Ahad, 15 September 2013

ilmu vs p0litik..

gambar sekadar hiasan
hey buddyz...

ada satu masalah yang membuatkan aku pelik dengan sikap orang malaysia terutama orang islam...hhmmmm...aku pelik tengok orang islam yang bergaduh pasal politik dalam masjid atau surau...yelah,surau dan masjid kan tempat berkumpul semua masyarakat islam dan menyebarkan ilmu tapi dalam rumah allah s.w.t pon nak bergaduh pasal nak mempertahankan fahaman parti politik masing-masing...

kalau nak bergaduh pasal parti politik tolonglah keluar dari rumah allah s.w.t...buat sakit telinga je dengar..dalam surau dan masjid,kita kena berbaik-baik walaupun berbeza fahaman parti politik...cuba tunjukkan adab yang sopan dan orang yang bertamadun sikit...sewaktu kita berada dalam rumah allah s.w.t, berbaik-baiklah dan sebarkan ilmu agama islam secara berhemah dan aku pasti semua akan ok..kalau nak berpolitik, boleh tak buat kat luar,jangan jadikan rumah allah s.w.t sebagai pusat politik yang dipertahankan..

ini,ada pulak yang buat andaian macam ni "masjid dekat situ fahaman parti politik______, yang masjid kat sana pulak fahaman parti potik_______"..memanglah tak berapa ketara sangat tapi dari segi orang yang datang dan bersembang pasal parti politik,kita dah boleh tahu...sakit pulak hati aku bila terkenangkan balik......wahai masyarakat,berubahlah..takkan pasal parti politik perpaduan sesama umat islam nak berpecah...berpegang teguhlah pada agama islam...

islam dan hidayah allah s.w.t milik semua dan perpaduan ummah mengeratkan kita semua.....

Sabtu, 14 September 2013

r0k0k dan per0k0k..

heyy buddyz........
gambar sekadar hiasan

r0k0k dan per0k0k umpama sahabat karib..tapi malangnya perokok ni terlalu baik sehingga membiarkan sahabatnya rokok merosakkan dirinya...bolehlah kot umpamanya macam tu kan???aku tak kisah kalau semua nak merokok tapi agak-agaklah time nak merokok tu..

alkisahnya macam ni ye visit0rs..aku tengah tunggu bas di pondok bas,lepastu datanglah satu couple ni dekat hentian tu..mulanya aku tak kisah tapi lama-lama jadi annoying tau tak..si lelaki ni sambil borak dengan awek dia, dia keluarkan sebatang rokok lepastu apa lagi, asap pon keluarlah..dah lah aku ni memang alergik sikit dengan asap rokok..ayah aku pun tak merokok..bile si lelaki nie hisap rokok dan keluarkan asap, aku naik lemas kat situ..

yang awek die pulak boleh tahan dengan asap rokok tu..tapi aku tahu, awek die pun tak suka asap rokok tp demi L0VE kan, jadi aku rasa dia tahan jelah demi pak we tercinta(eeuu, nak muntah aku)...boleh pulak dengan rela perempuan tu hidu asap rokok tu sambil berborak dengan pak we dia..ishk2, kesian...pak we dia tu pun bukan handsome sangat..kulit agak gelap dan bau badan dah tentulah bau asap rokok kan(dari sebatu dah tau) dan yang paling geli,bile si pak we tu sengih, aku nampak gigi yang kuning dan bibir yang hitam..ish!!geli aku tgk mcm tu..sorry ye kpd visit0rs yg merokok..hehehehe...

tak ada faedah hisap rokok tu..merosakkan diri je......


Jumaat, 13 September 2013

alamak!! kerja kursus.....

hey buddyz.....
hari nie aku nak share rasa tensi0n aku pada korang walaupun korang semua tak nak baca pon aku punya entri...tapi ada aku kisah ke sbb kat blog nie kan s0sial je yang lebih..betul x????

alkisahnya macam ni,aku dah siap kerja kursus pengajian perniagaan tapi kena edit balik..aku memang terlampau excited nak edit balik(huh..malaz)...tapi nak buat macam mane lagi sebab tiap kali cikgu cakap macam ni "saya tak kisah kalau awak tak nak buat tapi markah awak kuranglah".aku kalau cikgu dah cakap macam tu mulalah rasa tak sedap hati..risau markah teruk walaupun cikgu kata aku punya kerja kursus dah ok(tak bangga pon ok).......

banyak kali asyik mengedit je kerja aku...tak habis2 dari mula buat kerja kursus sampailah dah habis buat pembentangan...ditambah pula dengan kerja kursus bm yang tak settle lagi + pembentangannya hari selasa nie...semuanya buat dalam keadaan tergesa-gesa..sakit semualah.....tapi itu semua dugaan sementara tgh study ni....

sabarlah wahai cik hati.....  :)

masalah kerja kosong????

hey buddyz........
hari ni aku dah rasa penat sangat taip borang permohonan kerja tapi at last,aku tak dapat pon...sakit pulak hati aku...huh whatever lah....semua jawatan yang aku mintak tu semua perlukan pengalaman...then,kalau semua syarikat mintak pengalaman, macam mana pulak budak yang baru habis belajar?????mane dia orang nak dapat pengalaman kalau tak kerja kan???setuju x?????

dah penat sangat taip tapi itu bukan alasan untuk tidak mohon kerja lebih banyak kan...memang sekarang ni ramai yang mencari kerja terutama di sektor kerajaan...kat sektor kerajaan ni kerja mungkin lebih terjamin dan tak kan dibuang kot(n0t sure)..anyway,bukan semua kerja tu kita akan  dapat kan?macam dekat kilang sekarang ni pun,ada jugak pekerja yang bukan setakat PMR / SPM tapi ada jugak yg berkelulusan diploma / ijazah bekerja sebagai operator kilang..mule2 mungkin sbb nak tggu kerja yg sesuai tp akhirnya sangkut kat situ selama bertahun-tahun pulak..

sesuatu pembaharuan harus dibuat bagi menangani masalah penggangguran dan sumber manusia yang dibazirkan...ikut apa yg aku tahu,golongan berpelajaran tinggi ni dah tak ada kerja untuk mereka yang sesuai dgn pencapaian mereka..dah lah tu, kena bayar pulak duit pinjaman ptptn...pinjaman ptptn pulak dikenakan bunga yang bila dikumpul balik boleh bayar duit rumah..satu hal pulak,kalau dah reti pinjam ptptn,wei!!bayarlah balik.....



Sabtu, 7 September 2013

ceramah + motivasi

hey buddyz...........

                   sekejap tadi tak pasal2 kena seret dek ayah untuk dengar ceramah...asal ceramah je bosan sangat..tapi sangkaan aku meleset bila ustaz tu mula buka mukadimahnya..sampai berair mata + sakit perut sebab gelak..kelakar sangat bila ustaz tu menyampaikan ceramahnya...nasib baik tak b0san..kalau tak,aku tid0 kat situ jugaklah(teruk punya perangai)...tapi aku lupe name ustaz tu..manelah tau kalau korang semua nak try ikut ceramah dia pulak..s0rry buddyz....

but anyway,aku rase tu bukan sekadar ceramah tapi macam memberi m0tivasi pada pelajar yang datang ke surau tu..whatever it is, kalau ayah aku ajak aku pegi dengar ceramah yang penceramahnya orang yang sama, insya-allah aku akan pegi kalau ada masa...tapi kalau x de masa?????macam mane plak?????

mintak ayah rakamlah...hehehehehe...best,,best...boleh tengok banyak kali...