak bermimpi untuk masuk IPT...keputusan cukup lepas dah membuatkan korang layak diterima...bagi girls pulak, syarat lepas tak cukup...dikenakan pulak dengan macam-macam kriteria yang diperlukan..hhmmm,,,,kesiann...!!

Selasa, 18 Mac 2014

adakah aku anak yang baik..??

hey buddyz...

aq terjaga dari tidur...aq tak tahu kenapa malam ni aq susah sikit nak tidur...asyik terjaga dari tidur...nak solat sunat, aq tak boleh nak buat sebab uzur...jadi, hati aq tergerak untuk buka komputer...apa lagi yang aq boleh buka melainkan facebook...aq suka stalker semua orang punya facebook...sedang aq bukan satu facebook milik rakan sekolah aq dulu(bukan kawan rapat, hanya kawan sekolah), aq ada terbaca satu nota di timeline facebook kawan sekolah aq tu...macam nie yang mak dia tulis...

spm lps ____ dpt 9A ibu tk ucap tahniah pun...skarang ni ____ dpt 4 flat...tahniah atas kejayaan yg cemerlang..ibu berbangga dgn ____...____ anak yg baik,selayaknya kejayaan itu milik ____..ibu sayang kesemua anak anak ibu dunia akhirat.

garisan yang aq buat tu sebenarnya nama kawan sekolah aq tu...tapi aq rahsiakan disini..maaf ye...bukan apa, aq risau kalau dia terbaca blog aq nie, malu pulak aq rase sebab aq stalker facebook dia...sekarang apa yang menjadi isu disini ialah apa yang mak kawan aq tulis disitu...

aq akui, kawan aq tu(iaitu A)baik orangnya...bersederhana, baik pada ibu  bapa, guru-guru dan juga semua orang disekelilingnya...tapi yang membuatkan aq rase pilu disini ialah mak A tulis
"____anak yg baik,selayaknya kejayaan itu milik ____..." so, adakah aq anak yang tak baik dan disebabkan itulah aq tak memperoleh kejayaan yang ibu bapa aq harapkan???

aq rase kekurangan dalam diri aq...aq rasa berdosa dan bersalah kerana mungkin selama ini aq kurang menjaga hati dan perasaan ibu dan ayah aq...mungkin juga, dibibir mereka, mereka sudah maafkan kesalahan kita...tapi adakah kita tahu didalam hati mereka macam mana pula??mereka sedih dengan perlakuan kita tapi tak mampu untuk mereka ungkapkan...

gamabar sekadar hiasan
kalau korang ada masalah dalam pelajaran, minta ampun dari tuhan dan mohon maaf dari ibu ayah kita...selagi mereka tak redha dengan apa yang kita buat, selagi itulah kita akan terus diganggu dengan pelbagai masalah...percayalah kata aq...

Jumaat, 14 Mac 2014

makan KFC...

hey buddyz...

semalam(13.3.2014), mak aq belanja makan KFC...wuhuuu..!!!bestnyer...lagi best yang keluar semalam cuma aq, my mom dan adik perempuan aq...korang mesti fikirkan, kenapa aq suka keluar bertiga tanpa adik lelaki aq dan ayah aq...sebabnya, ayah aq ada kerja waktu tu...dia bawak sekali adik aq untuk tolong dia tarik wayar(ayah aq juruelektrik)....

snack plate yang aq makan semalam
yang keluar semalam sebenarnya tak dirancang...sebab kita orang bosan duduk dirumah dan ada 2 motor kat rumah nie, mak aq pon ajaklah aq dan adik perempuan aq keluar..mulanya, kita orang ingat nak beli barang sikit kat tesco tapi tiba-tiba ibu ajak pegi KFC dekat Bercham...kita orang makan sambil menyembang macam-macam...pasal kami adik beradiklah, pasal rayalah dan macam-macam lagi...orang pon ramai dekat KFC tu..ingat nak ajak mak aq makan dekat tingkat atas tapi mak aq tak larat nak naik tangga...makan kat bawah jelah...tapi aq tak kisah semua tu...

bile nak balik, mak aq sempat order ayam goreng  dan burger untuk adik lelaki dan ayah aq...takut dia orang terbau pulak ayam goreng dari kita orang...tak pasal-pasal nanti mengigau pulak bau ayam KFC....hahahahahaaaa....


jimatkan air...

hey buddyz...

musim kemarau nie sangat meresahkan semua orang..tapi ada jugak yang tak ambil peduli langsung...aq tak nak cerita pasal jangan membazirkan air, tutup pili air,baik saluran paip yang bocor dan tukar pili air kalu air masih menitis tanpa henti...

yang aq nak bagi tahu dekat sini ialah,macam mana nak jimatkan air sekiranya korang masih nak basuh kereta, nak cuci barang hiasan korang dan sebagainya...hah, caranya macam nie, korang boleh tadah air hujan dalam besen..aq tahu kalau kita tadah air hujan tu bahaya...sebab kalau waktu korang tengah tadah air hujan,tiba-tiba adaa kilat...kan bahaya kalau kita berada di luar rumah dalam keadaan kilat yang memancar sana sini...korang boleh tadah air hujan bile kilat tak ada...

waktu tu lah korang boleh tadah air hujan dan basuh semua benda yang korang nak...mak aq selalu tadah air hujan kalau nak mop lantai dalam rumah, basuh segala perhiasan dan basuh kereta jugak...korang jangan tak tahu, aq waktu hujan tu sambil tadah air, sambil mandi hujan..rasa seronok jugak sekali-sekala...tapi tak adalah over excited sangat...hehehehe...

tips bagi anda yang malas iron baju...

hey buddyz...

tips yang aq bagi nie bagi membantu korang yang malas nak iron baju.aq pon selalu jugak buat macam nie...sebenarnya,bukan malas nak iron baju tapi kadang-kadang tu tak ada masa nak iron baju terutama pelajar yang sibuk dengan pelbagai tugasan...

seriusly, baju aq nie, aq tak pernah iron.
kalau korang nak beli kain @ baju @ tudung, korang cari yang ada abstrak yang berconteng-conteng...sambil tu, cuba korang renyuk-renyukkan kain tu jugak..but make sure jurujual @ pembantu kedai tak nampak ok..nanti korang kena tegur pulak...bile dh direnyuk-renyukkan sikit kain tu,cube korang tengok kesanya...kalau nampak sangat kesan renyuk tu,tak payahlah beli...nak beli pon boleh...tapi,korang kena tengok jugak,kain tu sesuai dengan korang @ tak..jangan salah beli tau..!!

selain tu, korang boleh jugak cube tips nie...tips nie cikgu aq bagi kat sekolah...kurang berkesan bagi baju yang berwarna terang dan kain yang mudah renyuk...waktu cuci baju,kalau boleh, korang rendamkan saja dengan sabun...bila nak basuh, just curahkan air dekat baju tu tanpa gosokkannya...bila nak jemur, gantungkan baju tu dengan hanger di ampaian...

lebih kurang macam tulah caranya...