Khamis, 31 Oktober 2013

exam paper english from Cambridge..??

hey buddyz...

aq ingatkan lepas percubaan STPM akan diteruskan dengan exam STPM ynag sebenar..tapi anggapan aq salahlah..hari ni aq menduduki exam paper english dari university cambridge(lebih kurang macam tulah)..soalan exam tu memang higher sangat2..aq pon tak dapat nak jawab dengan sebaik mungkin..waktu listening radio(macam waktu MUET), ada kawan aq yang boleh tertidur sebab tak minat sangat dengan bahasa inggeris yang dimainkan dalam cd tu..biasalah, bahasa inggeris kita di malaysia kan ikut  BRITISH ENGLISH, bukan AMERICA ENGLISH..

mule2 tu aq ingat simple dan mudah macam exam bahasa inggeris biasa, rupanya tidak...adehh..memang banyak yang aq salah kat listening tu...dialog yang dipertuturkan dalm cd tu memang ikut loghat BRITISH...tak fahamlah..kalau ikut bahasa inggeris biasa tu tak pe jugak...tapi cikgu cakap, exam tu cuma nak tahu kedudukan tahap bahasa inggeris pelajar di Malaysia je..dan takkan effect pada result MUET aq...

kalo dapat best mark dalam exam paper english dari university cambridge tu, mungkin boleh pegi belajar di London kot....just teka je..kalo tak, tak adalah exam tu akan dibuat macam exam sebenarkan..??

Rabu, 30 Oktober 2013

detik STPM 2013/2014

hey buddyz...

lagi berapa hari lagi je exam STPM akan mula...dup..dap...dup...dap....jantung aq berdegup..takut + risau dengan exam kali nie..tapi sebelum nie waktu penggal 1 dan penggal 2 tak rasa takut sangat tapi kali ni rase lain macam je...exam penggal 3 kali ni exam yang terakhir sebelum semua markah exam penggal 1 dan 2 serta markah kerja kursus aku ditambah...

risaunya kalau tak dapat pointer yang baik dan terpaksa ambil diploma..bukan memperlekehkan cuma bila buat balik diploma macam patah balik...lepas STPM patut ambil ijazah tapi aq ambil diploma...malu jugaklah kalau berdepan dengan kawan-kawwan aq nanti...ramai kawan aq yang belajar di universiti dan course yang dia orang ambil pon yang power punya,bukan yang biasa...

tapi selagi kita belum masuk dewan untuk exam, kita masih ada peluang untuk membaiki kesilapan yang lalu...tapi dalam keadaan yang sekarang nie, masih ada lagi ke peluang untuk aq...macam tak confident je...

aq tak nak repeat exam lagi...huuuu..!!  :(

Ahad, 27 Oktober 2013

rindu ke..??

hey buddyz...

apalah yang nak jadi dengan aku ni...kata tak suka, benci, menyampah tapi masih stalker lagi fb dia sampai sanggup menghadap laptop berjam-jam nak cari blog dia pulak...adehh...sah aku dah tak betul kot...

apa hal yang nak jadi dengan aku ni entahlah...mungkin rindu kot...tapi entahlah..bila ada yang sebut nama dia terus aku melenting tak tentu pasal...kenapa dengan aku ni..haishhh...aku pun tak tau nak cakap macam mana keadaan aku sekarang nie...bila dengar lagu yang mengingatkan aku pada dia, aku rasa kosong...tukar siaran radio @ tutup terus..sampaikan dulu depan rumah dia pon aku tak nak lalu...sekarang ni dah lalu baliklah sebab macam tak masuk akal pula...sebab tak suka dia,aku ambil jalan lain...

tapi sory sikit yer...aku kalau lalu depan rumah dia, jeling kat rumah dia pun tak... macam mana nie????stress lah...tak kan nak jumpa kot...waktu baik dulu pon,kalau jumpa sebatu jaraknya dengan 2 3 orang yang escort aku lagi...dekat fb pon aku dah block dia...takkan tiba-tiba nak antar mesej kat dia kata nak jumpe..mesti dia fikir aku pelik...hhhmmmm...macam mana nie...  :(  :( 



Rabu, 16 Oktober 2013

hari raya aidilad'ha

hey buddyz...

kita yang umat Islam baru sahaja menyambut hari raya aidiladha..macam-macam nak cerita tapi aq ringkaskan sajalah...2 hari lagi sebelum hari raya aidiladha(hari raya korban), aq dah balik kampung untuk kemas rumah opah aq(cucu yang rajin,hehehheee).....

pada hari masak pulak(1 hari sebelum hari raya aidiladha),aq pergi pekan dengan mak cik saudara aq untuk beli barang...mak dengan ayah aq balik malamnya....so,dengan paksa rela ini,aq sampai ke pekan Parit...tapi korang jangan salah anggap pulak, PARIT tu bukan parit longkang tapi satu nama pekan,nanti aq cerita pasal tu....macam-macam mak cik saudara aq nie beli sampai dah tak larat nak angkut semua barang tu...yang paling menyakitkan hati ialah bila kena tunggu bas...waktu nak pegi ada jiran yang sudi tumpangkan kami...kena tunggu bas pukul 1.30..selama 1 jam lebih tu, aq tak tau nak buat apa kat hentian bas tu...adehh..!!sabar jelah cik hati....

hari raya aidiladha pun menjelma esoknya....alhamdulillah, syukur nikmat dapat sambutnya dengan family...penat jugaklah sebab melayan orang yang datang ke rumah..dah macam sambut hari raya aidilfitri pulak...walaupun penat cuci pinggan mangkuk, tolong masak dan kerja-kerja yang seangkatan dengan tu semua, tapi rasa seronok sebab dapat berkumpul ramai-ramai...

tapi hari ini bila balik dari kampung,aq dapat cenderahati dari nyamuk....hhhuuuuu....habis tangan dengan kaki aq kena 'kiss' dengan nyamuk....esok kena jumpa doktor sebab risau kena demam denggi atau yang seangkatan dengannya...h0pe tak ada apalah esok...doakanlah ya....

kucing aq tidur atas katil aq,habis bulunya melekat dekat katil aq...dugaan betul..!!

Khamis, 10 Oktober 2013

form 6 dianiaya..!! O.M.G..!!

hey buddyz...

aku nak cerita satu kisah yang belaku dekat sekolah aku..cerita nie sebenarnya dah terjadi waktu aku tak datang sekolah hari tu..

cerita dia macam nie,,,sebuah kereta yang dibawa oleh pelajar tingkatan 6 rendah dipecahkan cermin keretanya(dah macam pembaca berita pulak..)...kemudian dengar cerita,barang yang hilang handphone, duit pastu adalah lagilah barang yang hilang tapi aku pun tak tau apa lagi sebab aku pun dengar daripada cerita orang...

sejak aku mendaftarkan diri sebagai pelajar tingkatan 6 rendah hingga aku dah nak habis belajar tinggkatan 6 atas nie, macam-macam cerita pasal budak tingkatan 6 kena aniaya...nie yang tak best nie..menurut sumber yang boleh dipercayai, orang yang suka aniaya pelajar tingkatan 6 nie pelajar arus perdana(form 1- form 5) tapi tak sure siapa..

aku pun tak fahamlah, kenapa ada je pelajar arus perdana suka buat hal kat pelajar form 6...apa salah kami sehingga ada antara kami yang terpaksa menanggung semua masalah nie...ada yang motor dia kena usik, pecahkan cermin moto, curi helmet, curi wizer, simbah tanah atas kereta pelajar tingkatan 6 lah, buang sampah dalam helmet dan macam-macam kejadian lainlah....

nak katakan kami pelajar tingkatan 6 nie kaki report dekat cikgu tak juga...bilangan pelajar tingkatan 6 yang jadi pengawas pun boleh dikira dengan jari(sikit je)....patutnya abang / kakak yang buli adik tapi sekarang nie dah terbalik pula...ape nak jadi pun aku tak tahulah....

h0pe motor atau barang-barang aku tak kena usiklah...  :(

Isnin, 7 Oktober 2013

sakit tekak..!!

hey buddyz...
perit sakit tekak nie...sampai nak baring pon susah..last-last tido duduk jelah yang mampu dibuat...mulut tak habis-habis menghisap strepsils dan dequadin...peritnya, rase nak nangis je tapi takkan nak nangis kot macam kena luka..

untuk orang sakit macam aq,makan bubur jelah boleh...untuk tengahari,menu aq cume bubur daging...huuuu..sedaplah mak aq masak...tapi yang tak best nya pulak,tengah sedap makan, anak mengasuh mak aq datang duduk keliling aq..nak tak nak kena suap jelah..aq makan 2 3 sudu, dia orang makan bersudu-sudu...habis satu periuk bubur yang aq patut makan,dia orang yang makan...sedeyyy.....
budak paling banyak makan..

lepas je dia orang tido, aq pon masaklah sendiri..nak mintak tolong mak aq, dia nampak penat...tapi tak sesedap mak aq masaklah...wuaaaaaa.....sedey nyew...tapi bila sakit tekak, janganlah gatal sangat nak makan makanan yang berminyak dan paling penting yang pedas...waktu nak tido, betapa azabnya tekak tu(perit kot rase nak cabut jew tekak tu).....

Ahad, 6 Oktober 2013

selisih faham....

her buddyz...

2,3 hari yang sudah,aq berselisih faham dengan kawan aq...tapi tak adalah sampai bertekak..cume tak bertegur sapa..kami gaduh pon tak lama..hari ni gaduh,esok dah ok sikit..sebenarnya punca daripada aq jugak..yelah,kawan aq tu tak serius nak buat pembentangan..markah pembentangan ikut individu cuma buat kajian je dalam kumpulan..aq tak nak lah die main-main waktu buat presentation(nak semua ahli dalam kumpulan dapat merkah best)...

nak dijadikan cerita,aq dah tak boleh sabar dengan sikap dia yang main-main tu,aq firelah dia..aq cakap macam nie..

"AQ TAK BOLEH TOLONG KO KALAU KO TAK BOLEH TOLONG DIRI KO SENDIRI..."

terus dia senyap lepastu dia duduk tempat dia..aq tau dia terasa..tapi aq biarkan dulu dia reda...bila kawan aq yang lagi sorang nie panggil untuk practice presentation,dia datang dengan mata yang basah dan sedikit merah...aq diam je buat macam tak tahu apa-apa...

aq tak boleh lah kalau ada yang menangis dan terasa dengan aq...malam tu aq antar mesej maaf kat fb dia..dia online waktu tu tapi dia tak reply..esoknya aq bagilah surat yang ada cerita pasal lawak...aq suruh dia baca..yang paling peliknya,dia bace macam tak ada perasaan langsung..aq bace lawak tu pun(aq copy&paste dari satu blog) boleh gelak berkali-kali...lepas tu aq mintak maaf dengan die...die cume cakap 'YA' je...tapi muka masih tunjuk sedih..

adehh...penatlah cam ni kalau asyik nak sedih je..kena lah kuat sikit...

Rabu, 2 Oktober 2013

jawapan mudah kenapa kereta buatan malaysia mahal..

hey buddyz...

dah lama aq tak mengarangkan??s0, it's time n0w...beberapa minggu yang sudah, cikgu pengajian perniagaan(pp) ada bertanya pada semua anak muridnya..solan tu macam nie....,

"KENAPA KERETA MALAYSIA LEBIH MAHAL ATAU SETANDING HARGANYA DENGAN KERETA BUATAN LUAR NEGARA?"

sejak dari hari cikgu aq bagi solan tu, semua budak kelas aq termasuklah aq mencari jawapan..jawapan yang dicari macam nak berbahas dalam dewan parlimen pulak dah..maklumlah budak pengajian perniagaan kan..kena lah bahas betul-betul(ayat tak bolehh blahh..)..dekat cikgu lain pun kami tanya jugak..

macam-macam jawapan cikgu aq terima tapi semua salah...berhari-hari jugaklah cikgu mendengar jawapan dari soalan yang diberikan...huhuhhuhu....cikgu pon lame-lame naik bosan dengan jawapan kita orang semua...

finally, cikgu pun bagi jawapan dia..jawapannya macam nie...,

SEBAB KERETA MALAYSIA MAHAL ATAU SETANDING HARGANYA DENGAN KERETA BUATAN LUAR NEGARA IALAH KERANA ORANG TENGAH(VENDOR)..ORANG TENGAH NIE BOLEH DIKATAKAN SEBAGAI EJEN YANG BERDAFTAR DENGAN SYARIKAT KERETA BUATAN MALAYSIA SEPERTI PROTON DAN JUGA PERODUA..VENDOR AKAN MEMBELI KERETA PADA HARGA YANG RENDAH DARI SYARIKAT PENGELUARAN SEPERTI PROTON DAN MENJUAL PADA HARGA YANG LEBIH TINGGI KEPADA PEMBELI..VENDOR NI AKAN MEMASANG AKSESORI SEPERTI RADIO DAN BEBERAPA LAGI AKSESORI YANG DIITAWARKAN KEPADA PEMBELI..KERETA MALAYSIA YANG DIJUAL DI LUAR NEGARA ADALAH MURAH BERBANDING DI DALAM MALAYSIA...INI DISEBABKAN, KERETA TERSEBUT TIDAK DILENGKAPI DENGAN AKSESORI..

itulah sedikit sebanyak jawapan yang diberikan..mula-mula aq ingat mungkin disebabkan cukai atau mata wang asing yang berbeza di setiap negara..s0, nampak gayanya macam dah kena main..soalan nampak simple, jawapan yang diberikan macam ahli parlimen tapi jawapan cikgu mudah je..

fikir betul-betul...